Stone Cold Steve Austin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Stone Cold Steve Austin
Stone Cold Steve Austin.jpg
Statistik
Nama di gelanggang "Stone Cold" Steve Austin
The Ringmaster
"Stunning" Steve Austin
"Superstar" Steve Austin
Tinggi di gelanggang 6 ft 2 in (1.88 m)
Berat di gelanggang 252 lb (114 kg)
Lahir 09 September 1964 (50 tahun)
Austin, Texas
Tinggal Victoria, Texas
Dari (di gelanggang) Victoria, Texas
Dilatih oleh Chris Adams (penggusti)
Kemunculan pertama 11 Mei, 1989
Bersara 30 Mac, 2003
Stone Cold Steve Austin dan Brian Pillman sebagai The Hollywood Blondes

Steven James Williams (lahir Steven James Anderson pada 18 Disember, 1964), lebih dikenali sebagai nama gelanggang "Stone Cold" Steve Austin, ialah seorang pelakon, penerbit dan bekas penggusti profesional Amerika. Austin membuat beberapa promosi gusti seperti World Championship Wrestling (WCW), Extreme Championship Wrestling (ECW) dan World Wrestling Federation (WWF). Diisytiharkan oleh Pengerusi WWE (dulu dikenali WWF), Vince McMahon, sebagai ahli gusti paling menguntungkan dalam sejarah syarikat tersebut, beliau mendapat populariti arus perdana di WWF pada akhir tahun 1990-an selaku "Stone Cold" Steve Austin, seorang yang kurang ajar, antiwira yang kaki minum yang selalu menentang syarikat dan bosnya Encik McMahon; persona Austin ini telah digambarkan sebagai "budak poster bagi Era Gaya (Attitude Era) WWF". Menceritakan kuasa tarikan box-officenya, bekas pengulas dan eksekutif WWE Jim Ross mengatakan: "Tiada siapa menandingi Austin...tiada siapa yang menghasilkan lebih banyak wang disepanjang kerjaya WWE mereka." Ahli gusti veteran profesional Ric Flair dengan tanpa ragu-ragu menyatakan Austin sebagai "bintang terbesar dalam sejarah WWE".

Austin menyandang 21 kejuaraan sepanjang kerjaya gusti profesionalnya dan merupakan Juara WWF sebanyak 6 kali serta Juara Tiga Serangkai yang kelima. Beliau juga adalah pemenang kejohanan King of the Ring tahun 1996, serta kejohanan Royal Rumble tahun 1997, 1998 dan 2001. Beliau terpaksa bersara daripada gelanggang pada tahun 2003, disebabkan beberapa kecederaan lutut dan leher. Sepanjang tahun 2003 dan 2004, beliau telah dipaparkan sebagai Pengurus Besar Bersama dan "Sherif" rancangan Raw. Semenjak tahun 2005, beliau terus membuat kemunculan sekali-sekala dan telah dimasukkan kedalam Dewan Kemasyhuran WWE oleh Vince McMahon pada tahun 2009. Pada tahun 2011, Steve Austin kembali ke WWE bagi mengacara rancangan siri realiti Tough Enough.

Nama samaran[sunting | sunting sumber]

  • The Bionic Redneck
  • B.M.F.
  • The Extreme Superstar
  • The Texas Rattlesnake
  • The Toughest S.O.B.

Filem[sunting | sunting sumber]

  • The Longest Yard (2005) sebagai "Guard Dunham"
  • Tales of the Rat Fink (2006) sebagai "Heavy Chevy"
  • The Condemned (2007) sebagai "Joe Conrad"
  • Damage (2009) sebagai "John Brickner"
  • The Stranger (2010) sebagai "The Stranger"
  • The Expendables (2010) sebagai "Paine"
  • Hunt To Kill (2010) sebagai "Jim Rhodes"
  • Knockout (2011) sebagai "Dan Barnes"
  • Tactical Force (2011) sebagai "Tate"
  • Recoil (2011) sebagai "Ryan Varrett"
  • Maximum Conviction (2012) sebagai "Manning"
  • The Package (2012) sebagai "Tommy Wick"
  • Grown Ups 2 (2013) sebagai "Dennis "Tommy" Cavanaugh"

Kemunculan di Televisyen[sunting | sunting sumber]

  • V.I.P. (siri TV) (24 Oktober, 1998) dalam episod "Scents and Sensibility"
  • Dilbert (13 Jun, 2000) dalam episod "The Delivery"
  • Nash Bridges (1999-2000) dalam enam episod sebagai "Detective Jake Cage"
  • Celebrity Deathmatch (1998-2002)
  • Punk'd (25 April, 2005)

Video/DVD[sunting | sunting sumber]

  • 'Cause Stone Cold Said So (1997)
  • Austin 3:16 Uncensored (1998)
  • Austin vs. McMahon: The Whole True Story (1999)
  • Hell Yeah: The Stone Saga Continues (2000)
  • Stone Cold Steve Austin: Lord Of The Ring (2001)
  • Stone Cold Steve Austin: What? (2002)
  • The Stone Cold Truth (2004)
  • Stone Cold Steve Austin's Life & Legacy (2007)

Buku[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai:

"