Strasbourg

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Absolute ponts couverts 02.jpg

Strasbourg atau dalam bahasa Jerman Straßburg, "bandar jalan") merupakan bandar utama daerah Alsace di timur Perancis, berhampiran sempadan Rhine dengan Jerrnan. Strasbourg dikelilingi kawasan perumahan yang luas. Strasbourg merupakan ibunegeri jajahan préfecture Bas-Rhin.

Strasbourg merupakan pusat perusahaan dan kejuruteraan, termasuk juga perhubungan jalan, landasan, dan sungai. sungai Strasbourg juga merupakan pusat Majlis Eropah dan Mahkamah Hak Assasi Eropah dan merupakan satu dari tapak Parliment Eropah.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Di tapak Strasbourg, Rom menubuhkan pos luar tentera yang dikenali sebagai Argentoratum. Dari abad ke 4, Strasbourg merupakan pusat penguasaan bishop "bishopric". Strasbourg dikuasai secara berturutan dalam abad ke 5 oleh Alamanni, Huns dan Frank. Strasbourg menjadi pusat perdagangan pada abad pertengahan, Strasbourg menjadi Bandar Bebas bagi Empira Suci Rom "Holy Roman Empire" pada tahun 1262.

Perancis menguasai Strasbourg pada September 1681, dan disahkan pemilikan dengan Perjanjian Ryswick 1697. Polisi rasmi mengekang hak kebebasan berugama Perancis tidak diguna pakai di Strasbourg, disebabkan Pengistiharan Nantes (1598) telah diguna pakai di Perancis ketika Strasbourg dirampas. Dengan perkembangan perdagangan dan pengilangan, penduduk Strasbourg meningkat tiga kali ganda kepada 150,000 pada abad ke 19.

Di kuasai oleh empire Jerman baru pada 1871 akibat Perperangan Perancis-Prussia, Strasbourg dikembalikan kepada Perancis pada 1919 oleh Persetiaan Versailles. Strasbourg kembali dikuasai Jerman Nazi ketika pendudukan 1940-1945 sebelum dikembalikan kepada Perancis.