Streamyx
| Fail:Tmnet.png | |
| Jenis | PLC |
|---|---|
| Industri | Penyedia perkhidmatan Internet |
| Ditubuhkan | 1995 |
| Ibu pejabat | Cyberjaya, Malaysia |
| Perancang utama | Jeremy Kung (CEO) |
| Induk | TM Bhd. |
| Laman web | http://www.tm.com.my/ |
Streamyx ialah sebuah perkhidmatan Internet jalur lebar bertalian tetap yang paling dominan di Malaysia [1] yang disediakan oleh Telekom Malaysia (TM Bhd) melalui anak syarikatnya TM Net.
TM Net diasaskan pada tahun 1995 oleh Telekom Malaysia Bhd, kini dikenali sebagai TM Bhd. Mula-mulanya TM Net menawarkan perkhidmatan internet berdail-masuk selaju 56kbps. Ujian xDSL pertama dijalankan oleh TM melalui sistem HiS yang dilancarkan bersama syarikat Ericsson pada tahun 1999. Streamyx akhirnya dilancarkan pada April 2001 pada kelajuan 384kbps.
Pada Jun 2007, TMnet melancarkan khidmat 4mbps, iaitu yang paling laju di bawah jenama Streamyx. [2] [3]
Pada 24 Mac 2010, TM melancarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan sehingga 20Mbps di bawah nama UniFi, dan tidak tergolong dalam pakej Streamyx.
Rujukan [sunting]
- ↑ "Streamyx offer to woo existing customers". Business Times. 2 December 2009. http://www.btimes.com.my/Current_News/BTIMES/articles/20091202002823/Article/. Capaian 2 December 2009.
- ↑ "Streamyx Gets Its One-Millionth Customer". 1 Jun 2007. http://www.bernama.com.my/bernama/v3/news_lite.php?id=265241. Capaian 2 Dis 2009.
- ↑ "122 Households Involved In TM High Speed Broadband Trials". Bernama.com. 10 Dis 2009. http://www.bernama.com.my/bernama/v5/news_lite.php?id=461501. Capaian 20 Dis 2009.