Su Song

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
蘇頌 (Sū Sòng)
Susong.jpg
Kelahiran 1020
dekat Quanzhou
Meninggal dunia 1101 (berumur 80–81)
Warganegara Cina
Nama lain 子容 (Ziróng)
Pekerjaan Negarawan, jurutera dan diplomat
Gambarajah asal buku Su Song yang meyiarkan bahagian dalaman menara jam beliau. Untuk maklumat lanjut, sila klik gambar ini.

Su Song (Cina ringkas: 苏颂Cina tradisional: 蘇頌pinyin: Sū Sòng; style name: Zirong 子容)[1] (1020–1101 M) ialah seorang polymath Cina tersohor yang berkepakaran dalam politik, astronomi, kartografi, horologi, perubatan, mineralogi, zoologi, botani, mekanik, seni bina, puisi, kepurbaan, dan duta Dinasti Song (960–1279).

Su Song merupakan jurutera bagi sebuah menara jam astronomi pacuan air di Kaifeng, yang menggunakan sejenis mekanisme bolosan yang awal.[2][3][4][5] Mekanisme bolosan menara jam Su pernah dicipta oleh sami Buddha, Yi Xing dan pegawai kerajaan, Liang Lingzan pada tahun 725 M untuk memacu sebuah sfera armila pacuan air, namun sfera armila Su merupakan yang sulung yang dilengkapi dengan pemacu jam mekanik.[5][6][7] Menara jam Su turut menampilkan pemacu rantai jana kuasa tanpa henti yang terlama di dunia, iaitu tian ti (天梯) atau "tangga langit" seperti yang diterangkan dalam karya horologinya.[8] Menara jam terbabit mempunyai 133 bicu jham yang menandakan dan membunyikan jam.[9] Karya Su Song berkenaan menara jam ini, Xinyi Xiangfayao (新儀象法要), masih wujud sejak mula-mula ditulis pada tahun 1092 dan dicetak secara rasmi pada 1094. Buku ini telah dikupas oleh ramai ahli sejarah, misalnya Joseph Needham. Bagaimanapun, jam itu dirobohkan dalam serangan tentera Jurchen pada tahun 1127 M. Terdapat cubaan untuk memasang semula menara jam itu, namun semuanya tidak berjaya. Walaupun Xinyi Xiangfayao merupakan karya beliau tersohor, namun Su Song turut mengumpulkan banyak lagi karya lain. Beliau melengkapkan sebuah atlas cakerawala yang terdiri daripada peta-peta bintang dan bumi, serta juga karya perubatan yang membincangkan perkara-perkara mineralogi, zoologi, botani, dan kaji logam.

Biarpun kelana-kelana Jesuit dari Eropah yang melawat negara China seperti Matteo Ricci dan Nicolas Trigault pernah sekali-sekala mencatatkan jam Cina dengan pemacu roda,[10] namun para pengunjung terawal dari Eropah ke China tersalah sangka bahawa masyarakat Cina tidak pernah maju melepasi jam air, jam colok, dan jam matahari.[11] Mereka percaya bahawa sawat jam mekanik yang canggih adalah asing kepada China, dan oleh itu merupakan sesuatu yang bernilai dan boleh ditawarkan oleh Eropah.[11] Biarpun tidak sepenting zaman Dinasti Song, namun naskhah-naskhah Cina yang disiarkan sewaktu Dinasti Ming (1368–1644) menerangkan sejarah rekabentuk jam mekanik yang tidak terputus di China pada abad ke-13 hingga ke-16.[12]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Harrist, 239, footnote 9.
  2. Needham, Volume 4, 445.
  3. Needham, Volume 4, 448.
  4. Bodde, 140.
  5. 5.0 5.1 Fry, 10.
  6. Needham, Volume 3, 351.
  7. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan bowman_105 tidak disediakan
  8. Needham, Volume 4, 111.
  9. Needham, Volume 4, Part 2, 165.
  10. Needham, Volume 4, 438.
  11. 11.0 11.1 Needham, Volume 4, 435–440.
  12. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan needham_volume_4_part_2_509_512 tidak disediakan

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Bodde, Derk (1991). Chinese Thought, Society, and Science. Honolulu: University of Hawaii Press.
  • Bowman, John S. (2000). Columbia Chronologies of Asian History and Culture. New York: Columbia University Press.
  • Fry, Tony (2001). The Architectural Theory Review: Archineering in Chinatime. Sydney: University of Sydney.
  • Harrist, Robert E., Jr. "The Artist as Antiquarian: Li Gonglin and His Study of Early Chinese Art," Artibus Asiae (Volume 55, Number 3/4, 1995): 237–280.
  • Needham, Joseph (1986). Science and Civilization in China: Volume 4, Physics and Physical Technology, Part 2: Mechanical Engineering. Taipei: Caves Books, Ltd.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]