Suamiku Paling Sweet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suamiku Paling Sweet
GenreCinta
Komedi
Berdasarkan daripada
Adaptasi Novel Suamiku Paling Sweet karya Anjell
Ditulis olehMufid Suhaimi
PengarahZul Huzaimy Marzuki
Dibintangi oleh
Mawar Rashid
Syafiq Kyle
Nik Adam Mika
Natasya Mahyan
Fazren Rafi
Aedy Ashraf
Chomel Fana
Liza Abdullah
Fazlina Ahmad Daud
Lagu pembukaanCool Love - Ippo Hafiz
Lagu penutupKu Ingin Kamu - Ippo Hafiz
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod28 Episod
Penerbitan
Tempoh siaran42 Minit
Syarikat penerbitan
Primeworks Studios
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Akasia)
Siaran asal13 Februari 2017 – 30 Mac 2017
Kronologi
MengikutiBiar Aku Jadi Penunggu
Diikuti olehShhh... I Love You

Suamiku Paling Sweet ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Zul Huzaimy Marzuki, dibintangi oleh Syafiq Kyle, Mawar Rashid, dan Nik Adam Mika. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 bermula 13 Februari 2017 menggantikan Biar Aku Jadi Penunggu. [1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Qisya Iriz (Mawar Rashid), graduan universiti yang terpaksa menjadi pengasuh sementara Hafiey (Nik Adam Mika), iaitu cucu kepada kawan ibunya, Puan Fathma (Liza Abdullah). Pengasuh-pengasuh sebelum ini memang tidak dapat bertahan dengan sikap nakal Hafiey itu. Qisya menerima cadangan ibunya kerana ia hanya untuk sementara waktu. Apabila Qisya yang keras kepala bertemu dengan Hafiey, memang akan berlakunya kekecohan.

Kedua-dua ibu bapa Hafiey telah meninggal dunia dalam suatu kemalangan. Disebabkan itu, Hafiey menganggap bapa saudaranya Izz Haikal (Syafiq Kyle) sebagai ayah kandungnya sendiri. Izz sanggup melakukan apa sahaja demi kebahagiaan Hafiey. Selepas bertemu dengan pengasuh Hafiey, hati Izz dan Qisya sering berdebar. Namun mereka tidak ambil peduli tentang maksud sebenar di sebalik debaran hati tersebut sehinggalah terjadi sebuah peristiwa yang mengubah nasib hidup mereka berdua.

Qisya dipaksa untuk menjadi isteri kepada Izz Haikal pada usia yang muda. Pelbagai emosi mula mengaburi hati Qisya. Dia terkejut, marah, dan benci. Qisya langsung tidak dapat menerima kenyataan yang dia bakal berkahwin. Malahan dia juga tidak bersedia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ibu kepada Hafiey. Dia juga tertanya-tanya adakah ini merupakan perangkap Izz Haikal untuk bersama dengannya.

Qisya mula memberontak sehingga dia sanggup meninggalkan Izz Haikal dan Hafiey walaupun sudah bernikah. Izz berasa sedih tetapi dia memahami perasaan isterinya. Malahan, dia kerap memujuk dan memberikan ruang kepada Qisya untuk mencari ketenangan diri.

Izz tidak pernah berhenti memujuk isterinya. Akhirnya, Qisya lembut hati dan kembali ke pangkuan Izz dan Hafiey. Qisya telah meletakkan syarat bahawa tiada sesiapa pun akan mengungkit peristiwa dan sebab mereka berdua terpaksa berkahwin. Namun, peristiwa hitam yang tidak mahu diingati Qisya itu diungkit. Kali ini, Qisya nekad meninggalkan suaminya dan Hafiey walaupun dia sedang hamil. Adakah sangkaan Qisya bahawa perkahwinan ini ialah perangkap Izz itu adalah benar?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Drama Suamiku Paling Sweet. MyInfoTaip. Dicapai 6 Ogos 2021