Suamiku, Encik Perfect 10!

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Suamiku, Encik Perfect 10!
PengarahMohd. Feroz Kader
BerdasarkanNovel asal oleh Syamnuriezmil
Dihasilkan oleh
Dibintangi
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGSC Movies
Tarikh tayangan
  • 22 Januari 2015 (2015-01-22) (Malaysia)
Masa tayangan
124 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu
Pecah panggungRM 3.2 juta

Suamiku, Encik Perfect 10! merupakan sebuah filem drama romantik Malaysia 2015 arahan Mohd. Feroz Kader dalam penampilan sulung arahannya. Diadaptasi dari novel asal 2012 bertajuk sama karya Syamnuriezmil, filem ini dibintangi oleh Aaron Aziz dan Lisa Surihani sebagai pelakon utama dengan Syazwan Zulkifly, Raja Ilya, Jasmin Hamid dan Jehan Miskin sebagai pelakon pembantu.[1][2][3]

Filem ini mengisahkan mengenai seorang pelajar, Aleeya Azmeen (Lisa Surihani) yang terpaksa berlakon sebagai pasangan suami isteri dengan Zarief Daniel (Aaron Aziz) selama seminggu di Malaysia selepas mengandungkan anak teman lelakinya, Syed Muzaffar (Syazwan Zulkifly) di London. Konflik mula muncul apabila tunang Zarief Daniel, Azura Hanim (Raja Ilya) meminta perkahwinan mereka dipercepatkan dan Syed Muzaffar menagih kembali cinta Aleeya. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 22 Januari 2015.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Semasa di London, pelajar Aleeya Azmeen (Lisa Surihani), sebagai seorang pelajar perubatan musnah gara-gara ditinggalkan kekasihnya, Syed Muzaffar (Syazwan Zulkifly) setelah mereka terlanjur. Ini menyebabkan Aleeya dibuang kolej dan dia mengambil keputusan untuk pulang ke Malaysia. Zarief Daniel (Aaron Aziz), seorang ahli perniagaan yang dalam perjalanan pulang ke Malaysia juga telah terserempak dengan Aleeya di lapangan terbang Heathrow. Ketika itulah mereka bertemu dan dalam penerbangan tersebut Aleeya telah meluahkan masalahnya kepada Zarief. Zarief sanggup dan tekad untuk membantu Aleeya demi menyelamatkannya. Hasil pertemuan itu menjadi titik tolak mereka berdua menjadi pasangan suami isteri palsu selama seminggu.

Dalam tempoh lakonan itu, terbit satu perasaan yang sukar untuk diungkapkan sehingga Zarief terlupa akan tanggungjawab terhadap tunangnya iaitu Azura Hanim (Raja Ilya). Dalam kekalutan ini, tanpa diduga Syed Muzaffar muncul kembali untuk menagih semula cinta Aleeya dan ingin bertanggungjawab terhadap anak yang dikandungnya. Syed Muzaffar dan keluarganya mempunyai agenda yang tersendiri untuk memastikan mereka mempunyai hak ke atas anak yang dikandung Aleeya.

Dalam situasi lain, Zarief dan Aleeya masing-masing bingung dan keliru dalam menentukan pasangan hidup. Zarief juga dalam dilema untuk memilih Aleeya atau tunangnya, seorang model terkenal. Konflik mula timbul apabila sedikit demi sedikit harapan palsu diberikan Zarief terhadap Aleeya. Mampukah takdir menemukan mereka semula? Adakah bahagia atau sengsara yang dikecapi oleh mereka?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama filem Suamiku, Encik Perfect 10
Aaron Aziz

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Penerbitan[sunting | sunting sumber]

Filem ini merupakan filem pertama selepas 4 tahun yang menggandingkan Aaron Aziz dan Lisa Surihani sebagai teraju utama selepas kali terakhir mereka digandingkan ialah di dalam filem Ombak Rindu pada tahun 2011.[6][7] Produksi filem ini dilakukan pada tahun 2013. Filem ini menjalani pengambaraan di Malaysia dan London selama 20 hari.[8][9]Watak Zarief yang dibawa oleh Aaron Aziz merupakan dari Kedah yang menyebabkan dia terpaksa bercakap dengan menggunakan loghta utara di dalam filem ini.[10][11][12][13]Kedua-dua teraju utama filem ini mengakui bahawa mereka tidak pernah membaca novel asal dan hanya berpandukan kepada skrip filem.[14]Asalnya filem ini dihasilkan dalam format supertele bagi siaran Astro First Eksklusif sebanyak dua episod tetapi selepas dipertimbangkan jalan cerita serta mutu lakonan yang bagus, ia akhirnya diangkat ke layar perak.[15]Perkara ini menyebabkan banyak babak terpaksa dipotong untuk memendekkan durasi filem ini kepada dua jam sahaja.[16][17][18]

Keluaran dan sambutan[sunting | sunting sumber]

Tayangan[sunting | sunting sumber]

Tayangan perdana untuk filem ini telah dilakukan di GSC Pavilion Kuala Lumpur pada 13 Januari 2015.[19]Filem ini ditayangkan kepada umum pada 22 Januari 2015.

Kutipan pecah panggung[sunting | sunting sumber]

Filem ini mendapat RM 1.5 Juta selepas seminggu ditayangkan.[20]Selepas 11 hari tayangan, filem ini mengumpul RM 2.2 Juta[21] Filem ini akhirnya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM 2.9 Juta.

Ulasan kritis[sunting | sunting sumber]

Ulasan bagai filem ini rata-ratanya positif. Kebanyakkan penonton memberikan respon positif mengenai filem ini.[22] Izwan Mohd. Isa dari Kosmo memuji mesej moral dan lakonan para pelakon filem ini.[23] Portal berita Postmetro.net memuji pemilihan pelakon utama dan penceritaan yang menarik.[24]Portal perfileman Backstage.my pula mengkrtik jalan cerita filem ini yang hanyalah bertaraf drama televisyen yang diselamatkan oleh pelakon bermutu wayang.[25]

Muzik[sunting | sunting sumber]

Lagu tema untuk filem ini ialah "Seluruh Cinta" nyanyian Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi Indonesia, Cakra Khan. Lagu ini telah dilancarkan asalnya pada 28 November 2014 untuk pasaran Indonesia sebelum dipasarkan di Malaysia sebagai OST filem ini pada 9 Janauri 2015.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Anugerah Kategori Penerima Keputusan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2015[26] Pelakon Wanita Terbaik Lisa Surihani Tercalon
Anugerah Skrin 2015 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Filem) Raja Ilya Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2016 Filem Meletop Zaiton Mohd. Jiwa, Renu Sharan & Najwa Abu Bakar Tercalon
Bintang Filem Meletop Aaron Aziz Tercalon
Festival Filem Malaysia ke-28 Pelakon Lelaki Terbaik Aaron Aziz Tercalon
Pelakon Wanita Terbaik Lisa Surihani Tercalon
Lakon Layar Terbaik Feroz Kader Tercalon
Pengarah Baru Terbaik Tercalon
Pelakon Baru Wanita Terbaik Raja Ilya Tercalon

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Jahatkah Saya? - Raja Ilya". Utusan Malaysia. 21 Januari 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 20 Jun 2015.
  2. ^ "Demam adaptasi novel". Sinar Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 20 Jun 2015.
  3. ^ Zaidi Mohamad (12 Januari 2015). "Lisa Surihani, Aaron Aziz kembali dengan Suamiku Encik Perfect 10!". Berita Harian. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-26. Dicapai pada 20 Jun 2015.
  4. ^ http://www.bakul2011.com/2015/01/review-filem-suamiku-encik-perfect-10.html
  5. ^ http://norfanil.com/suamiku-encik-perfect-10-adaptasi-novel-di-astro/
  6. ^ http://www.rotikaya.com/aaron-aziz-nafi-babak-pegang-bra-adegan-lucah/
  7. ^ http://www.orangmuda.tv/2013/09/25/aaron-belajar-dialek-utara/
  8. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-24. Dicapai pada 2015-05-13.
  9. ^ http://beritaharian.sg/gah/hiburan/keikhlasan-rahsia-lisa-serasi-dengan-aaron
  10. ^ http://news.asiaone.com/news/showbiz/aaron-aziz-set-play-good-boy-telefilm
  11. ^ http://merdeka-online.com/home/aaron-aziz-masih-laku/
  12. ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/filem-suamiku-encik-perfect-10-1.49159
  13. ^ http://www.utusan.com.my/hiburan/selebriti/raja-ilya-dan-barisan-pelakon-filem-suamiku-encik-perfect-10-1.50539
  14. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-18. Dicapai pada 2015-05-13.
  15. ^ http://www.sarawakiana.net/2015/01/bakat-lisa-surihani-tidak-hanya.html
  16. ^ http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/2015/01/15/suamiku-encik-perfect/
  17. ^ http://www.tupai.com.my/2015/01/adegan-suamiku-encik-perfect-10.html
  18. ^ http://www.pepatung.com.my/hiburan/filem/10-yang-sempurna-dalam-suamiku-encik-perfect-10.htm
  19. ^ http://www.budiey.com/kejutan-menanti-di-malam-gala-filem-suamiku-encik-perfect-10/
  20. ^ http://www.guahavoc.com/2015/02/demam-suamiku-encik-perfect-10-semakin-merebak/
  21. ^ http://beautifulnara.com/filem-suamiku-encik-perfect-10-kutip-rm2-2-juta-dalam-11-hari/
  22. ^ http://www.kakitonton.com/2015/01/suamiku-encik-perfect-10-komen-peminat.html
  23. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&dt=0129&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_02.htm
  24. ^ http://postmetro.net/suamiku-encik-perfect-10-kembalikan-kepercayaan-peminat-filem-tempatan/
  25. ^ http://www.backstage.my/index.php/ulasan-filem-suamiku-encik-perfect-10-1592/
  26. ^ "Lelaki Harapan Dunia dapat pengiktirafan lagi". Astro Awani. 6 Oktober 2015. Dicapai pada 6 Oktober 2015.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]