Suara Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Suara Malaysia (Bahasa Inggeris: Voice of Malaysia, VOM) ialah sebuah stesen radio antarabangsa dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia. Stesen ini bersiaran dalam 8 bahasa dan menyiarkan siaran berita, ulasan berita, ekonomi, hal-ehwal semasa, muzik Malaysia, sukan dan siaran langsung rancangan hal-ehwal awam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Suara Malaysia memulakan siaran pada 15hb Februari 1963 dalam 3 bahasa lain, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Indonesia. Pada 1hb Januari 1972, Perkhidmatan Bahasa Thai dilancarkan. Perkhidmatan Bahasa Tagalog pula dilancarkan pada 22hb Oktober 1973 dan pada 31hb Ogos 1978, pelancaran Perkhidmatan Bahasa Malaysia dan Perkhidmatan Bahasa Myanmar.

Pada 17hb April 1995, Suara Islam telah ditubuhkan dan disiarkan dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ia ditujukan kepada universiti-universiti Islam dan ia adalah berkaitan dengan isu kotemporari. Siarannya dipancarkan ke Sumatera, Jawa, Kalimantan dan rantau ASEAN.

Matlamat utama Suara Malaysia adalah untuk menunjukkan gambar benar orang luar negara Malaysia daripada sudut pandangan yang politikal, menguntungkan dan bersosial dan menggalakkan pelaburan asing di Malaysia. Ia juga memprojekkan seni-seni tempatan, kraf-kraf, adat-adat dan budaya dan perayaan untuk menggalakkan orang luar negara melancong ke Malaysia.

Sasaran pendengarnya adalah pendengar luar negara, orang Malaysia di luar negara dan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.

Suara Malaysia 28.5 jam rancangan sehari dipancarkan ke negara Indonesia, Australia, New Zealand, China, Jepun, Hong Kong, Taiwan, Filipina, Thailand, Myanmar, Afrika Utara dan Timur Tengah.

Frekuensi[sunting | sunting sumber]

Semua waktu diberi dalam Waktu Min Greenwich.

Bahasa Malaysia
17:00-19:00 6175 dan 9750 KHz Indonesia
08:30-10:30 15295 KHz Timur Tengah, Afrika Utara, Australia dan New Zealand
Bahasa Inggeris
07:00-08:30 15295 KHz Timur Tengah, Afrika Utara, Australia dan New Zealand
6175 dan 9750 KHz Indonesia
Bahasa Mandarin
10:30-12:30 15295 KHz China, Jepun, Hong Kong
11885 Khz Taiwan, Indonesia, Australia dan New Zealand
Bahasa Indonesia
22:00-24:00 6175 dan 9750 KHz Indonesia
09:00-14:00 6175 dan 9750 KHz Indonesia
Bahasa Thai
13.00-14:30 6100 KHz Thailand
Bahasa Arab
15:30-17:30 15295 KHz Afrika Utara dan Timur Tengah
Bahasa Myanmar
14:30-15:30 6100 KHz Myanmar
Bahasa Tagalog (dari RTM Kota Kinabalu, Sabah)
10:30-13:00 1475 KHz Filipina
94.7 MHz Kota Kinabalu
Suara Islam
Bahasa Malaysia
14:00-17:00 6050, 6175 dan 9750 KHz Indonesia
91.1 dan 102.5 MHz Kuala Lumpur
Bahasa Inggeris
03:00-06:00 6175 dan 9750 KHz Indonesia
15295 KHz Australia dan New Zealand

Tempat pemancar gelombang pendek: Kajang, Selangor

Tempat pemancar Perkhidmatan Bahasa Tagalog: Batek, Tuaran, Sabah. (700 kW)

Rujukan[sunting | sunting sumber]