Suara Rakyat Malaysia
| Jenis | NGO |
|---|---|
| Diasaskan | 5 Ogos 1989 |
| Lokasi | Petaling Jaya, Selangor, |
| Orang kuat | Kua Kia Soong, K. Arumugam (Pengerusi) |
| Fokus | Hak asasi manusia[perlu rujukan], hak alam sekitar[perlu rujukan] |
| Kaedah | Advokasi dan amalan hak asasi manusia |
| Endowmen | Pendukung dan pengiat hak asasi manusia |
| Moto | Working for Human Rights ("Bekerja untuk Hak Asasi Manusia") |
| Laman sesawang | suaram.net// |
Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) merupakan sebuah NGO yang memperjuangkan[perlu rujukan] rakyat jelata Malaysia terutama dari sudut hak asasi manusia.[perlu rujukan] Sungguhpun memiliki nama yang hampir serupa dengan Suhakam, Suaram tidak memiliki sebarang kaitan dan adalah berdaftar sebagai sebuah syarikat dan bukannya sebagai satu pertubuhan.
Isi kandungan |
Memburukkan nama Malaysia [sunting]
Pada 2008, Suaram yang mengupah peguam Perancis William Bourdon, Renaud Semerdjian dan Joseph Breham, dengan mendakwa Najib terjebak dalam sindiket penerimaan komisyen terbesar untuk pembelian dua kapal selam pertama negara Malaysia iaitu Scorpène, 18 buah jet tempur Sukhoi, 12 buah Eurocopter (helikopter) dan didakwa terlibat dalam pembunuhan kejam terhadap wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.[1][2]
Terima dana asing [sunting]
Pada 28 Ogos 2012, Kua Kia Soong selaku Pengarah Suaram terpaksa mengaku bahawa NGO itu menerima dana dari negara asing seperti Amerika Syarikat, Finland dan Kanada dan sumbangan daripada individu Malaysia. Pada Julai 2012, Suaram dipersoalkan kerana menerima peruntukan tahunan dari 'National Endowment for Democracy' (NED) , Amerika Syarika sebanyak RM1,218,328.65 bagi tahun 2006, 2007, 2008 dan 2009.
Organisasi lain termasuklah International Republican Institute, National Democratic Institute for International Affairs, Southeast Asian Press Alliance, Centre for Independent Journalism, Open Dialogue Centre, Mkini Dot Com dan beberapa yang lain.
Suaram tidak pernah didaftarkan sebagai NGO dengan Pendaftar Pertubuhan sebaliknya hanya didaftarkan sebagai sebuah syarikat atas nama, Suara Inisiatif Sdn Bhd dengan modal berbayar RM2 juta.[3]
Alamat [sunting]
- 433A, Tingkat 1
- Jalan 5/46
- Gasing Indah
- 46000 Petaling Jaya
- Selangor, Malaysia
Rujukan dan Pautan luar [sunting]
- ↑ "Opposition group alleges corruption in report against Najib", Malaysia Today. Dicapai pada 2008-10-21.
- ↑ "Claims of huge spending in Eurocopter deal proven wrong: Najib", The Nut Graph Sun. Dicapai pada 2011-02-11.
- ↑ Suaram Dedah Sumber Pembiayaannya