Sudan Selatan
| Republik Sudan Selatan Sudan Selatan Republic of South Sudan
|
||||||
|---|---|---|---|---|---|---|
|
|
||||||
| Moto: "Justice, Liberty, Prosperity" (Keadilan, Kebebasan, Kemakmuran) |
||||||
| Lagu: "South Sudan Oyee!" | ||||||
| Ibu negara dan bandar terbesar |
Juba 04°51′U 31°36′T / 4.85°U 31.6°T |
|||||
| Bahasa rasmi | Inggeris | |||||
| Bahasa wilayah yang diiktiraf | Arab Juba, Dinka, Nuer, Zande, Bari, Shilluk | |||||
| Kumpulan etnik | Dinka, Nuer, Bari, Lotuko, Kuku, Zande, Mundari, Kakwa, Pojulu, Shilluk, Moru, Acholi, Madi, Lulubo, Lokoya, Toposa, Lango, Didinga, Murle, Anuak, Makaraka, Mundu, Jur, Kaliko, and others. | |||||
| Kerajaan | Republik Demokrasi berpresiden persekutuan | |||||
| - | Presiden | Salva Kiir Mayardit | ||||
| - | Naib Presiden | Riek Machar | ||||
| Perundangan | Dewan Undangan | |||||
| Kemerdekaan dari Sudan | ||||||
| - | Perjanjian Damai Menyeluruh | 6 Januari 2005 | ||||
| - | Autonomi | 9 Julai 2005 | ||||
| - | Kemerdekaan dari Sudan | 9 Julai 2011 | ||||
| Kawasan | ||||||
| - | Jumlah | 619,745 km2 (ke-45) 239,285 sq mi |
||||
| Populasi | ||||||
| - | (anggaran) | 7,500,000–9,700,000 (2006, UNFPA)[1] 11,000,000–13,000,000 (dakwaan Sudan Selatan, 2009)[2] |
||||
| - | 2008 (anggaran) | 8,260,490 (diragui)[3] (ke-94) | ||||
| Mata wang | Paun Sudan (SDG) |
|||||
| Zon waktu | Waktu Afrika Timur (UTC+3) | |||||
| Kod panggilan | 249 | |||||
Sudan Selatan, atau nama rasminya Republik Sudan Selatan,[4] merupakan sebuah negara tak berpantai di Afrika Timur. Ibu negara dan bandar terbesarnya ialah Juba. Ia bersempadan dengan Habsyah di timur; Kenya, Uganda, dan Republik Demokratik Congo di selatan; Republik Afrika Tengah di barat; dan Sudan di utara. Sudan Selatan merangkumi kawasan paya Sudd yang dibentuk oleh Sungai Nil Putih, ataupun nama tempatannya Bahr al Jabal.
Negara ini mula-mula menganggotai Sudan Inggeris-Mesir, sebuah negara kondominium di bawah pentadbiran British dan Mesir, kemudian menjadi sebahagian Republik Sudan apabila kemerdekaan dicapai pada tahun 1956. Ekoran Perang Saudara Sudan Pertama, Kawasan Autonomi Sudan Selatan dibentuk pada tahun 1972 dan bertahan hingga tahun 1983. Kemudian, tercetusnya Perang Saudara Sudan Kedua yang berkesudahan dengan Perjanjian Damai Menyeluruh 2005. Pada tahun yang sama, taraf autonomi dipulihkan apabila terbentuknya Kerajaan Autonomi Sudan Selatan. Sudan Selatan menjadi negara merdeka pada 9 Julai 2011 pada tengah malam (00:00) waktu tempatan ekoran pungutan suara pada Januari 2011 yang mana hampir 99% pengundi memilih supaya Sudan Selatan berpisah daripada negara Sudan.[5]
Rujukan [sunting]
- ↑ "UNFPA Southern Sudan". UNFPA. http://sudan.unfpa.org/souther_Sudan/index.htm.
- ↑ "Sudan census committee say population is at 39 million", SudanTribune, 27 April 2009.
- ↑ "Discontent over Sudan census", News24.com, 21 Mei 2009.
- ↑ "South Sudan becomes world's newest nation". Forbes.com. http://www.forbes.com/feeds/ap/2011/07/08/general-af-south-sudan-independence_8556235.html. Capaian 9 July 2011.
- ↑ Martell, Peter (2011 [last update]). "BBC News - South Sudan becomes an independent nation". BBC. http://www.bbc.co.uk/news/world-africa-14089843. Capaian 9 Julai 2011.