Suhaili Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Dato'

Suhaili Abdul Rahman
Suhaili abd rahman.jpeg
Foto Dato' Suhaili(Utusan)

Member of Parliament
for Labuan, Wilayah Persekutuan

Lahir 6 Mei 1961
Kampung Ganggarak, Labuan
Parti politik BN-100px.jpg Barisan Nasional - UMNO
Pasangan Datin Fatimah Wanchi (meninggal 28 Oktober 2008) Datin Suraya Hamdi
Anak 3 lelaki 3 perempuan
Pekerjaan Ahli politik
Religion Islam

Dato' Suhaili Abdul Rahman (lahir 6 Mei 1961) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau merupakan bekas Ahli Parlimen Labuan. Di peringkat akar umbi, beliau memegang jawatan Ketua UMNO Bahagian Labuan yang telah mempertahankan jawatannya di peringkat akar umbi pada 2 November 2008.[1]Di peringkat korporat pula, beliau menjadi pengerusi Perbadanan Labuan.[2]

Biodata Peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 6 Mei 1961 di Kampung Ganggarak, Labuan, memiliki Sarjana Muda Sains (Ekonomi) University of London dan juga Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Strategi Pemasaran, University of Hull, United Kingdom.[3] Beliau berkahwin dengan Datin Fatimah Wanchi dan mempunyai 4 orang anak, 3 orang anak lelaki (Syahirul Fazly, Saiful Redhzuan & Syahirul Fauzee) dan seorang anak perempuan (Siti Nor Fazillah). Manakala melalui isteri kedua, Datin Suraya Hamdi beliau dikurniakan 2 orang puteri, yang sulung Sara Nurashekeen berumur 20 tahun (2014) dan Sara Nur Ashereen berumur 16 tahun (2014).

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Beliau mula berkecimpung dalam dunia politik seawal usia 20-an pada tahun 1982 dengan bermula sebagai ahli biasa UMNO ketika parti itu mengembangkan sayapnya di Labuan.

Walaupun sibuk membabitkan diri dalam perniagaan, Suhaili antara salah seorang anak muda berkarisma dan banyak membantu parti yang ketika itu diketuai oleh seorang tokoh politik Labuan Senator Isli Siput untuk menguatkan kedudukan UMNO di pulau tersebut. Kestabilan politik dan kekuatan UMNO mengambil alih Labuan daripada kerajaan Berjaya pada tahun 1985 telah memutikkan keinginan Suhaili untuk menabur bakti membantu membangunkan orang-orang Melayu di situ.

Selepas menimba pengalaman dan mencurahkan khidmat dengan cemerlang dalam UMNO, akhirnya beliau diberi kepercayaan untuk bertanding pada pilihan raya tahun 1999 bagi kerusi Parlimen Labuan dan berjaya memenanginya. Dengan kewibawaan dan keupayaan yang ditunjukkan oleh beliau sebagai wakil rakyat, Suhaili sekali lagi mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen bagi sesi 2004/2005.

Kematian isteri[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Januari 2008 isterinya Datin Fatimah Wanchi koma selepas 4 jam menjalani rawatan kecantikan di sebuah klinik swasta di Klang. Pembedahan plastik itu melibatkan pembuangan gelambir lemak di bahagian perut tidak lebih 5 kg (tummy tuck, liposuction).Pembedahan di bawah mata turut dilakukan.[4] Kemudian beliau dipindahkan ke Institut Jantung Negara dan kemudian ke Pusat Perubatan Gleneagles Intan. Beliau koma selama 10 bulan 18 hari. Di hospital terpaksa bergantung kepada mesin bantuan hayat. [5]

Pada 28 Oktober 2008, Fatimah Wanchi (45) meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Beliau menghembuskan nafas terakhir di sisi anak lelakinya, Saiful Redhzuan dan abangnya, Wahab Bin Wanchi kira-kira pukul 7.40 pagi. [6] Jenazah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Ganggarak, bersebelahan kampung asalnya Kampung Lajau.[7]

Timbalan Menteri Kesihatan ,Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menyatakan kes ini akan disiasat menurut Akta Perubatan 1971. Mulanya Suhaili tidak bercadang untuk membuat laporan polis terhadap klinik tersebut kerana perkara itu bukan disebabkan oleh kecuaian mereka. [8]

Pakar Perunding Kanan Pembedahan Maksilofasial Universiti Malaya (UM), Prof. Dr. Zainal Arif Abdul Rahman menyatakan kebanyakan wanita tertipu dengan istilah pakar kecantikan yang digunakan oleh beberapa pusat atau klinik kecantikan yang turut menawarkan bayaran murah selain harga yang boleh dirunding. Wanita mestilah berjumpa dengan pakar kosmetik yang berkelayakan dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan. Mungkin 'pakar' ini tidak mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas mengenai anatomi, fisiologi dan biologi badan manusia atau mungkin tidak berkelayakan. [9]

Mengaku bersalah tipu bank[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mac 2010, Suhaili mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu terhadap tuduhan pindaan menipu pengurus bank Malayan Banking Berhad, Ismail Jantan, di cawangan Kota Kinabalu sedangkan beliau muflis pada 3 April 1996 dalam permohonan pinjaman perumahan syarikatnya, Saraequity Sdn Bhd, sebanyak RM110,000 dan kemudahan overdraf sebanyak RM50,000 untuk membeli satu unit apartmen di Api-Api Centre.

Suhaili diisytihar muflis melalui perintah mahkamah pada 3 April 1993 dan dilepaskan daripada kebankrapan pada 9 Mei 1997.

Timbalan Pendakwa Raya Fariza Hamzah memberitahu Hakim Duncan Sikodol bahawa pertuduhan dipinda kepada Seksyen 109 (1) (m) (ii) Akta Kebankrapan 1967 yang membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya.[10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. [1], "Yunus, Suhaili dan Alias layak bertanding", New Sabah Times, 29 Oktober 2008.
  2. [http://www.dailyexpress.com.my/news.cfm?NewsID=60143 "Suhaili's Raya poster vandalised", Daily Express News, 30 September 2008.
  3. [2], "Profil Datuk Suhaili Abdul Rahman - Calon Majlis Tertinggi di Perhimpunan Agung UMNO 2004", Utusan Online, 21 September 2004.
  4. Former MP’s wife, in coma after plastic surgery, dies
  5. Former MP's wife dies after 10-month coma
  6. [3] "Isteri bekas Ahli Parlimen Labuan meninggal dunia", Utusan Online, 29 Oktober 2008.
  7. Jenazah Fatimah selamat dikebumi
  8. Isteri Suhaili sedar dari koma
  9. Dapatkan pakar kecantikan berkelayakan
  10. Bekas Anggota Parlimen Labuan Mengaku Bersalah Tipu Bank