Suhaimi Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Datuk Suhaimi Ibrahim merupakan bekas presiden Majlis Belia Malaya (1994 - 1998) bagi menggantikan Fuad Hassan yang berkhidmat dari tahun 1992 - 1994.Beliau merupakan bekas presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dan juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benta, Pahang. Beliau terpilih sebagai Tokoh Jasa Belia Lelaki 2010.

Semasa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ,Suhaimi Ibrahim dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri . Setelah YAB Datok Seri Najib Tun Razak mengambil alih tampuk pemerintahan negara, Suhaimi dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita. Ramai orang-orang Kampung Budu, Benta dll menganggapkan Suhaimi seorang pemimpin yang bertangungjawap serta mesra rakyat semasa menjadi YB ADUN Benta selama satu penggal.

Tokoh Jasa Belia Lelaki 2010[sunting | sunting sumber]

Pada 13 Mei 2010, sempena Hari Belia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) , Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyampaikan anugerah Tokoh Jasa Belia Lelaki 2010 kepada Suhaimi Ibrahim. Beliau terpilih daripada 74 tokoh yang disaring. Selain itu, Tokoh Jasa Belia Wanita dimenangi Rozana Kamarulzaman dari Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) kebangsaan. Kategori Kesukarelaan dimenangi Otmah Ahmad dari Persatuan Asrama Belia Malaysia, manakala Kategori Kepimpinan dimenangi Irmohizam Ibrahim dari Persekutuan Pengakap Malaysia, dan Mohd Kama Kaharmuzakir Kamarudin dari Gerakan Belia 4B cawangan Chembong Negeri Sembilan pula memenangi kategori Keusahawanan. Ramadan Mohd Taf dari Persatuan Belia Nara, Pedas Negeri Sembilan dipilih bagi kategori Wira Tani, manakala Zahra Maoumah Abdul Halim dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam dipilih bagi kategori Daya Juang Malaysia Boleh. Johan Anugerah Perdana Pertubuhan Belia diraih Persatuan Belia MAYC Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu.Kedua ialah Persatuan Belia Felda Chini 3, Pekan Pahang, dan Pertubuhan Belia Jati Murni Jaya, Kulai, Johor - ketiga. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]