Suhairi bin Shamsusudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suhairi bin Shamsudin atau lebih dikenali sebagai Lembu rock merupakan salah seorang daripada anggota kumpulan Lalaq, seorang pelakon filem dan juga seorang kartunis komik yang amat disegani suatu ketika dulu.

Suhairi bin Shamsudin dilahirkan pada tahun 1976 berasal dari Klang dan kemudiannya menetap di Nilai, Negeri Sembilan sehingga ke hari ini. Penyanyi kumpulan Lalaq ini Kumpulan terdiri daripada 3 ahli (Soya, Aan, Hairi) dan terkenal dengan lagu Gelora. Untuk pengetahuan, ketiga-tiga mereka adalah kartunis komik yang berbakat besar. Bermula sebagai kartunis majalah Gelihati, Gila-Gila dan Politik Kedai Kopi (1994-2002), kemudian bertukar kerjaya menjadi pelukis karikatur, karikaturis (2003-2016), akhir sekali menjadi pelukis komik online (2017) hingga terbitnya Komik Viral (2008). Antara karya komik beliau yang pernah menjadi fenomena pada suatu ketika dahulu ialah 'komik viral' dan 'seram viral'. Kartunis LembuRock yang cintakan keamanan, melukis komik (Komik Viral) yang berbentuk teguran, teladan dan mengajak pembaca menjadi orang baik.

Suhairi bin Shamsudin kini mempunyai akaun tiktok yang lebih dikenali sebagai Lembu rock dan mempunyai seramai 247.3k followers dan beliau mengikuti hanya 2 akaun sahaja.Di aplikasi tiktok, beliau terkenal dengan tagline "aku ikhlas melukis untuk bahagiakan penduduk dunia". Lukisan beliau yang berbentuk karikatur juga sangat menyentuh hati dan beliau banyak mengembirakan hati ramai penonton yang sedang broken dan jugak yang sedang healing.