Aeril Zafrel

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Suhairil Sunari)
Lompat ke: pandu arah, cari
Aeril Zafrel
Replace this image male.svg
Kelahiran Suhairil bin Sunari
2 Disember 1987 (27 tahun)
Kluang, Johor, Malaysia
Warganegara Malaysia Malaysia
Pekerjaan Pelakon, Model
Tahun aktif 2006—kini
Pasangan Wawa Zainal (kahwin 2013)

Aeril Zafrel atau nama sebenarnya Suhairil bin Sunari merupakan seorang model dan pelakon remaja popular di Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi watak Affendi dalam siri TV Kisah Kaisara Musim Pertama. Kelibatnya juga dilihat dalam siri TV Senja Permai di Astro Prima Durja Ningsun di TV3 dan terbaru Cinta Jannah di TV3.

Awal pembabitan[sunting | sunting sumber]

Aeril yang berasal dari Kluang, Johor merupakan anak angkat kepada Allahyarham Khairil Khamis, seorang pelakon dan penyanyi era 80an. Beliau telah diambil sebagai anak angkat oleh Khairil sejak berusia 16 tahun. Aeril pada awalnya sukar untuk menyesuaikan diri tinggal di kota dan asyik teringatkan kehidupan di kampung halamannya namun lama kelamaan beliau menjadi seronok kerana dapat mengenal dunia baru di Kuala Lumpur. Khairil merupakan orang yang bertanggungjawab membawa Aeril ke persada seni apabila dia membawa remaja kacak ini ke dunia lakonan menerusi drama Permata Hati Mama pada tahun 2006 dan seterusnya memperkenalkan beliau kepada pengarah handalan Aziz M. Osman dan penerbit Noraliah Lee (Vee). Aziz dan Vee kemudiannya menyunting Aeril untuk membintangi siri TV remaja Kisah Kaisara pada tahun 2007.

Pada tahun 2010, Khairil Khamis telah meninggal dunia dan kini Aeril masih aktif di persada seni untuk terus menyambung cita-cita arwah ayah angkatnya itu.

Kegigihan mencipta nama[sunting | sunting sumber]

4 tahun pertama pembabitan Aeril dalam dunia lakonan tidak begitu memberangsangkan. Lakonan Aeril sering dkritik namun pelakon remaja ini tidak berputus asa. Selepas tidak lagi menyertai siri Kisah Kaisara untuk musim kedua, Aeril bersama seorang rakan menubuhkan sebuah kumpulan bernama CanDo Sahaja pada tahun 2008. Kumpulan ini disunting oleh label Secondlife. [1]

CanDo Sahaja dianggotai Aeril dengan menggunakan nama Farel bersama temannya, Delly. Bakat nyanyian mereka telah dicungkil oleh penulis lirik Adinda Amiro. Setelah menjalani proses rakaman serta kelas vokal intensif, ‘single’ dari kumpulan ‘CanDo Sahaja’ sepatutnya boleh dinikmati oleh peminat-peminat bidang seni suara pada awal Februari 2009 namun sebaliknya berlaku. Karier nyanyian Aeril terkubur begitu sahaja apabila perancangan menerbitkan album mereka dibatalkan. Lebih malang lagi, Aeril dan Delly terheret dalam kancah kontroversi apabila gambar promo kumpulan tersebut yang menonjolkan aksi mereka di atas ranjang (dengan hanya berselimut) dijadikan isu hangat serta dibincangkan di forum-forum internet.

Selepas kontroversi tersebut dan kematian bapa angkatnya, Aeril tampil dengan nama komersial baru - Airel Zafrel selepas beberapa kali bertukar nama (bermula dengan nama Airil Yayang ke Suhairil Suhari ke Aeril Sunari dan Farel). Tuah memihak kepadanya apabila lakonan beliau bersama pelakon remaja Nurul Elfira Loy sebagai anak kepada Norman Hakim & Marissa Yasmin dalam siri TV Senja Permai berjaya meraih perhatian ramai.

Seterusnya Aeril disunting pula untuk membintangi dua buah filem iaitu arahan pengarah tersohor Mamat Khalid berjudul Apokalips berganding bersama nama besar seperti Farid Kamil dan juga filem Aku Tak Bodoh sekaligus memberi peluang kepada Aeril untuk menimba pengalaman berlakon bersama aktor kelas A seperti Namron & Adibah Noor. Bintang Aeril terus dicungkil oleh pengarah prolifik Ahmad Idham apabila beliau diberi peluang memegang watak utama dalam siri TV Durja Ningsun bersama aktres remaja Erin Malik pada tahun 2010.

Biarpun telah melepasi usia 23 tahun, namun kerana wajahnya yang masih keanak-anakan Aeril masih disunting untuk watak-watak belasan tahun. Siri TV terbitan MIG iaitu Click sekali lagi membawa Aeril ke sekolah. Tahun 2011 menyaksikan Aeril naik pangkat ke peranan pelakon utama apabila meraih peluang memegang watak utama Adam dalam filem terbitan KRU Studios iaitu Cinta Kura-kura arahan Nizam Zakaria. Dalam filem tersebut Aeril bergandingan bersama dramatis popular Tiz Zaqyah. Tahun 2012 juga menyaksikan beliau muncul dalam tiga buah filem terbitan Metrowealth (MIG) dimana dua daripadanya bergandingan bersama aktres Wawa Zainal.Filem 7 Petala Cinta menyaksikan pertama kali Aeril memegang watak Ahmad Attar dalam filem bercorak kerohanian, sementara filem Budak Pailang menyaksikan sisi sebenar lakonan Aeril diuji dan kemampuannya memegang watak remaja flat yang terlibat dalam pengedaran dadah hingga dimasukkan dalam sekolah juvana mendapat pujian ramai. Aeril juga sebelum itu muncul dalam sebuah lagi filem iaitu Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HAKS) membawa watak utama dalam konflik cinta platonik.

Selain aktif dalam bidang lakonan, Aeril juga sering menjadi peragawan untuk pertunjukan fesyen dan pelancaran produk. Memikirkan hala tuju kariernya, Aeril tidak lagi mahu terikat dengan satu studio sahaja, maka filem 99 Kali Rindu, dimana beliau memaikan semula watak Ahmad Attar menjadi filem terakhirnya sebagai artis residen MIG. Ketika beliau dan agen dikatakan sedang mencari peluang untuk berlakon di negara jiran Indonesia, peluang yang lebih besar tiba apabila Aeril dilamar untuk membintangi filem Hollywood berjudul Mothers Day, memegang salah satu watak penting bersama pelakon handalan seperti Susan Sarandon, Sharon Stone.

Sejak pembabitan Aeril di peringkat antarabangsa, namanya semakin diangkat di persada seni. Kemunculan Aeril dalam telenovela Cinta Jannah pada Ogos 2013 di slot Akasia TV3 berjaya menjulangkan lagi namanya dan lakonannya bersama Nelydia Senrose meningkatkan lagi populariti Aeril sebagai hero baru TV dan filem di Malaysia. Dalam pada itu , Aeril telah berkahwin dengan Wawa Zainal secara rahsia dan dikurniakan seorang anak lelaki.

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

  1. Aku Tak Bodoh (2010)
  2. Cinta Kura Kura (2012)[2]
  3. 7 Petala Cinta (2012)
  4. Hanya Aku Cinta Kau Seorang ( HACKS ) (2012)
  5. Budak Pailang (2012)
  6. 99 Kali Rindu (2013)
  7. Apokalips (2014)
  8. Mothers Day (2014)
  9. 7UJUH (2014)

Telefilem[sunting | sunting sumber]

  1. Permata Hari Mama @ RTM(2006)
  2. Penawar Kedua @ RTM (2007)
  3. Tok Bah @ RTM (2010)
  4. Pelarian @ TV3 (2012)
  5. "Perempuan Neraka"@TV3(2012)

Siri TV[sunting | sunting sumber]

  1. Kisah Kaisara @ TV3 (2007)
  2. Senja Permai @ Astro Prima (2009)
  3. K.I.T.A @ Astro Ria (2010)
  4. Durja Ningsun @ TV3 (2010)
  5. KL Rock N Roll @ Astro Ria (2010)
  6. Klik @ Astro Ceria (2011)
  7. Ramadhan Terakhir @ TV3 (2011)
  8. Cinta Jannah @ TV3 (2013)
  9. Janji Shirah @ TV3 (2013)

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2011 Festival Filem Malaysia ke-24 Pelakon Harapan Lelaki Aku Tak Bodoh Dicalonkan
Anugerah Skrin Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-25 Artis Baru Lelaki Popular Aeril Zafrel Dicalonkan
2013 Anugerah MeleTOP Era Couple MeleTOP (bersama Wawa Zainal) Dicalonkan
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur Pelakon Lelaki Pilihan Janji Shirah Dicalonkan
Barisan Pelakon Pilihan Dicalonkan
Pasangan Hero & Heroin Pilihan (bersama Nabila Huda) Dicalonkan
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Gandingan Serasi Di Layar (bersama Wawa Zainal) Aeril Zafrel Dicalonkan
2014 Anugerah Stail EH! Pasangan Selebriti Pilihan (bersama Wawa Zainal) Dicalonkan
Anugerah Melodi Galaksi Rap Pasangan Pujaan (bersama Wawa Zainal) Menunggu
Artis Lelaki Pilihan Menunggu

Rujukan[sunting | sunting sumber]