Suhuf-i-Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian daripada siri berkaitan
Allah-green.svg
Islam

Rukun Iman

Allah • Kitab • Malaikat • Nabi
Hari Akhirat • Qada dan Qadar

Rukun Islam

Syahadah • Solat • Puasa
Zakat • Haji

Kota Suci

Makkah • Madinah
Baitulmuqaddis

Hari Raya

Aidilfitri • Aidiladha

Hukum

Al-Quran • Sunnah • Hadis

Sejarah

Garis Masa Sejarah Islam
Khulafa al-Rasyidin
Khalifah • Khilafah

Tokoh Islam

Nabi Muhammad s.a.w
Ahlul Bait • Sahabat Nabi

Mazhab

Ahli Sunah Waljamaah
Hanafi • Syafie
Maliki • Hanbali

Budaya Dan Masyarakat

Akademik • Haiwan • Seni
Takwim • Kanak-kanak
Demografi • Perayaan
Masjid • Dakwah • Falsafah
Sains • Wanita • Politik

Lihat juga

Kritikan • Islamofobia
Glosari

Portal Islam


Suhuf-i-Ibrahim atau Suhuf Ibrahim adalah merupakan kitab-kitab kecil yang diturunkan Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. yang disampaikan melalui perantaraan Malaikat Jibril berisikan panduan dan ajaran-ajaran agama yang bersesuaian dengan keperluan zaman tersebut.

Dikatakan bahawa ajaran agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim ini dikenali dengan ajaran agama Hanif dan sebelum kedatangan Nabi Muhammad S.A.W, terdapat segelintir Orang Arab yang masih mengikuti Agama Hanif ini dan sesudah kedatangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah, ajaran agama ini dimansuhkan dan terbatal. Dikatakan bahawa sebelum Rasulullah menerima wahyu dari Allah, baginda mengamalkan ajaran agama Hanif yang dibawa oleh Nabi Ibrahim ini.

Selain Nabi Ibrahim terdapat lagi nabi-nabi lain yang turut menerima suhuf seperti Nabi Idris, Nabi Syith dan Nabi Musa. Suhuf nabi Masa dipercayai adalah Kitab Taurat yang diperintahkan Allah untuk menjadi hukum yang wajib dilaksanakan oleh Bani Israil pada zaman itu.

Kewujudan Lembaran[sunting | sunting sumber]

Suhuf Ibrahium dipercayai oleh sarjana Muslim mengandungi beberapa wahyu yang diterima oleh Nabi Ibrahim, yang kemudiannya ditulis dalam bentuk tulisan di atas lembar kain, kulit, pelepah, kulit kayu atau apa sahaja yang mungkin digunakan pada zaman itu memandangkan kertas seperti zaman sekarang masih belum dicipta. Kandungan sebenar Suhuf tersebut juga tidak dikisahkan dalam al-Quran.

Surah ke-87 al-Quran, Surah Al-A'la, merumuskan bahawa perkara yang disentuh dalam surah tersebut turut terkandung dalam Suhuf Ibraham dan Musa:

(9) Oleh itu berilah peringatan, kalau-kalau peringatan itu berguna (dan sudah tentu berguna);
(10) Kerana orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan itu;
(11) Dan (sebaliknya) orang yang sangat celaka akan menjauhinya,
(12) Dia lah orang yang akan menderita bakaran neraka yang amat besar (azab seksanya),
(13) Selain dari itu, ia tidak mati di dalamnya dan tidak pula hidup senang.
(14) Sesungguhnya berjayalah orang yang - setelah menerima peringatan itu - berusaha membersihkan dirinya,
(15) Dan menyebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mangerjakan sembahyang.
(16) Bahkan kamu utamakan kehidupan dunia;
(17) Padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal.
(18) Sesungguhnya (keterangan-keterangan yang dinyatakan) ini ada (disebutkan) di dalam Kitab-kitab yang terdahulu, -
(19) Iaitu Kitab-kitab Nabi Ibrahim dan Nabi Musa
—Al-Quran surah Al-A'la, ayat 9-19 [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. al-Quran 87:9-19