Suka-suka tembak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Suka-suka tembak atau 'trigger happy' merupakan persepsi orang ramai terhadap tindakan polis menembak beberapa orang penjenayah atau mereka yang disyakki penjenayah . Polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah seseorang yang disyakki penjenayah berbahaya.

Alasan polis[sunting | sunting sumber]

Pihak selalu memberi alasan bahawa :

  • Mereka yang ditembak memiliki senjata api dan polis terpaksa mempertahankan diri.
  • Penjenayah menyerang polis dan orang ramai dengan senjata tajam atau senjata api.
  • Seseorang atau sekumpulan orang yang enggan berhenti dalam pemeriksaan rambang pihak polis di sekatan jalan . Mereka akan cabut lari , melanggar polis atau papan tanda sekatan.

Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Datuk N.Siva Subramaniam menyatakan bahawa polis tidak digalak menggunakan kaedah 'tembak untuk bunuh'. Namun polis juga mempunyai hak untuk mempertahankan diri mereka.Melepaskan tembakan adalah tindakan terakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Capaian Belia Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia Kamal Affendi Hashim menyifatkan kecaman terhadap polis di negara ini sebagai suatu kelaziman.

Persepsi orang ramai[sunting | sunting sumber]

Apabila selalu tersiar berita tentang penjenayah yang mati ditembak, ia akan membentuk persepsi negatif orang ramai. Orang ramai mahu polis mengambil tindakan tegas terhadap penjenayah . Hak asasi manusia ditimbulkan sama ada polis berhak menembak mereka yang disyakki.

Penjejayah yang ditembak tetapi masih hidup akan memberikan pelbagai alasan sehingga menjurus kepada persepsi 'polis tersalah tembak'. Isu perkauman akan timbul jika polis Melayu menembak kaum India. Isu ini akan 'sejuk' jika polis India menembak penjenayah India. Realitinya dalam situasi panik dan berbahaya, sesiapa sahaja akan ditembak jika polis merasakan mereka perlu ditembak mati.

Perbicaraan di mahkamah amat panjang dan peguam pendakwa yang tidak berpengelaman akhirnya gagal membuktikan kesalahan . Persepsi akan muncul semula bahawa 'suka-suka tembak' akan berlaku . Peguamb bela akan menggunakan pelbagai taktik dan bahasa sehingga pegawai polis enggan membawa kes ke mahkamah . Banyak kes di mana pegawai polis yang sudah pencen turut naik mahkamah.

Pengalaman polis Malaysia[sunting | sunting sumber]

  • Pada 20 Disember 2009, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin menafikan polis suka-suka tembak. Pada 8 November 2009,polis berbalas tembak dengan kumpulan penjenayah PCO Boy di Klang.Lima penjenayah termasuk ketua kumpulan itu yang terbabit dalam beberapa kes rompakan dan samun sejak berjaya ditembak mati. Kakak salah seorang penjenayah itu membunuh diri kerana tidak dapat menerima hakikat adiknya seorang penjenayah.
  • Geng Ipol yang dianggotai 5 rakyat Indonesia berjaya ditembak mati di Hutan Simpan Kampung Bahagia, Sungai Buloh, pada 10 Mei 2009. Geng ini terlibat dalam kegiatan samun di Perak dan Selangor.
  • 4 ahli Geng Aboi yang terlibat dalam samun bersenjata dan pecah rumah di sekitar Lembah Klang pada 8 Februari berjaya ditemba mati.
  • Geng Jack terbabit dalam samun kereta mewah . Dua ahlinya berjaya ditembak mati pada 17 Februari 2009 di Petaling Jaya.
  • Ketua kumpulan Geng Deva berjaya ditembak di Pulau Pinang pada 13 Nov 2009.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]