Sukan Asia Musim Sejuk 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sukan Asia Musim Sejuk VI
Sukan Asia Musim Sejuk VI

Slogan: Charming Changchun
Acara 47 dalam 10 sukan
Upacara pembukaan 28 Januari, 2007
Upacara penutup 4 Februari, 2007
Dirasmikan oleh Hu Jintao
Pembaca ikrar Atlet Li Ye
Pembaca ikrar Juri Yang Jiasheng
Pembawa Obor Li Jiajun
Stadium Utama Changchun Wuhuan Gymnasium

Sukan Asia Musim Sejuk ke-16 telah diadakan di Changchun, Republik Rakyat China dari 28 Januari 2007 hingga 4 Februari 2007. Ini merupakan kali kedua China menjadi tuan rumah Sukan Asia Musim Sejuk; kali pertama ialah pada 1996 di Harbin.

Persediaan[sunting | sunting sumber]

Persediaan untuk sukan ini bermula empat tahun sebelumnya. Beberapa bulan sebelum temasya ini bermula, persediaannya telah diketuai oleh Pemangku Gabenor Jilin, Han Changbin.

Lambang[sunting | sunting sumber]

Menggabungkan pergerakan pelompat ski dan peluncur laju balapan-dekat, lambang Sukan Asia Musim Sejuk 2007 terdiri dari dua coretan kaligrafi Cina. Coretan biru berbentuk C mewakili huruf pertama Changcun dan melambangkan ciri "bandar ais dan salji" dan "bandar sains dan teknologi". Coretan hijau di bawahnya pula melambangkan keamanan ("persahabatan dahulu, persaingan kemudian") dan juga sifat "bandar musim bunga di sebalik Tembok Besar" dan "bandar hutan". Lambang ini memberikan gambaran imej "perubahan dengan setiap hari yang berlalu" dan "burung lang terbang ke langit luas"."[1]

Maskot[sunting | sunting sumber]

6th winter asiad mascot.png

Maskot Sukan Asia Musim Sejuk 2007 ialah Lulu, seekor rusa dari spesies Cervus nippon, yang mudah dilihat di sekitar Changchun. Selain sebagi simbol nasib baik dan beruntung, rusa ini bersifat lembut, anggun, lincah dan pantas, mencerminkan kemahiran atlet musim sejuk yang baik. [2]

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Sejumlah 47 acara yang menawarkan pingat dalam 10 jenis sukan telah dipertandingkan di Sukan Asia Musim Sejuk ini.

Penyertaan negara[sunting | sunting sumber]

Sukan Asia Musim Sejuk 2007 menandakan pertama kali semua anggota Majlis Olimpik Asia menghantar delegasi ke Sukan Asia Musim Sejuk.[3] Berikut adalah senarai ahli 26 Majlis Olimpik Antarabangsa (NOC) yang mengambil bahagian, dan jumlah atlet :[4]

Negara-negara berikut menghantar delegasi yang tidak bertanding:

*Iraq tiada dalam senarai negara yang mengambil bahagian di laman web Sukan Asia Musim Sejuk ke-6. Terdapat juga laporan sebelum temasya sukan ini bermula yang Iraq tidak dapat menghantar delegasi.

Venue[sunting | sunting sumber]

Terdapat enam venue utama untuk 47 acara yang dipertandingkan:

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

(Host nation highlighted)

 Ked.  Negara Emas Perak Gangsa Jumlah
1  China 19 19 23 61
2  Jepun 13 9 14 36
3  Korea Selatan 9 13 11 33
4  Kazakhstan 6 6 6 18
5  Mongolia 0 0 1 1
 Uzbekistan 0 0 1 1

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]