Sukan Komanwel 1998
| 16th Commonwealth Games Sukan Komanwel ke-16 |
|
|---|---|
| Bandar tuan rumah | Kuala Lumpur, Malaysia |
| Penyertaan negara | 70 negara dari Komanwel |
| Penyertaan atlet | 3638 |
| Acara | 15 sukan |
| Upacara pembukaan | September 11, 1998 |
| Upacara penutupan | September 21, 1998 |
| Dirasmikan oleh | Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman Yang di-Pertuan Agong |
| Pelari terakhir Baton Permaisuri | Koh Eng Tong |
| Stadium utama | Stadium Nasional Bukit Jalil |
| Moto | Bersama-sama gemilangkannya ("Together we'll glorify this moment") |
Sukan Komanwel XVI 1998 merupakan Sukan Komanwel telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia dari 11 hingga 21 September 1998 yang merupakan tuan rumah negara Asia yang pertama dan Sukan Komanwel terakhir untuk abad ke-20. Satu rekod 70 negara (34 daripanya memperoleh pingat) membekalkan 3638 atlet.
[sunting] Umum
Temasya ke-16 dibuka rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 11 September, dan ditutup rasmi oleh Ratu Elizabeth II.
|
[sunting] Majlis pembukaan
- Nyanyian medley lagu-lagu pelbagai kaum daripada penyanyi terkenal Malaysia seperti Ella, Anuar Zain, Ziana Zain, Sheila Majid, Amy Mastura, Ning Baizura, Siti Nurhaliza dan lain-lain.
- Gimsemua dipersembahkan oleh kanak-kanak seramai 250 orang untuk akrobatik.
- Tarian moden dan tradisonal daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Convent (1) Bukit Nenas, Sekolah Menengah Kebangsaan Sentul, dan Sekolah Kebangsaan Convent Bukit Nanas. Tarian menggunakan selendang, kipas, gelung rotan, pom-pom, dan lain-lain.
- 33 penerjun dari paras 4000 kaki membawa bendera Malaysia, Kanada, England, Persekutuan Sukan Komanwel, Kuala Lumpur, dan bendera Kuala Lumpur 98. Ahli payung terjun ini terdiri daripada kalangan tentera dan orang awam.
- Ketibaan DYMM Yang di-Pertuan Agong Tuanku Jaafar dan merasmikan Kuala Lumpur 98. Gong gergasi telah dipalu.
- Ratu Elizabeth II menyerahkan baton pada 9 Mac 1998 bersempena dengan Hari Komanwel di Istana Buckingham, London. Baton tersebut dibawa merentasi negara-negara Komanwel dalam enam benua dan tiba di Malaysia pada 7 Julai 1998 di Tawau, Sabah. Baton peringkat Malaysia berbentuk 'gobek' iaitu sejenis alat untuk menumbuk buah pinang yang banyak terdapat di rumah kampung tradisonal Melayu. Bunga raya menghiasi baton ini.
- Seramai 5,040 ahli Persatuan Buddhist Soka Gakkai membuat persembahan kad flip. Sebanyak 258 reka bentuk yang menarik ditonjolkan.
[sunting] Logo dan maskot
Logo Sukan Komanwel ke-16 ini diinspirasikan daripada bunga kebangsaan Malaysia, bunga raya. Ini adalah pertama kali warna kuning digunakan dalam lambang logo. Sebelum ini hanya warna biru dan merah digunakan sebagai lambang bendera Union Jack.
Maskot rasmi bagi Sukan Komanwel di Kuala Lumpur ialah Wira, seekor Orang Utan. Maskot ini telah dilancarkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad pada 13 April 1994.
[sunting] Acara sukan
Temasya kali ini mempertandingkan 15 acara sukan, iaitu:
- Akuatik
- Angkat berat
- Badminton
- Bola jaring
- Boling padang
- Boling sepuluh pin
- Gimnastik
- Hoki
- Kriket
- Lumba basikal
- Olahraga
- Menembak
- Ragbi
- Skuasy
- Tinju
Antara acara baru dalam temasya ini ialah:
- Kriket
- Hoki (lelaki dan wanita)
- Bola jaring
- Ragbi 7 Sebelah
[sunting] Venue
Sejumlah RM 561 juta dibelanjakan untuk membina infrastruktur bagi menjayakan acara sukan termasuk pembinaan Kompleks Sukan Bukit Jalil, 21 gelanggang sukan, dan Pusat Penyiaran Antarabangsa.
Stadium Nasional Bukit Jalil merupakan stadium utama yang dijadikan tempat berlangsungnya acara pembukaan dan penutupan rasmi. Stadium ini boleh menempatkan sehingga 100 000 penonton dan juga mempunyai trek balapan.
Perkampungan sukan pula merangkumi pembinaan 30 buah blok pangsapuri yang boleh menempatkan lebih kurang 6000 atlet dan pegawai sukan. Perkampungan sukan ini hanya terletak 500 meter dari stadium utama dengan dilengkapi sistem pengangkutan awam iaitu LRT.
[sunting] Duta
Setelah dipersetujui oleh beberapa pihak untuk mengadakan majlis besar Sukan Komanwel 1998 di Stadium Nasional Bukit Jalil, mereka akhirnya berminat dan bersetuju untuk memilih Artis Rock Nombor Satu Negara iaitu Ella sebagai artis tema Sukan Komanwel. Ia sekaligus menjadikan Ella sebagai satu-satunya artis Malaysia yang menjadi penyanyi lagu tema tersebut. Paling membanggakan, Ella bukan sahaja menjadi penyanyi tema Sukan Komanwel Malaysia, beliau juga merupakan artis pertama Asia yang menjadi Duta Sukan Komanwel Asia.
[sunting] Pungutan pingat
| Ked. | Negara | Emas | Perak | Gangsa | Jumlah |
|---|---|---|---|---|---|
| 1 | 82 | 61 | 57 | 200 | |
| 2 | 36 | 49 | 53 | 138 | |
| 3 | 30 | 31 | 40 | 101 | |
| 4 | 10 | 14 | 12 | 36 | |
| 5 | 9 | 11 | 14 | 34 | |
| 6 | 8 | 6 | 20 | 34 | |
| 7 | 7 | 10 | 8 | 25 | |
| 8 | 7 | 5 | 4 | 16 | |
| 9 | 4 | 2 | 0 | 6 | |
| 10 | 3 | 4 | 8 | 15 | |
| 11 | 3 | 2 | 7 | 12 | |
| 12 | 3 | 0 | 0 | 3 | |
| 13 | 2 | 1 | 1 | 4 | |
| 14 | 2 | 0 | 3 | 5 | |
| 15 | 1 | 1 | 3 | 5 | |
| 16 | 1 | 1 | 2 | 4 | |
| 17 | 1 | 1 | 1 | 3 | |
| 1 | 1 | 1 | 3 | ||
| 1 | 1 | 1 | 3 | ||
| 20 | 1 | 1 | 0 | 2 | |
| 1 | 1 | 0 | 2 | ||
| 22 | 1 | 0 | 2 | 3 | |
| 23 | 1 | 0 | 0 | 1 | |
| 24 | 0 | 3 | 3 | 6 | |
| 25 | 0 | 2 | 1 | 3 | |
| 26 | 0 | 2 | 0 | 2 | |
| 27 | 0 | 1 | 1 | 2 | |
| 28 | 0 | 1 | 0 | 1 | |
| 0 | 1 | 0 | 1 | ||
| 0 | 1 | 0 | 1 | ||
| 0 | 1 | 0 | 1 | ||
| 32 | 0 | 0 | 1 | 1 | |
| 0 | 0 | 1 | 1 | ||
| 0 | 0 | 1 | 1 | ||
| Jumlah | 215 | 215 | 245 | 675 | |
[sunting] Penaja koporat
- Telekom Malaysia
- Bank Bumiputra
- Malaysia Airlines
- Siemens
- Proton
- Maybank
- Pensonic
- Pepsi
- Nestle's Milo
- Pro-Sport
- MasterCard
- Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB) (National Printing Malaysia Berhad)
- Astro
- Spritzer
[sunting] Lihat juga
[sunting] Rujukan
[sunting] Pautan luar
- Archived official site
- Australia at the 1998 Commonwealth Games - Australian Commonwealth Games Association
| Sukan Empayar British |
|---|
| Sukan Empayar British dan Komanwel |
| Sukan Komanwel British |
| Sukan Komanwel |
|
Alberta 1978 | Queensland 1982 | Edinburgh 1986 | Auckland, 1990 | Victoria 1994 | Kuala Lumpur 1998 | Manchester 2002 | Melbourne 2006 | New Delhi 2010 | Glasgow 2014 | 2018 |