Sukan Malaysia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Malaysia atau ringkasnya SUKMA adalah satu acara sukan peringkat kebangsaan di bawah anjuran Majlis Sukan Negara Malaysia, Majlis-Majlis Sukan Negeri, Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia (MSSM), Majlis Sukan Universiti Malaysia, dan Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia.
SUKMA adalah merupakan kejohanan 'beraneka sukan' (multi-sports competition) dan berkonsepkan 'Mini Sukan Olimpik' di Malaysia yang melibatkan atlet remaja. SUKMA diadakan secara dwi tahunan dan berselang-seli mencungkil bakat atlet-atlet remaja di peringkat negeri dan daerah bagi menggalakkan penglibatan secara mendalam dalam sukan yang dipertandingkan.
Isi kandungan |
[sunting] Objektif
- Untuk mempertingkatkan mutu sukan dan menggalakkan pertumbuhan bilangan penyertaan di peringkat negeri dan daerah terutama dalam sukan-sukan yang diberi keutamaan.
- Menggalakkan dan mempertingkatkan prestasi kepegawaian seperti jurulatih, pegawai-pegawai teknikal, dan pentadbir-pentadbir sukan.
- Menggalakkan pembinaan kemudahan-kemudahan sukan yang baru serta membaikpulih kemudahan-kemudahan yang sedia ada di peringkat negeri dan daerah.
- Menjadi asas pemilihan atlet-atlet bagi mewakili negara ke peringkat antarabangsa di masa hadapan.
- Menjadikan sebagai usaha meningkatkan integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia.
[sunting] Senarai Sukan SUKMA
| Tahun | Tuan rumah | Venue Majlis Perasmian dan Penutupan |
|---|---|---|
| 1986 | Kuala Lumpur | Stadium Merdeka, Kuala Lumpur |
| 1988 | Kuala Lumpur | Stadium Merdeka, Kuala Lumpur |
| 1990 | Sarawak | Stadium Negeri Sarawak, Kuching |
| 1992 | Johor | Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunus, Johor Bahru |
| 1994 | Perak | Stadium Perak, Ipoh |
| 1996 | Pahang | Stadium Darul Makmur, Kuantan |
| 1998 | Selangor | Majlis perasmian Stadium Shah Alam Majlis penutupan Stadium Tertutup Melawati |
| 2000 | Pulau Pinang | Stadium Batu Kawan, Batu Kawan |
| 2002 | Sabah | Stadium Likas, Kota Kinabalu |
| 2004 | Negeri Sembilan | Stadium Tuanku Abdul Rahman, Seremban |
| 2006 | Kedah | Stadium Darul Aman, Alor Setar |
| 2008 | Terengganu | Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu |
| 2010 | Melaka | Stadium Hang Jebat, Melaka |
| 2012 | Pahang | Stadium Darul Makmur, Kuantan |
[sunting] Acara sukan
|
|
[sunting] Tuan Rumah
Tuan rumah untuk SUKMA dipilih melalui "Sistem Zon".
| Sistem Zon | 2006 | 2008 | 2010 | 2012 | 2014 |
|---|---|---|---|---|---|
| Zon I | |||||
| Zon II | |||||
| Zon III | |||||
| Zon IV | |||||
| Zon V |
[sunting] Pautan luar
|
|||||