Sukan Malaysia 2014

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukan Malaysia XVII
Bandar tuan rumahPerlis
Cogan kataSeiring Menuju Kecemerlangan
Penyertaan pasukan15
Penyertaan atlet7815
Acara389 dalam 24 sukan
Upacara pembukaan26 Mei
Upacara penutupan4 Jun
Pembukaan dirasmikan olehTuanku Syed Putra Jamalullail
Raja Perlis
Penutupan dirasmikan olehNajib Razak
Perdana Menteri Malaysia
Stadium utamaStadium Tuanku Syed Putra
Laman sesawangSukan Malaysia 2014

Sukan Malaysia 2014 atau ringkasnya Sukan Malaysia ke-17 adalah sebuah temasya sukan kebangsaan yang diadakan di Perlis dari 24 Mei hingga 4 Jun 2014 dan menampilkan 389 acara dalam 24 sukan teras.[1]

Tempat[sunting | sunting sumber]

Sukan Malaysia ke-17 mempunyai 16 tempat, manakala Sukan Malaysia ke-16 mempunyai 11 tempat, 5 di Kuala Lumpur dan 6 di Selangor.[2]

Sukan Malaysia ke-17
Negeri Tempat Pertandingan Sukan
Perlis
Sungai Batu Pahat Menembak
Kompleks Sukan Perlis Aquatik, Badminton, Skuasy, Tennis, tinju, Wushu, Pencak Silat
Dewan 2020 Sepak Takraw
Dataran Kayangan Tenpin Bowling
IKBN Kuala Perlis Angkat Berat
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin Memanah, ginastik
Kolej Matrikulasi Perlis Karate, Taekwando
Tasik Timah Tasoh Kanu, Perahu kayar
Sungai Batu Pahat Basikal (BMX), Golf
Kompleks Sukan Perlis Boling, Hoki, Olahraga, Petanque, Bola Sepak
SMK Kuala Perlis Hoki
Felda Chuping Basikal (Jalan Raya)
Pauh Basikal (bukit)
Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra Bola Sepak
UiTM Perlis Bola Sepak
Lebuh Raya Kuala Perlis-Changlun Basikal

Negeri peserta[sunting | sunting sumber]

Acara sukan[sunting | sunting sumber]

Pemasaran[sunting | sunting sumber]

[sunting | sunting sumber]

Logo Sukan Malaysia 2014 ialah sebuah imej singa yang mengandungi empat warna iaitu kuning, biru, merah dan putih. Kuning Melambangkan kesetiaan kepada Raja dan Negara. Biru Membawa makna keharmonian dan perpaduan dalam sukan. Merah Memaparkan semangat juang dan kegigihan serta keberanian menghadapi pelbagai cabaran, manakala Putih Membawa makna keluhuran dan suci jiwa serta ikhlas.

Maskot[sunting | sunting sumber]

Maskot rasmi Sukan Malaysia 2014 ialah seekor singa yang bernama "Singa Utara". Walaupun singa tidak pernah wujud di Malaysia, namun singa diangkat sebagai ikon dan identiti Negeri Perlis. Pengambilannya sebagai maskot temasya adalah untuk melambangkan rakyat Perlis sendiri yang memiliki sifat dan jiwa seperti singa iaitu berani, pantas, cekap, suka hidup berkawan, pintar dan penyayang.

Lagu[sunting | sunting sumber]

Lagu tema Sukan Malaysia 2014 ialah 'Seiring Menuju Kecemerlangan'.

Pungutan pingat[sunting | sunting sumber]

Petunjuk

  *   Tuan rumah (Perlis)

Jadual pingat Sukan Malaysia 2014
 Ked.  Negeri Emas Perak Gangsa Jumlah
1  Wilayah Persekutuan (WIL) 55 38 49 142
2  Terengganu (TER) 51 55 31 137
3  Sarawak (SAR) 48 32 35 115
4  Selangor (SEL) 36 49 71 156
5  Pahang (PAH) 33 27 33 93
6  Perak (PRK) 24 24 36 84
7  Pulau Pinang (PEN) 24 21 30 75
8  Johor (SEL) 23 32 40 95
9  Sabah (SAB) 21 31 44 96
10  Negeri Sembilan (NSE) 18 26 24 68
11  Melaka (MEL) 16 12 17 45
12  Kedah (KED) 15 17 23 55
13  Kelantan (KEL) 12 14 6 32
14  Perlis (PER)* 12 10 30 52
15  Brunei (BRU) 1 0 0 1
Jumlah (15 Negeri) 389 388 469 1246


Keprihatinan dan Kontroversi[sunting | sunting sumber]

  • Pada 29hb Mei 2014, baru sahaja beberapa acara akuatik dilangsungkan sempena Sukan Malaysia (Sukma) Ke-17 Perlis, bumbung di pusat akuatik itu terkoyak. Sebelum ini pusat akuatik berkenaan mengundang kontroversi kerana ia lambat disiapkan sehingga ia menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak. Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pernah turun padang melihat sendiri pusat berkenaan bagi melihat masalah-masalah yang dihadapi untuk menyiapkannya. Bumbung kanvas tersebut diturunkan sebelum acara renang diteruskan.[3]
  • Dalam acara tenpin bowling, Semua kontinjen sudah dimaklumkan sejak awal mengenai kekurangan kemudahan infrastruktur yang baik. Sejak awal lagi semua kontinjen telah dimaklumkan bahawa pusat boling hanya mempunyai 24 lorong sahaja. Mereka juga telah dimaklumkan akan berlaku kelewatan dan jadual pertandingan yang memakan masa lama. Acara tenpin boling di Pusat Boling Perlis yang terletak di Kayangan Mall di sini terpaksa ditangguhkan selama lebih tiga jam pada hari pertama acara itu membuka gelanggang pada 27 Mei lepas akibat gangguan bekalan elektrik dan yang terbaharu pada Isnin lepas, acara berpasukan terpaksa dijalankan hingga awal pagi akibat kerosakan lorong('lane'). [4]
  • Pada 31 Mei, kebocoran air berlaku di sesetengah penjuru dewan gelanggang badminton yang baru dibina disebabkan ketangguhan pembinaan sebelum ini. Akan tetapi, Perlawanan badminton masih dijalankan dengan lancar.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Sarawak weightlifter Jelinie crowned Sukma XVII sportswoman". The Borneo Post. June 6, 2014. Dicapai pada September 17, 2015.
  2. ^ "Sukan Malaysia 2013 Melabuhkan Tirai". Sinar Harian. Dicapai pada November 10, 2015.
  3. ^ "SUKMA Perlis: Bumbung Pusat Akuatik Terkoyak".
  4. ^ "Penganjuran SUKMA Perlis berjaya - Khairy".
  5. ^ "Leaky Badminton Hall at 17th Perlis Sukma".
Didahului oleh
Kuala Lumpur
Sukan Malaysia
Perlis

Sukan Malaysia XVII (2014)
Diikuti oleh:
Sarawak