Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo dan bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara; mempunyai sepuluh gegelang yang menunjukkan sepuluh negara
ASEAN.
Sukan Asia Tenggara (juga dikenali sebagai Sukan SEA), merupakan sebuah temasya sukan dwi-tahunan yang membabitkan 11 negara Asia Tenggara. Sukan ini berada dipimpin oleh Persekutuan Sukan Asia Tenggara dengan kerjasama Komiti Olimpik Antarabangsa (IOC) dan Majlis Olimpik Asia.
Penyertaan negara [sunting]
Pada asalnya, Sukan Asia Tenggara diberi nama Sukan Semenanjung Asia Tenggara atau Sukan SEAP. Pada 22 Mei 1958, semua delegasi dari negara semenanjung Asia Tenggara menghadiri Sukan Asia ke-3 di Tokyo, Jepun untuk melakukan perjumpaan dan telah disetujui banyak pihak untuk mengadakan pertubuhan sukan ini. Sukan SEAP dibentuk konsepkan oleh Laung Sukhumnaipradit iaitu Naib Presiden Komiti Olimpik Thailand. Cadangan ini diterima dan sukan ini dipromosikan untuk negara semenanjung Asia Tenggara.
Thailand, Burma (kini; Myanmar), Malaya (kini; Malaysia), Laos, Vietnam Selatan, dan Kemboja (juga Singapura menyertai kemudiannya) dijadikan sebagai anggota sukan ini. Kebanyakan negara menyetujui temasya ini diadakan secara dwi-tahunan. Sukan Komiti Persekutuan SEAP mula dibentuk selepas itu.
Sukan SEAP pertama diadakan di Bangkok, Thailand dari 12-17 Disember 1959 dan disertai seramai 527 atlet dan pegawai rasmi dari Thailand, Burma, Malaysia, Singapura, Vietnam Selatan, dan Laos mengambil bahagian dalam 12 jenis sukan.
Sukan SEAP ke-8 pada 1975, Persekutuan SEAP membawa masuk kontinjen negara dari Indonesia dan Filipina. Dua negara itu diterima pada 1977, tahun yang sama yang mana Persekutuan SEAP menukar nama kepada Pertubuhan Sukan Asia Tenggara (SEAGF) dan temasya dwi-tahunan ini dikenali sebagai Sukan Asia Tenggara. Brunei diterima masuk pada Sukan SEA ke-10 di Jakarta, Indonesia, dan Timor-Leste pada Sukan SEA ke-22 di Hanoi, Vietnam.
Sukan SEA ke-23 diadakan di Filipina, yang mana diadakan bermula 27 November dan berakhir 5 Disember 2005, yang menjadi hos temasya dwi-tahunan ini buat kali ketiga.
Untuk melihat senarai acara sukan terkini yang dipertandingkan, lihat Acara sukan Sukan Asia Tenggara
Sukan Semenanjung Asia Tenggara [sunting]
Sukan Asia Tenggara [sunting]
- 1 Ditukar nama selepas Filipina & Indonesia menyertai temasya ini.
- 2 Ia adalah kali pertama dalam sejarah SEAG sebuah bandar bukan ibu negara menjadi tuan rumah temasya ini.
- 3 Ini kali pertama dalam sejarah SEAG yang venues temasya ditempatkan di dua bandar iaitu Hanoi dan Bandar Ho Chi Minh. Daerah lain termasuk Haiphong, Hải Dương, Nam Định, Ninh Bình, Phú Thọ, Vĩnh Phúc dan Hòa Bình.
- 4 Daerah lain yang menjadi tuan rumah adalah beberapa bandar dalam Metro Manila, Los Baños dan Calamba City di Laguna, Cebu, Bacolod, Angeles dan Subic, Zambales.
- 5 Bandar raya Chonburi dan Bangkok antara lokasi di mana Sukan SEA ke-24 diadakan.
- 6 Palembang adalah tuan rumah rumah temasya, Jakarta akan menyokong tuan rumah bersama
Kedudukan penganjuran [sunting]
|
Kedudukan penganjuran dari 1959 ke 1975.
|
|
Kedudukan penganjuran dari Sukan SEA 1977–semasa.
| Negara |
Temasya dianjur |
Tahun |
Indonesia |
4
|
1979, 1987, 1997, 2011 |
Thailand |
3
|
1985, 1995, 2007 |
Filipina |
3
|
1981, 1991, 2005 |
Malaysia |
3
|
1977, 1989, 2001 |
Singapura |
2
|
1983, 1993 |
Myanmar |
1
|
2013 |
Laos |
1
|
2009 |
Vietnam |
1
|
2003 |
Brunei |
1
|
1999 |
Kemboja |
-
|
|
| Templat:TLS |
-
|
|
|
1 – Kemboja sepatutnya menganjurkan Sukan SEA ke-3 tetapi dibatalkan berikutan situasi tidak mengizinkan
2 – Singapura telah diberi hak penganjuran Sukan SEA ke-27 tetapi ia memilih untuk melepaskan hak tersebut kemudian
Pungutan pingat sepanjang masa [sunting]
- Sehingga Sukan Asia Tenggara 2009.
|
|
Sukan Asia Tenggara
| Negara |
Emas |
Perak |
Gangsa |
Jumlah |
Indonesia |
1,377 |
1,209 |
1,178 |
3,764 |
Thailand |
1,318 |
1,125 |
1,098 |
3,541 |
Filipina |
762 |
880 |
1,063 |
2,705 |
Malaysia |
705 |
682 |
927 |
2,315 |
Singapura |
431 |
484 |
733 |
1,684 |
Vietnam |
407 |
373 |
461 |
1,241 |
Myanmar |
221 |
361 |
505 |
1,087 |
Laos |
11 |
21 |
78 |
110 |
Brunei |
9 |
33 |
125 |
167 |
Kemboja3 |
4 |
15 |
53 |
72 |
Timor-Leste |
0 |
0 |
3 |
3 |
|
- 1 Juga bertanding sebagai Malaya.
- 2 Negara ini bergabung bersama Vietnam Utara pada 1975; kemudian, pungutan pingat negara Vietnam diasingkan daripada pungutan pingat Vietnam Selatan bermula April 1975.
- 3 Bertanding sebagai Kemboja, Kampuchea, dan Republik Khmer.
- 4 Dalam edisi 1989, Vietnam bersatu menyertai semula temasya dengan nama baru dan bendera baru. Pingat diperolehi Vietnam Selatan telah dimasukkan bersama. Lihat jadual pingat atas untuk Vietnam Selatan.
- 5 Bertanding sebagai Burma sehingga 1987.
- ↑ http://www.channelnewsasia.com/stories/sportsnews/view/1165016/1/.html
|
Sukan Asia Tenggara
|
|
Sukan Semenanjung
Asia Tenggara |
|
|
Sukan
Asia Tenggara |
|
|