Sukarelawan Polis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia
Royal Malaysia Police Volunteer Reserve Association (PVR)
Lambang PVR
Intisari agensi
Dibentuk1957 - Kini
Ibu pejabatUiTM, Shah Alam, Malaysia
KakitanganSukarelawan

Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) atau dalam bahasa Inggeris Royal Malaysia Police Volunteer Reserve (PVR) adalah satu daripada cabang sumber sokongan dan tambahan sumber tenaga manusia PDRM (Polis Diraja Malaysia) bagi menjalankan pencegahan dan pembenterasan jenayah dengan lebih berkesan. Fungsi SSPDRM lebih kurang seperti Askar Wataniah ATM (Angkatan Tentera Malaysia) satu daripada cabang sumber sokongan tenaga manusia ATM didalam menjalankan tugas harian kepolisan. Mereka memainkan empat peranan utama sepertimana yang dilaporakan dalam satu kajian (Sumber: https://www.emerald.com/insight/content/doi/10.1108/PIJPSM-05-2017-0065/full/html) (Rujuk juga: https://news.utar.edu.my/news/2018/Aug/06/02/02.html). Pada kebiasaannya, mereka terlibat dalam tugas-tugas pencegahan jenayah (Sumber: https://pre-www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2023/03/1081877/masyarakat-pelancong-terus-aman-dinaungi-payung-biru, https://www.hmetro.com.my/rencana/2020/03/558231/tugas-kian-mencabar).

SSPDRM disertai oleh orang awam sebagai Polis separuh masa untuk membantu mengekalkan keamanan dan keselamatan formasi masing-masing. Unit ini terdiri daripada golongan profesional seperti peguam, guru, doktor, ahli perniagaan, dan pegawai-pegawai kanan didalam agensi kerajaan. Di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan SSPDRM disasarkan untuk mempunyai 50,000 anggota pada tahun 2017 terdiri daripada semua peringkat masyarakat. Kini, pasukan SSPDRM mempunyai 6,975 anggota pada 31 Disember, 2022 (Sumber: https://apakhabartv.com/2023/03/25/happy-police-day-volunteers-in-the-force/).

Pegawai SSPDRM mempunyai kuasa, imuniti, disiplin dan tugas yang sama dengan seorang pegawai polis regular mengikut pangkat yang disandang olehnya. Ini bermakna pegawai dan anggota SSPDRM adalah penjawat awam dengan mempunyai kuasa yang sama dengan pegawai polis regular termasuk untuk menggunakan senjata api, menggeledah dan menangkap pesalah ketika bertugas sepertimana tertera dalam Akta Polis 1967 (Akta 344).

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Anggota SSP bertugas jaga aman di Danga Bay.

SSPDRM diwujudkan sebagai pasukan di bawah kuasa polis sejak tahun 3 Mei 1956. Falsafah kewujudan SSPDRM adalah untuk memberi peluang kepada orang awam untuk melibatkan diri mereka ke dalam kerjaya polis. Pegawai SSPDRM melaksanakan jenis tugas yang sama sebagai anggota polis regular, untuk menguatkuasakan undang-undang dan mengekalkan keamanan dan keselamatan di formasi masing-masing.

Kelayakan SSPDRM[sunting | sunting sumber]

Pemohon Sukarelawan Simpanan Polis hendaklah lulus kelayakan sama seperti mereka yang memohon jawatan Polis Regular kecuali syarat umur pemohon Sukarelawan Simpanan Polis adalah dari 18 hingga 45 tahun manakala Polis Regular adalah dari 18 hingga 28 tahun.

Untuk memohon masuk khidmat di dalam Sukarelawan Simpanan Polis, perlulah seorang itu adalah dari golongan pekerja sepenuh masa mana-mana organisasi yang ditubuhkan, sebaik-baiknya daripada sektor kerajaan. Pemohon Sukarelawan Simpanan Polis perlu mendapatkan kebenaran daripada majikan mereka dan ketua jabatan perkhidmatan masing-masing sebelum mereka memohon untuk menjadi pegawai dan anggota pasukan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia.

Mereka yang berminat boleh membuat permohonan dari laman web Sistem Semakan Online (SSO) Polis Diraja Malaysia.

Latihan[sunting | sunting sumber]

Latihan polis akan dijalankan selama 6 atau lebih bulan di ibu pejabat kontinjen atau satu minggu di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) terdekat dan disambung dengan latihan dalam perkhidmatan (LDP) di daerah atau kontinjen masing-masing. Latihan tempatan akan dijalankan secara berkala sepanjang perkhidmatan mereka.

Apabila menjalani latihan berterusan di dalam maktab pdrm/pulapol atau berkhidmat secara aktif, pegawai dan anggota SSPDRM berhak menerima gaji dan apa-apa elaun berdasarkan tangga gaji sebagai seorang pegawai atau anggota polis regular yang berpangkat setara dengannya.

Pegawai dan sebilangan anggota SSP Kelantan bergambar bersama Ketua Polis Negeri Kelantan selepas majlis tamat latihan asas kepolisian selama 6 bulan di IPK Kelantan

Organisasi SSP[sunting | sunting sumber]

Komandan Sukarelawan Simpanan Polis yang dilantik di setiap negeri adalah bertanggungjawab bagi menasihati Ketua Polis Negeri/Pesuruhjaya Polis untuk perkara berikut: -

  • Nasihat umum pada semua perkara mengenai pengambilan, perlantikan, kenaikan pangkat, disiplin dan kebajikan Sukarelawan Simpanan Polis;
  • Penyeliaan latihan dan pentadbiran am Sukarelawan Simpanan Polis.

Sesuatu Daerah Sukarelawan Polis adalah kebiasaannya diperintah oleh Pegawai Sukarelawan Polis Yang Diwartakan berpangkat Inspektor/sp dan ke atas. Sesuatu balai polis yang diperintah oleh seorang pegawai kanan atau pegawai rendah sukarelawan polis yang dipanggil sebagai Ketua Sukarelawan Polis Balai (KSPB). Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis adalah di bawah pengawasan Ketua Polis Daerah dan Ketua Bahagian di mana mereka bertugas.

Pegawai dan Anggota SSPDRM apabila bertugas hendaklah disifatkan lebih kiri di kalangan polis regular. Sebagai contoh: Timbalan Penguasa Polis - Deputi Superintenden Polis DSP/SP sukarelawan polis dianggap lebih kiri dari DSP polis regular, tetapi ia adalah lebih kanan daripada semua Penolong Penguasa Polis - Asisten Superintenden Polis tidak kira sama ada polis regular (ASP), sukarelawan polis (ASP/SP) dan polis bantuan (ASP/PB).

Pegawai Kanan sukarelawan simpanan polis apabila bertugas dan berpakaian seragam, berhak menerima tabik hormat dari pegawai kanan dan anggota yang berpangkat lebih rendah sama ada di kalangan polis regular, sukarelawan simpanan polis dan polis bantuan seperti yang termaktub di dalam PTKPN A109 Perenggan 3.4 dan PTKPN H601 Perenggan 3.13.10.

Agensi[sunting | sunting sumber]

Agensi Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 2 agensi yang dibenarkan oleh PDRM. Sukarelawan Polis diletakan dibawah seliaan Koordinasi Sumber Sokongan PDRM Bukit Aman dan kontinjen negeri-negeri. Manakala di peringkat IPD, Sukarelawan Polis diletakkan dibawah seliaan Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK).

Agensi yang diwartakan oleh PDRM untuk menubuhkan Sukarelawan Simpanan Polis ialah:

(AKTA 344 AKTA POLIS 1967 PINDAAN 2012 BAHAGIAN VIII)
1.Sukarelawan Simpanan Polis PDRM (SP/PDRM)


(AKTA 344 AKTA POLIS 1967 PINDAAN 2012 BAHAGIAN XI)
2.Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi JPT (KOR SUKSIS)

Tugas SSP[sunting | sunting sumber]

Apabila pasukan SSP dikerahkan untuk bertugas aktif mereka boleh diberikan apa-apa jenis tugasan mengikut latihan, pengalaman, pengetahuan teknikal atau kepakaran dan kekuatan fizikal yang ada dan sesuai dengan mereka.

Tugas-tugas yang dijalankan oleh pasukan sukarelawan polis apabila tidak digunakan secara aktif, adalah seperti berikut: -

1.1 Pejabat pertanyaan (kaunter aduan) / telefonis;

1.2 Tugasan bit di kawasan komersil (ronda berjalan);

1.3 Petrol seperti Ronda Cegah Jenayah Bermotorsikal (RCJ), Unit Rondaan Bermotorsikal (URB), dan Mobile Patrol Vehicle (MPV);

1.4 Trafik;

1.5 Tugas pengangkutan (MT) atau WT untuk Marin);

1.6 Tugas-tugas Pusat Kawalan Kontinjen atau Daerah;

1.7 Pegawai bertugas untuk Pegawai Kanan Polis (pangkat Inspektor/sp dan ke atas) di daerah atau ibu pejabat kontinjen;

1.8 Pentadbiran;

1.9 Jaga aman

Mereka biasanya tidak ditugaskan kepada: -

2.1 Menyiasat kes-kes jenayah;

2.2 Tugas mahkamah;

2.3 Operasi Pasukan Gerakan Am (PGA) ;

2.4 Anti Rusuhan ;

2.5 Cawangan Khas;

2.6 Juri.

Apabila dikerah untuk perkhidmatan aktif, pegawai dan anggota SSPDRM adalah tertakluk kepada prosedur disiplin yang sama seperti Pasukan Polis Regular (PDRM) mengikut: The Police (Conduct and Discipline) (Junior Police Officers and Constables) Regulations, 1970, and the Police Force

Commission's Instrument of Delegation of Certain Functions, Powers, Duties and Responsibilities, 1976".

Persatuan[sunting | sunting sumber]

Persatuan Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (PSSPDRM) atau Royal Malaysia Police Volunteer Reserve Association (RMPVRA) adalah sebuah persatuan yang berdaftar secara sah dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan - Registrar Of Society (R.O.S). RMPVRA ditubuhkan untuk menyelaras, menjaga kebajikan dan menyatukan semua pegawai dan anggota Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia.

Senarai Sukarelawan Simpanan Polis dibawah PDRM[sunting | sunting sumber]

1.SSPDRM Kontinjen Perlis
2.SSPDRM Kontinjen Kedah
3.SSPDRM Kontinjen Pulau Pinang
4.SSPDRM Kontinjen Perak
5.SSPDRM Kontinjen Selangor
6.SSPDRM Kontinjen Kuala Lumpur
7.SSPDRM Kontinjen Negeri Sembilan
8.SSPDRM Kontinjen Melaka
9.SSPDRM Kontinjen Johor
10.SSPDRM Kontinjen Kelantan
11.SSPDRM Kontinjen Terengganu
12.SSPDRM Kontinjen Pahang
13.SSPDRM Kontinjen Sabah
14.SSPDRM Kntinjen Sarawak

PBPM (Persatuan Bekas Polis Malaysia)[sunting | sunting sumber]

1.PBPM Cawangan Perlis
2.PBPM Cawangan Kedah
3.PBPM Cawangan Pulau Pinang
4.PBPM Cawangan Perak
5.PBPM Cawangan Selangor
6.PBPM Cawangan Kuala Lumpur
7.PBPM Cawangan Negeri Sembilan
8.PBPM Cawangan Melaka
9.PBPM Cawangan Johor
10.PBPM Cawangan Kelantan
11.PBPM Cawangan Terengganu
12.PBPM Cawangan Pahang
13.PBPM Cawangan Sabah
14.PBPM Cawangan Sarawak

Senarai Kor Sukarelawan Polis Siswa-Siswi (Kor Suksis) dibawah JPT (Jabatan Pengajian Tinggi)[sunting | sunting sumber]

1.Kor Suksis UiTM (Universiti Teknologi MARA)
2.Kor Suksis UUM (Universiti Utara Malaysia)
3.Kor Suksis UPM (Universiti Putra Malaysia)
4.Kor Suksis UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia)
5.Kor Suksis USM (Universiti Sains Malaysia)
6.Kor Suksis UMK (Universiti Malaysia Kelantan)
7.Kor Suksis UMS (Universiti Malaysia Sabah)
8.Kor Suksis UNIMAS (Universiti Malaysia Sarawak)
9.Kor Suksis UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
10.Kor Suksis UIA (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia)
11.Kor Suksis UTM (Universiti Teknologi Malaysia)
12.Kor Suksis UTHM (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)
13.Kor Suksis UMT (Universiti Malaysia Terengganu)
14.Kor Suksis USIM (Universiti Sains Islam Malaysia)
15.Kor Suksis UniSZA (Universiti Sultan Zainal Abidin)
16.Kor Suksis UniMAP (Universiti Malaysia Perlis)
17.Kor Suksis UMP (Universiti Malaysia Pahang)
18.Kor Suksis UTeM (Universiti Teknikal Malaysia Melaka)
19.Kor Suksis UM (Universiti Malaya)

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]