Sukhoi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sukhoi Corporation
Dinamakan sempenaPavel Sukhoi Sunting ini di Wikidata
Jenis/bentuk sahAerospace manufacturer Sunting ini di Wikidata
IndustriAeroangkasa dan pertahanan
Ditubuhkansebagai OKB-51, 1939
PengasasPavel Sukhoi Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatMoscow, Rusia
Tokoh pentingPavel Sukhoi, pengasas
KeluaranPesawat tentera dan awam
Hasil108,016,999,000 Rubel Rusia (2016) Sunting ini di Wikidata
Pendapatan kendalian5,095,317,000 Rubel Rusia (2016) Sunting ini di Wikidata
Pendapatan bersih2,352,957,000 Rubel Rusia (2016) Sunting ini di Wikidata
Jumlah aset412,517,107,000 Rubel Rusia (2016) Sunting ini di Wikidata
Jumlah ekuiti183,996,626,000 Rubel Rusia (2016) Sunting ini di Wikidata
Bilangan kakitangan26,000 Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukUnited Aircraft Corporation Sunting ini di Wikidata
PembahagianSukhoi Civil Aircraft, KnAAPO, Novosibirsk Aircraft Production Association Sunting ini di Wikidata
Anak syarikatSukhoi Design Bureau Sunting ini di Wikidata
Tapak websukhoi.org Laman web rasmi
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Sukhoi Superjet 100 (Campeche, Mexico) 2015

Sukhoi (Сухой) merupakan sebuah syarikat pengeluar pesawat utama yang terkenal dengan pengeluaran pesawat pejuang buatannya. Diasaskan oleh Pavel Sukhoi pada 1939 sebagai Biro Rekabentuk Sukhoi (OKB-51, pejabat rekabentuk dimulai dengan Su), ia kini dikenali dengan nama Sukhoi Corporation. Syarikat ini terdiri daripada JSC Biro Rekabentuk Sukhoi yang terletak di Moscow, Novosibirsk Aviation Production Association (NAPO), Komsomolsk-on-Amur Aviation Production Association (KnAAPO) dan Irkutsk Aviation. Sukhoi beribu pejabat di Moscow. Finmeccanica memiliki 25% + 1 saham Sukhoi dalam divisyen awam.[1] Kerajaan Rusia merancang untuk menggabungkan syarikat Sukhoi dengan Mikoyan, Ilyushin, Irkut, Tupolev, dan Yakovlev sebagai sebuah syarikat baru dengan nama United Aircraft Building Corporation.[2]

Pada masa kini, pesawat-pesawat seperti Su-24, Su-25, Su-27, Su-30, Su-34, dan Su-33 digunakan oleh Tentera Udara Rusia dan Tentera Laut Rusia. Pesawat-pesawat serangan darat dan pesawat pejuang buatan Sukhoi telah dijual kepada Armenia, India, China, Poland, Republik Czech, Slovakia, Hungary, Georgia, Jerman, Syria, Algeria, Korea Utara, Vietnam, Malaysia, Afghanistan, Yemen, Egypt, Libya, Iran, Angola, Ethiopia, Peru, Eritrea dan Indonesia. Venezuela pula telah menandatangani kontrak bagi pembelian 30 buah pesawat pejuang Su-30 pada Julai 2006. Sehingga kini, sejumlah lebih daripada 2000 buah pesawat Sukhoi telah dijual kepada negara-negara luar dalam bentuk kontrak luar negara. Selain itu, Sukhoi juga mengeluarkan pesawat-pesawat aerobatik seperti Su-26, Su-29 dan Su-31.

Sukhoi Design Bureau

Pada 4 Ogos 2006, Jabatan Negara Amerika Syarikat telah mengenakan sekatan ekonomi antarabansa ke atas Sukhoi kerana disyaki membekalkan senjata kepada Iran yang mana bertentangan dengan Akta Pengawalan Senjata Iran 2000 oleh Amerika Syarikat. Sukhoi telah dilarang daripada membuat perjanjian perniagaan dengan Kerajaan Persekutuan Amerika Syarikat.[3] Sekatan ini dipercayai oleh Sukhoi sebagai tindak balas terhadap perjanjian penjualan pesawat pejuang kepada Venezuela.[perlu rujukan] Pada November 2006, Jabatan Negara A.S telah menarik balik sekatannya ke atas Sukhoi.[perlu rujukan]

Pada 26 September, 2007, Sukhoi telah melancarkan pesawat penumpang moden pertamanya yang dikenali sebagai Superjet, sebuah pesawat dengan muatan di antara 78 hingga 98 penumpang. Ia telah dipertontonkan di Komsomolsk-on-Amur.[4]. Penerbangan sulung pesawat ini dibuat pada 19 Mei, 2008.[5]

Pesawat pengeluaran[sunting | sunting sumber]

Pesawat Su-20 'Fitter' milik Poland (versi eksport bagi Su-17)
Superjet 100 RJ

Pesawat eksperimen[sunting | sunting sumber]

Su-47 (S-37)

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Finmeccanica Will Buy 25% of Sukhoi Civil Aircraft." Bloomberg.com. February 21, 2006.
  2. ^ "Russian Aircraft Industry Seeks Revival Through Merger." The New York Times. February 22, 2006.
  3. ^ "Russia slams U.S. sanctions on Russian arms companies". People's Daily Online. 2006-08-05. Check date values in: |date= (bantuan)
  4. ^ Reuters, PREVIEW-Russia eyes new aviation glory with Superjet
  5. ^ Russian News and Information Agency
  6. ^ "Translation of." Investor's Business Daily. August 21, 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]