Sukhoi PAK FA

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
PAK FA
Peranan Pesawat pejuang pelbagai peranan halimunan
Negara pengeluar Rusia
Pengeluar Sukhoi
Penerbangan sulung 29 Januari 2010[1][2][3]
Mula digunakan 2015 (dirancang)[4][5][6]
Status Ujian penerbangan / pra-pengeluaran
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Jumlah dibina 2 diterbangkan (4 kesemuanya)[7]
Kos program AS$8–10 bilion (anggr.)[8][9][10]
Kos seunit AS$47.5-57 juta[11]
Kelainan Sukhoi/HAL FGFA

Sukhoi PAK FA (atau PAK-FA) merupakan sebuah pesawat pejuang generasi ke-5 yang sedang dibangunkan oleh Rusia. PAK FA merupakan singkatan bagi Perspektivnyi Aviatsionnyi Kompleks Frontovoi Aviatsyi (Перспективный авиационный комплекс фронтовой авиации dalam Bahasa Rusia) yang bermaksud Sistem Pesawat Prospektif Penerbangan Barisan Hadapan. Ia sedang dibangunkan oleh Sukhoi OKB, yang mana kod rujukan projek dalamannya adalah T-50. Pembangunan PAK FA adalah bertujuan untuk mengantikan pesawat-pesawat MiG-29 Fulcrum dan Su-27 Flanker di dalam perkhidmatan dengan Tentera Udara Rusia. Pesawat ini telah membuat penerbangan sulung pada 29 Januari, 2010 dan dijangka akan memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Rusia pada tahun 2013. PAK FA telah direka untuk bersaing dengan pesawat F-22 Raptor dan F-35 Lightning II, yang mana merupakan jet pejuang generasi ke-5 di dunia.[12]

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Imej janaan komputer bagi MiG 1.44 dengan rekabentuk sayap delta.

Pada akhir 1980-an, Kesatuan Soviet telah menggariskan keperluan untuk pesawat generasi baru bagi mengantikan angkatan pesawat MiG-29 dan Su-27 dalam perkhidmatan barisan hadapan. Dua projek telah dicadangkan bagi memenuhi keperluan ini, iaitu Sukhoi Su-47 dan Mikoyan Projek 1.44. Pada 2002, Sukhoi telah dipilih bagi mengetuai rekabentuk pesawat tempur baru. PAK FA akan menggabungkan teknologi dari kedua pesawat Su-47 dan MiG 1.44.

Pusat Pengeluaran dan Saintifik Teknokompleks, Ramenskoye Instrument Building Design Bureau, Institut Penyelidikan Saintifik Pembinaan Peralatan (Zhukovskiy), Kilang Mekanikal dan Optikal Ural (Yekaterinburg), firma Polet (Nizhniy Novgorod) dan Institut Kejuruteraan Penyelidikan Radio Pusat (Moscow) telah diumumkan sebagai pemenang dalam pertandingan yang diadakan pada awal 2003 untuk membangunkan kelengkapan avionik bagi pesawat generasi ke-5. NPO Saturn pula telah dikenal pasti untuk mengetuai kerja pembangunan enjin bagi pesawat ini.

Persatuan Pengeluaran Penerbangan Novosibirsk Chkalov (NAPO) telah memulkan pembinaan pesawat tempur generasi ke-5. Kerja-kerja ini telah dilakukan di Komsomol'sk-on-Amur; berdasarkan kenyataan Pengurus Besarnya Fedor Zhdanov semasa lawatan ke NAPO oleh Gabenor Novosibirsk Oblast, Viktor Tolokonskiy pada 6 Mac 2007.

Pada 8 Ogos 2007, Komander Tentera Udara Rusia, Aleksandr Zelin telah dipetik oleh agensi akhbar Rusia mengatakan bahwa tahap pembangunan bagi program PAK FA telah selesai dan pembinaan pesawat prototaip untuk ujian penerbangan telah bermula.[13]

Spesifikasi (PAK FA - jangkaan)[sunting | sunting sumber]

Diagram

Data dari Warfare.ru[14]

Ciri umum

  • Anak kapal: 1/2 untuk versi India
  • Panjang: 22.0 m (72 kaki 2 in)
  • Rentang sayap: 14.2 m (46 kaki 7 in)
  • Tinggi: 6.05 m (19 kaki 10 in)
  • Sayap luas: 78.8 m² (848 kaki²)
  • Berat kosong: 18,500 kg (40,786 lb)
  • Berat berisi: 26,000 kg (57,320 lb)
  • Berat berguna: 7,500 kg (16,535 lb)
  • Berat berlepas maksimum: 37,000 kg (81,571 lb)
  • Loji kuasa:Saturn-Lyulka AL-41F turbofan
    • Tujahan kering: 96.1 kN (9,800 kgf, 21,605 lbf) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 152 kN (15,500 kgf, 34,172 lbf) setiap satu

Prestasi

Persenjataan

  • Meriam: 2× meriam dalaman berkaliber 30 mm
  • Titik beban: 8 tenggekan, 4 pada setiap belah pesawat.

Avionik

  • Radar: Radar N050(?)BRLS AESA/PESA (peningkatan IRBIS-E) pada Sukhoi Su-35
    • Frekuensi: 3 mm (0.118 in)
    • Ukur lilit: 0.7 m (2 kaki 4 in)
    • Sasaran: Menjejak 32, menyerang 8
    • Jarak: 400 km (248 batu)
      • EPR: 3 m² (32.3 kaki²) di jarak 160 km (99.4 batu)
      • RCS: 0.01 m² di jarak 90 km (55 batu)
      • Azimut: +/-70°, +90/-50°
    • Kuasa: 4,000 W
    • Berat: 65 hingga 80 kg (143 hingga 176 lb)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Subbotin, Sergei. "Russia to start flight tests of fifth-generation in 2009" RIA Novosti, 3 April 2008. .
  2. "Русский Raptor" впервые взлетит через три дня (in Russian)". LIFE NEW. RetrievedL 25 January 2010.
  3. "Российский истребитель пятого поколения поднялся в воздух (in Russian". Lenta.ru. Retrieved: 29 January 2010.
  4. "Russia draws back veil of secrecy with peek at future fighter." RIA Novosti. Retrieved: 29 January 2010.
  5. Singh, Rajiv. "The 'Raptorski' creates its ripples of envy." aviationweek.com, 30 January 2010. Retrieved: 26 January 2011.
  6. Sweetman, Bill. "PAK-FA Will Be Operational In 2015: Executive." aviationweek.com, 21 June 2010. Retrieved: 26 January 2011.
  7. 2nd Russian Fifth-generation Jet Fighter Completes First Flight
  8. Pandit, Rajat. "India, Russia to ink new military pact." Times of India. 10 October 2009.
  9. Shukla, Ajai. "India, Russia close to PACT on next generation fighter." Business Standard, 5 January 2010.
  10. Shukla, Ajai. "India to develop 25% of fifth generation fighter/" Business Standard, 6 January 2010.
  11. Defence International 2011/02 P.35 (Chinese) [official Russian estimate]
  12. "Commander: Russian air force to equip new generation fighter jets in 2013". People's Daily Online. Diperoleh pada 2008-07-11. 
  13. Russia to build fifth-generation fighter prototype soon
  14. Estimations only, as of 2007.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]