Sukhoi Su-47

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Su-47 Berkut
S-37 3 - cropped.jpg
Pesawat Su-47 semasa melakukan manuver pada altitud rendah.
Peranan Jet pejuang supersonik termaju
Pengeluar Sukhoi
Direka oleh Sukhoi Design Bureau of Moscow
Penerbangan sulung 25 September 1997
Diperkenalkan Januari 2000
Status Eksperimen
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
Jumlah dibina 1
Kos seunit RUB 1.67 bilion (AS$ 70 juta)
Dibangunkan dari Sukhoi Su-27[perlu rujukan]

Sukhoi Su-47 Berkut (Rusia: Су-47 Беркут - Golden Eagle), juga dikenali sebagai S-32 dan S-37 semasa pembangunan awal, adalah sebuah pesawat pejuang supersonik eksperimen yang dibangunkan oleh Sukhoi Aviation Corporation. Ciri yang membezakan pesawat ini adalah forward-swept wing, menyerupai ciri yang terdapat pada pesawat Tsybin's LL-3.[1] NATO telah menamakan pesawat ini sebagai "Firkin". Hanya sebuah pesawat dikeluarkan sebagai pesawat prototaip demonstrasi teknologi termaju sementara rancangan untuk membina pesawat kedua telah dibatalkan.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Awalnya dikenali sebagai S-37, Sukhoi telah menamakan semula pesawat ujian termajunya sebagai Su-47 pada tahun 2002. Diberi nama gelaran rasmi sebagai Berkut (Golden Eagle), Su-47 pada asalnya dibina sebagai platform ujian utama Rusia untuk bahan komposit dan sistem kawalan fly-by-wire yang canggih. Pesawat ini menggunakan sayap forward-swept yang mana membolehkan pengendalian yang menakjubkan dan memiliki sudut serangan sehingga lebih 45°.

TsAGI telah lama membuat kajian akan kelebihan menggunakan sayap forward-swept, dengan membuat penyelidikan terhadap pesawat Tsibin LL dan pesawat Junkers Ju 287 yang ditawan pada tahun 1940-an. Sayap forward-swept memiliki pemalar daya angkatan yang lebih tinggi, mengurangkan momen lentur, dan menangguhkan keadaan pegun apabila dibandingkan dengan bentuk sayap konvensional. Pada sudut serangan tinggi, hujung-hujung sayap kekal tanpa pegun dan membenarkan pesawat untuk mengekalkan kawalan aileron. Malangnya, sayap forward-sweep akan mencetuskan putaran yang cukup kuat untuk mengoyakkan sayap yang diperbuat daripada bahan-bahan konvensional. Hanya baru-baru ini, apabila penggunaan bahan komposit menjadikan rekabentuk pesawat dengan sayap forward-swept sesuai untuk digunakan.

Seperti pesaingnya di A.S, iaitu pesawat Grumman X-29, Su-47 merupakan satu pesawat demonstrasi teknologi yang bertujuan untuk menyediakan asas untuk pesawat pejuang generasi Rusia yang akan datang. Pesawat pejuang seperti ini tidak hanya setanding dengan pesawat F/A-22 Raptor A.S, tetapi juga bersaing untuk mendapatkan peruntukan dengan pesawat yang lebih konvensional iaitu MiG 1.44. Bagaimanapun, Sukhoi sekarang berusaha untuk memasarkan pesawat Su-47 kepada angkatan tentera Rusia dan pelanggan-pelanggan luar negara sebagai versi pesawat pengeluarannya sendiri.[perlu rujukan]

Rekabentuk[sunting | sunting sumber]

Pesawat Su-47 mempunyai dimensi yang hampir sama dengan pesawat pejuang Sukhoi sebelumnya seperti pesawat Su-35. Untuk mengurangkan kos pembangunan, Su-47 meminjam rekabentuk fiuslaj hadapan, ekor menegak, dan giar pendaratan daripada pesawat dari keluarga Su-27. Namun begitu, pesawat ini berupaya untuk mengurangkan ciri pengesanan dari radar (termasuk menggunakan bahan penyerap radar),[perlu rujukan] ruang simpanan persenjataan dalaman, dan ruang khas untuk radar termaju. Walaupun menyamai konsep keseluruhan pesawat penyelidikan X-29 Amerika Syarikat era 1980-an, Su-47 bersaiz dua kali ganda berbanding pesawat X-29 dan meyerupai sebuah pesawat pejuang sebenar berbanding pesawat yang direkabentuk oleh A.S.

Untuk menyelesaikan masalah sayap berpusing, Su-47 menggunakan bahan-bahan komposit yang dibuat khusus untuk menahan pusingan tetapi pada masa yang sama masih membenarkan sayap melentur untuk memperbaiki sifat aerodinamik. Disebabkan rentang sayap yang secara relatifnya lebih besar, Su-47 akan dilengkapi dengan sayap berlipat, untuk membolehkannya memasuki ruang hangar. Seperti pesawat sebelumnya iaitu Su-37, Su-47 terdiri dari tatarajah tiga satah selari, dengan sirip hadapan terletak di hadapan sayap dan sayap ekor. Menariknya, Su-47 memiliki dua corong ekor yang mempunyai panjang yang tidak sama di luar muncung ekzos. Corong yang pendek, di bahagian kiri, menempatkan radar yang menghadap ke belakang, sementara corong yang lebih panjang akan menempatkan payung brek.

Pengendalian[sunting | sunting sumber]

Pesawat prototaip Su-47 berlepas semasa Pameran Udara Moscow di Zhukovski, pada tahun 2001.

Pesawat Su-47 memiliki kelincahan yang menakjubkan di dalam kelajuan subsonik, membolehkannya untuk mengubah sudut serangan dan laluan penerbangannya dengan pantas dan pada masa yang sama masih dapat mengekalkan kebolehkendaliannya dalam kelajuan supersonik. Kelajuan maksimum pesawat Su-47 adalah Mach 2.34 di altitud tinggi dan pada keupayaan melebihi 9-G.[2]

Kadar pusingan maksimum, had atas dan bawah di kelajuan udara semasa melancarkan senjata, merupakan kriteria penting untuk menguasai pertempuran. Pesawat Su-47 ini sangat mudah untuk dikendalikan dengan kestabilan kekal dan mudah untuk dikawal pada sudut serangan yang melampau. Kadar pusingan maksimum sangat penting semasa pertempuran jarak dekat, sederhana dan jauh, apabila sesuatu misi itu melibatkan serangan berturut-turut ke atas sasaran di sektor-sektor berlainan di ruang udara. Kadar pusingan yang tinggi pada pesawat Su-47 membolehkan juruterbang untuk menukar arah pesawat pejuang dengan pantas ke atas sasaran seterusnya selepas melancarkan senjata.

Sayap berbentuk swept-forward jika dibandingkan dengan sayap jenis swept-back memiliki beberapa kelebihan:

  • kadar daya angkatan-seretan yang lebih tinggi
  • kapasiti yang lebih baik semasa manuver dalam pertempuran udara
  • jarak yang lebih jauh pada kelajuan subsonik
  • memperbaiki ketahanan pegun dan ciri-ciri anti-pusingan
  • memperbaiki kestabilan semasa dalam sudut serangan yang tinggi
  • kelajuan minimum penerbangan yang lebih rendah
  • jarak berlepas dan mendarat yang lebih pendek

Fiuslaj[sunting | sunting sumber]

Keratan rentas pesawat Su-47 berbentuk bujur dan kerangkanya dibina daripada aloi aluminium dan titanium dan 13% (berdasarkan berat) darinya adalah bahan komposit. "Radome" muncung sedikit leper di bahagian depan, dan mempunyai hujung mendatar untuk mengoptimumkan ciri-ciri anti-putaran pesawat.

Sayap[sunting | sunting sumber]

Sayap forward-swept memaparkan penampilan (dan ciri-ciri) luar biasa pada Su-47, mendapat nama gelaran sebagai syaitan dan slingshot. Bahagian penting adalah daya angkatan yang dihasilkan oleh sayap forward-swept muncul pada bahagian dalam rentang sayap. Daya angkatan ini tidak dihadkan oleh kepegunan hujung sayap. Aileron - permukaan kawalan sayap - kekal cekap pada sudut serangan yang tinggi, dan boleh mengekalkan kawalan pesawat walaupun semasa kejadian aliran udara terpisah daripada permukaan sayap yang selebihnya.

Panel sayap telah dibina dengan menggunakan hampir 90% bahan komposit. The forward-swept midwing memiliki nisbah aspek yang tinggi, yang mana menyumbangkan keupayaan jarak jauhnya. Pangkal pinggir depan yang dipanjangkan diadun dengan baik dengan panel-panel sayap, yang mana dipasangkan pada bilah-bilah boleh pesong di pinggir depan; kepak-kepak dan aileron pada pinggir belakang. Sirip hadapan berbentuk trapezoidal bergerak disambung pada pangkal pinggir depan dipanjangkan (LERX).

Bahagian bawah rekabentuk sayap menghasilkan daya pusingan yang kuat yang akan cuba memusingkan sayap ke atas, terutamanya semasa pada kelajuan tinggi. Putaran ini memerlukan penggunaan bahan-bahan komposit dalam jumlah yang besar untuk meningkatkan kekuatan dan ketahanan sayap. Walaupun begitu, kelajuan pesawat ini dihadkan pada Mach 1.6. Pengubahsuaian kejuruteraan pada baru-baru ini telah berjaya meningkatkan had ini tetapi had baru tidak dinyatakan.

Tujahan vektor[sunting | sunting sumber]

Walaupun bukan suatu revolusi, enjin tujahan vektor (dengan enjin PFU yang diubahsuai) sebanyak ±20° pada 30°/saat dalam anggulan dan olengan akan menyokong kelincahan yang diperolehi dengan menggunakan sayap jenis forward-swept.

Kokpit[sunting | sunting sumber]

Rekabentuk kokpit menitikberatkan dalam memberi dan mengekalkan keselesaan kepada juruterbang. Juruterbang juga boleh mengawal pesawat semasa manuver dalam keadaan daya-G yang tinggi. Pesawat ini dilengkapi dengan kerusi lenting yang baru dan sistem sokongan hidup. Kecerunan kerusi lenting disetkan pada sudut 60°, yang mana akan mengurangkan kesan daya daya-G yang tinggi kepada juruterbang. Kerusi ini membolehkan manuver pertempuran dekat dan mengelakkan peluru berpandu pada beban daya-G yang tinggi berbanding sebelumnya. Juruterbang pesawat Su-47 menggunakan tuas kawalan pemasangan tepi dan tuas pendikit tensiometrik. Susunan kerusi bersandar pertama kali digunakan pada pesawat F-16 Fighting Falcon tetapi didapati mempunyai kelebihan yang tidak begitu ketara dan sejak itu tidak pernah lagi digunakan pada pesawat-pesawat buatan A.S yang lain.[perlu rujukan]

Pengguna[sunting | sunting sumber]

Flag of Russia.svg Rusia

Spesifikasi (Su-47)[sunting | sunting sumber]

Sukhoi Su-47 outline.svg

Data dari World Aircraft & Systems Directory

Ciri umum

  • Anak kapal: 1
  • Panjang: 22.6 m (74 kaki 2 in)
  • Rentang sayap: 15.16 m hingga 16.7 m (49 kaki 9 in hingga 54 kaki 9 in)
  • Tinggi: 6.3 m (20 kaki 8 in)
  • Sayap luas: 666 kaki² (61.87 m²)
  • Berat kosong: 36,100 lbs (16375 kg)
  • Berat berisi: 55,115 lb (25,000 kg)
  • Berat berlepas maksimum: 77,162 lbs (35,000 kg)
  • Loji kuasa:Lyulka AL-37FU (perancangan) pesawat prototaip menggunakan 2 Aviadvigatel D-30F6 lepas pembakaram, tujahan vektor (bagi ubahsuai PFU) turbofan dengan kawalan digital
    • Tujahan kering: 83.4 kN (18,700 lbf) setiap satu
    • Tujahan dengan pembakar lanjut: 142.2 kN (32,000 lbf) setiap satu
  • Thrust vectoring: ±20° at 30° per second in pitch and yaw

Prestasi

Persenjataan

  • Bilangan tenggekan: 14: 2 di hujung sayap, 6-8 di bawah sayap, 6-4 conformal di bawah fiuslaj
  • Meriam: 1x 30 mm meriam GSh-30-1 dengan 150 butir peluru
  • Peluru berpandu:
    • Udara-ke-udara: R-77, R-77PD, R-73, K-74
    • Udara-ke-permukaan: X-29T, X-29L, X-59M, X-31P, X-31A, KAB-500, KAB-1500

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pesawat setanding

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Tayor, Michael J. H. (1999). World Aircraft & Systems Directory. Herndon, VA: Brassey's. ms. 78–79. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]