Suku

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Suku yang dimaksudkan di sini ialah puak atau sekumpulan manusia yang mempunyai hubungan kekeluargaan (seperti dalam perkataan 'suku sakat').

[sunting] Malaysia

Dalam amalan Adat Perpatih di Negeri Sembilan, setiap orang ada suku masing-masing. Suku ini dinamakan menurut nama asal kampung nenek moyang masing-masing di tanah Minangkabau. Kesemuanya ada 12 suku iaitu: (1) Tanah Datar, (2) Batu Hampar, (3) Seri Lemak Pahang,(4)Seri Lemak Minangkabau,(5)Mungka,(6)Payakumbuh,(7)Seri Melenggang,(8)Tigo Batu,(9)Tigo Nenek,(10)Anak Aceh,(11)Batu Belang.

Suku Biduanda terbahagi kepada 2 bahagian iaitu "Biduanda Di Air" iaitu yang datang dari Sumatera dan "Biduanda Di Darat" iaitu golongan penduduk asal iaitu golongan orang asli yang sedia ada di Negeri Sembilan ketika itu iaitu Semang, Sakai dan Jakun. Suku Biduanda Di Air adalah suku yang layak menjawat jawatan Undang atau Penghulu dalam luak-luak Adat Perpatih. Suku Anak Acheh pula bukan berasal daripada nama kampung di Minangkabau tetapi dipercayai diberi nama menghormati seorang pemimpin agama yang berasal dari Acheh.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain