Sulaiman Daud

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Tan Sri Dr Haji Sulaiman Daud(lahir 4 Mac - meninggal 23 Mac 2010) .Anak kelahiran Kuching, Sarawak.[1]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Mendapat ijazah kedoktoran pergigian dari University of Otago, New Zealand.Beliau menjadi doktor gigi di kerajaan negeri Sarawak dan Jabatan Perubatan Brunei pada tahun 1960-an.

Politik[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan ahli politik dari Sarawak di Malaysia. Beliau menang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1978 bagi kawasan Santubong, negeri Sarawak. Beliau bertanding atas tiket parti Barisan Nasional.

Perdana Menteri Malaysia Tun Hussein Onn telah melantik beliau menjadi Timbalan Menteri Kesihatan . Kemudian dilantik menjadi Menteri Kebudayaan, Beia dan Sukan Malaysia. Beliau pernah menjadi Ketua Pengakap Negara.

Dr Sulaiman pernah menjadi Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak. Kemudian menjadi ahli Parlimen Petra Jaya, Sarawak.Beliau menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada 19 Mac 1981.

Beliau dilantik menjadi Menteri Pelajaran (1981-1984 dan juga 1991-1995), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

Semasa menjadi Menteri Pelajaran, beliau terlibat memajukan pembelajaran Bahasa Inggeris.Semasa menjadi Menteri Pertanian, terlibat dengan pindaan Kanun Tanah Negara.

Kerja kebajikan[sunting | sunting sumber]

Aktif dalam Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Anaknya Dr Mahathir, Norshida, Zelda Raha dan Azman. Dr Mahathir bertugas di Kuching Specialist Hospital dan Azman, berada di London. Isterinya Puan Sri Naemah Hasbi meninggal dunia pada 26 Mac 2005 akibat barah paru-paru.

Meninggal dunia[sunting | sunting sumber]

Pada 23 Mac 2010, Sulaiman Daud meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa 8.10 pagi kerana sakit kanser hati. Dia dimasukkan ke unit rawatan koronari HKL pada pukul 12.30 tengah malam setelah mengadu sakit di rumahnya di 61, Lorong Lai Tet Lok Satu Off Jalan Gurney.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Lembaga Masjid Bahagian Kuching, Kuching, Sarawak. Jenazah dibawa balik ke Sarawak dengan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dari pangkalan TUDM di Subang.

Turut menziarahi ialah Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad , Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Datuk Seri Rais Yatim, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan lain-lain.[2]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]