Sulaiman Taha

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Datuk Sulaiman Taha (??-17 Disember 2010)adalah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu dan merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Tenang, Johor. Di peringkat akar umbi, beliau adalah pengerusi Barisan Nasional Labis dan Ketua Umno Bahagian Labis.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Seri Noraini Yaakop dan dikurniakan 7 orang anak iaitu 6 anak perempuan dan seorang lelaki.

Sumbangan[sunting | sunting sumber]

Menurut anggota Parlimen Labis, Chua Tee Yong, berkata antara sumbangan Allahyarham terhadap penduduk Labis ialah membangunkan Pusat Rekreasi Ayer Panas Labis, dua buah dewan komuniti dan perpustakaan di Tenang Stesen.[1]

Terlantar sakit[sunting | sunting sumber]

Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis, kini dalam keadaan stabil.


Beliau menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November 2010 dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.


Pada 16 Disember 2010, beliau masih terlantar di hospital selepas lebih sebulan berada di sana tetapi keadaannya dilaporkan stabil.[2]


Rujukan[sunting | sunting sumber]