Sulaiman bin Abdul Malik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sulaiman bin Abdul Malik (674-717) ialah khalifah Ummaiyyah yang memerintah dari tahun 715 sehingga tahun 717. Ayahnya ialah Abdul al-Malik. Dia ialah adik kepada khalifah sebelumnya iaitu Khalifah Al-Walid I.

Sulaiman mengambil alih tampuk pemerintahan selepas penentangan politik oleh Hajjaj ibn Yusuf. Walau bagaimanapun, Hajjaj meninggal dunia pada tahun 714. Hal ini memberi peluang kepada Sulaiman untuk menghapuskan musuhnya. Antaranya ialah Qutaibah ibn Muslim, Musa ibn Nusair, dan Muhammad ibn Qasim. Kesemua mereka dipenjara sebelum dibunuh.

Semasa pemerintahannya, beliau melantik Umar ibni Abd Aziz sebagai menteri kanannya. Pada masa pemerintahan beliau, penaklukan dijalankan di kawasan pergunungan di Iran. Sulaiman juga mengarahkan supaya Constantinople diserang, tetapi serangan ini tidak membuahkan hasil. Di dalam negeri pula, beliau mengarahkan supaya perigi dibina di Makkah untuk jemaah haji. Beliau juga menguatkuasakan undang-undang wajib bersembahyang. Imej Sulaiman menjadi buruk selepas peristiwa pembunuhan tiga panglima perang terbabit.

Dia memerintah selama dua tahun tetapi memecahkan tradisi apabila melantik Umar ibni Abdul Aziz walaupun ditentang oleh saudara terdekatnya.