Sultan Muhammad Shah, Kedah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Sultan Muhammad Shah (mangkat 1237) ialah Sultan Kedah yang ketiga. Baginda merupakan putera kepada Sultan Mu'azzam Shah. Pada 3 Mei 1202, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah dan bersemayam di Kota Bukit Mariam. Baginda telah memerintah Kedah dengan penuh adil dan memperkenal peraturan dalam negeri

Baginda adalah Sultan Kedah yang pertama diketahui mewujudkan matawang negeri Kedah. Buktinya telah dijumpai ratusan keping matawang perak di dalam sebuah botol tanah liat di Pulau Langkawi yang terukir dengan jelas Sultan Muhammad Shah, manakala disebelahnya pula terukir 'Al-Sultan Al-Adil (Jawi: السلطان العادل)

Pada hari Isnin, 12 Januari 1237 bersamaan 13 Jamadilawal 634 Hijrah, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Langgar, Kota Bukit Meriam.

Anakanda[sunting | sunting sumber]

  1. Sultan Muzzil Shah, Kedah
  2. Tengku Nur Aishah

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Sultan Mu'adzam Shah
Sultan Kedah
1201-1236
Diikuti oleh:
Sultan Mudzaffar Shah II, Kedah