Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
| Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah | ||
|---|---|---|
![]() |
||
|
|
||
| Yang di-Pertuan Agong ke-XIV | ||
| 13 Disember 2011 – kini | ||
| Pertabalan | 11 April 2012 | |
| Negeri | Kedah | |
| Pendahulu | Tuanku Mizan | |
| Raja Permaisuri Agong | Tuanku Sultanah Hajjah Haminah Hamidun | |
| Perdana Menteri | Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak | |
|
|
||
| Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-XIII | ||
| 13 Disember 2006 – 12 Disember 2011 | ||
| Negeri | Kedah | |
| Pendahulu | Sultan Mizan | |
| Pengganti | Sultan Muhammad V | |
|
|
||
| Yang di-Pertuan Agong ke-V | ||
| 21 September 1970 – 20 September 1975 | ||
| Pertabalan | 20 Februari 1971 | |
| Negeri | Kedah | |
| Pendahulu | Sultan Ismail Nasiruddin | |
| Pengganti | Sultan Yahya Petra | |
| Raja Permaisuri Agong | Tunku Bahiyah | |
| Perdana Menteri | Tun Abdul Razak | |
|
|
||
| Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-IV | ||
| 21 September 1965 – 20 September 1970 | ||
| Negeri | Kedah | |
| Pendahulu | Sultan Ismail Nasiruddin | |
| Pengganti | Sultan Yahya Petra | |
|
|
||
| Sultan Kedah ke-28 | ||
| 14 Julai 1958 – kini | ||
| Pendahulu | Sultan Badlishah | |
|
|
||
| Diputerakan | 28 November 1927 (85 tahun) | |
| Alor Setar, Kedah | ||
Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah (lahir 28 November 1927) merupakan Sultan Kedah ke-27 (1958 - kini) serta Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-5 (1970 - 1975) dan ke-14 (mulai 13 Disember 2011).
Isi kandungan |
Biografi [sunting]
Baginda diputerakan di Anak Bukit, Alor Setar, Kedah sebagai Tunku Abdul Halim. Baginda merupakan anak kedua Tunku Badlishah bersama Tunku Safiah binti Tunku Mahmud, namun putera tertua yang hidup. Baginda kemudian menjadi Raja Muda Kedah pada 1949.
Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford, di mana baginda mendapat diploma dalam Sains Sosial dan Pentadbiran Awam.[1] Baginda mewarisi takhta Kedah ayahandanya pada Julai 1958 dan ditabalkan pada Februari 1959.[2]
Yang di-Pertuan Agong [sunting]
Tuanku Abdul Halim terpilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong antara September 1965 dan September 1970. Apabila dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 1970, ketika berumur 43 tahun, baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong kedua termuda yang pernah dilantik iaitu selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis yang dilantik ketika berumur 40 tahun.
Baginda menyaksikan pertukaran kali pertama ketua kerajaan Malaysia iaitu apabila ayahanda saudara baginda, Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memberikan jawatannya kepada timbalannya Tun Abdul Razak. Tunku Abdul Rahman merasakan beliau tidak patut berkhidmat di bawah anak saudaranya.[3]
Pada November 2006, Tuanku Abdul Halim dipilih buat kali kedua sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, bermula Disember 2006 hingga Disember 2011. Beliau merupakan sultan ketiga memegang jawatan ini dua kali, selepas Tuanku Ja’afar dari Negeri Sembilan dan Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.
Pada 15 Julai 2008 baginda menyambut Jubli Emas, iaitu ulang tahun pemerintahan baginda ke-50 di Kedah.[4]
Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011 [5].
Bermula pada 13 Disember 2011 yang lalu, baginda telah menjadi Yang di-Pertuan Agong yang ke-14, sekaligus menjadi sultan pertama menjadi Yang di-Pertuan Agong sebanyak dua kali[6] dan yang tertua ditabalkan (84 tahun).[7] Yang di-Pertuan Agong tertua sebelum baginda ialah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Selangor, yang ditabalkan di usia 73 tahun.
Istiadat pertabalan buat kali kedua sebagai Yang di-Pertuan Agong telahpun dilangsungkan di Istana Negara pada 11 April 2012.[8]
Keluarga diraja [sunting]
Sultan Abdul Halim mempunyai dua sultanah rasmi:
- Pada 1956, Tuanku Hajjah Bahiyah, puteri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad dari Negeri Sembilan, yang mangkat pada 2003, dan
- Pada 1975, Che Haminah Hamidun, orang kebanyakan dari Perak, yang kini Sultanah Kedah.[9]
Baginda memiliki tiga puteri. Dua yang tertua merupakan kembar, Tunku Soraya dan Tunku Sarina. Seorang lagi ialah Tunku Intan Safinaz. Baginda memiliki lima cucu.
Baginda pernah berkahwin pada awal remaja Baginda pada sekitar 1945 bersama orang kebanyakan dan berpisah semasa Baginda melanjutkan pelajaran Baginda ke England. Hasil dari perkahwinan ini telah dikurniakan seorang Puteri.[perlu rujukan]
Raja Muda Kedah kini ialah Tunku Abdul Malik ibni Sultan Badlishah, adinda baginda.
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ Ibrahim Ismail (1987) Sejarah Kedah Sepintas Lalu m/s. 209 Penerbit UUM
- ↑ Ibrahim Ismail (1987) Op Cit m/s. 214–218
- ↑ Tunku Abdul Rahman (1977) Looking Back m/s. 346 Pustaka Antara, Kuala Lumpur
- ↑ Bernama Online (14 Julai 2008)
- ↑ Sultan Kedah Agong ke-14
- ↑ Pengiktirafan Malaysia Book of Records
- ↑ "Kedah Sultan to be King again", theStar online, 15 Oktober 2011. Dicapai pada 16 Oktober 2011.
- ↑ Utusan Malaysia: 11 April cuti umum pertabalan Agong
- ↑ Bernama Online (10 Januari 2004)
| Gelaran pemerintah | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Sultan Ismail Nasiruddin Shah (Sultan Terengganu) |
Yang di-Pertuan Agong (Sultan Kedah) 1970–1975 |
Diikuti oleh: Sultan Yahya Petra (Sultan Kelantan) |
| Didahului oleh Sultan Mizan Zainal Abidin (Sultan Terengganu) |
Yang di-Pertuan Agong (Sultan Kedah) 2011 – kini |
Diikuti oleh: [Tiada] |
| Didahului oleh Sultan Badlishah |
Sultan Kedah 1958 – kini |
Pemegang jawatan kini Waris: Tunku Abdul Malik |
