Sultan Abdul Jalil IV
Isi kandungan |
[sunting] Latarbelakang
Asalnya beliau ialah Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil dan beliau mengambil gelaran Sultan Abdul Jalil IV apabila ditabalkan sebagai Sultan Johor ke-11 pada 1699-1720, kerana Sultan Mahmud Shah II tiada meninggalkan waris. Sultan Abdul Jalil IV merupakan sultan pertama dari keturunan Bendahara. Beliau ialah sepupu kepada Sultan Mahmud Shah II dari sebelah ibu kerana bonda kepada Sultan Mahmud, Marhum Bakal ialah adik kandung kepada Tun Habib Abdul Majid, bapa Tun Abdul Jalil
[sunting] Pemerintahan
Selepas bergelar Sultan Abdul Jalil IV, baginda menukar pusat pemerintahan ke Panchor pada tahun 1700. Pada tahun 1702, istana di Bukit Tukul terbakar. Pada tahun 1708, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke Riau dan menjadikan pusat pemerintahan kerajaan Johor.
Pada tahun 1716, Sultan Abdul Jalil IV berpindah ke tanah besar Johor dan bersemayam semula di Panchor. Sultan Abdul Jalil IV mempunyai istana di Makam Tauhid dan Johor Lama. Kota Johor Lama dibaiki dan digelar "Kota Lama".
Sewaktu pemerintahan Sultan Abdul Jalil IV, keadaan agak kucar kacir kerana pembesar-pembesar kerajaan bersikap tamak, khianat dan cemburu, ini memberi peluang kepada Raja Kecil menyerang Johor.
[sunting] Rampasan Kuasa
Pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak dan (Minangkabau) menyerang Johor. Pada 21 Mac 1718, Raja Kecil menawan Panchor. Raja Kecil melantik sendiri dirinya sebagai Yang Dipertuan Johor bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah, pun begitu masih membenarkan Sultan Abdul Jalil IV menetap di Johor tetapi tiada kuasa memerintah dan diberi jawatan Bendahara. Kemenangan Raja Kecil adalah atas bantuan pembesar Johor sendiri terutama pembesar berketurunan dari Orang Laut kerana yakin Raja Kecil adalah pewaris sultan.
[sunting] Mangkat
Raja Kecil menitahkan Laksamana Nakhoda Sekam ke Kuala Pahang membunuh Sultan Abdul Jalil IV kerana menuduh Sultan Abdul Jalil sedang merancang untuk membina kerajaan di Kuala Pahang dan disebut "Marhum Mangkat di Kuala Pahang". Baginda dimakamkan di Kuala Pahang[1]
[sunting] Keluarga
Anaknda-anaknda beliau adalah[2].:-
- Raja Sulaiman
- Bendahara Tun Abbas
- Tun Hasan
- Tun Mutahir I
| Penyandang Terdahulu | Sultan Johor ke-11 1699 – 1720 |
Penyandang Kemudian |
| Sultan Mahmud Shah II | Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah |
[sunting] Rujukan
- Carl A. Trcocki (2007). Prince of Pirates : The Temenggongs and the Developments of Johor and Singapore, NUS Press. ISBN 9789971693763.
[sunting] Nota kaki
- ↑ "Kawasan Pemakaman Diraja Di Kuala Pahang". Seni Lama Melayu. Radzi Sapiee. 2008. http://artmelayu.blogspot.com/2008/03/kawasan-pemakaman-diraja-di-royal.html. Capaian 6 Disember 2010.
- ↑ Carl A. Trocki, ms 22.