Sultan Abdul Majid Hasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sultan Abdul Majid Hasan merupakan salah satu Sultan Brunei yang memerintah dari TM 1402 sehingga TM 1408. Walaupun tidak pernah disebut dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, ada dicatatkan dalam riwayat China bahawa pada TM 1406, baginda menghantar utusan ke China. Orang Cina menyebut baginda Ma-na-je-ka-na. Pada TM 1408, baginda berangkat ke China dan mangkat di sana ketika berusia 28 tahun. Baginda meninggalkan seorang putera bernama Xiawang (遐旺, beerti Raja Kecil) yang berusia 4 tahun. Oleh kerana tidak tersenarai di dalam Salasilah Raja-Raja Brunei, maka Sultan kedua yang di dalam catatan sejarah Kerajaan Brunei pada masa itu ialah Sultan Ahmad, adinda Sultan Muhammad Shah.


Penyandang Terdahulu Sultan Brunei
14021408
Penyandang Kemudian
Sultan Muhammad Shah (Brunei) Sultan Ahmad (Brunei)