Sultan Alauddin Riayat Shah III

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sultan Alauddin Riayat Shah III ialah Sultan Johor ke-6.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Nama asalnya ialah Raja Mansur dan bergelar Sultan Alauddin Riayat Shah III apabila menaiki tahta sebagai Sultan Johor ke-6. Baginda adalah anakanda kepada Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II, Sultan Johor ke-5 dan baginda bersemayam di Batu Sawar.

Pemerintahan kerajaan diserah kepada Raja Abdullah, sepupu/saudara (berlainan ibu) dengan gelaran "Yang DiPertuan Hilir" di Kota Seberang bertentangan Batu Sawar sehingga ia menjadi masyhur. Sultan Alauddin Riayat Shah III mengadakan hubungan baik dengan Belanda serta membenarkan Belanda meletakkan pegawainya di Batu Sawar.

Selama 11 tahun Sultan Alauddin Riayat Shah III memerintah di Batu Sawar. Pada tahun 1608 Sultan Alauddin Riayat Shah III berpindah ke Pasir Raja, tetapi Batu Sawar masih berfungsi sebagai pusat pemerintahan. Sultan Alauddin Riayat Shah III bersemayam di Pasir Raja dengan Bendahara Tun Seri Lanang.

Konflik dengan Pahang[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1612, konflik tercetus diantara Sultan Alauddin Riayat Shah III dengan Sultan Abdul Ghafur, Sultan Pahang. Akibatnya, Johor telah mengistyharkan perang terhadap Pahang. Dengan bantuan Sultan Brunei, Sultan Abdul Ghafur telah berjaya mematahkan serangan Johor. Konflik ini telah melemahkan kerjaan Johor.[1]

Konflik dengan Acheh[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1610, Sultan Alauddin Riayat Shah III berbaik dengan Portugis menyebabkan Acheh berasa marah. Pada Jun 1613, Acheh di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, telah menyerang Johor hingga berlarutan selama dua bulan, dan akhirnya Johor ditewaskan.

Sultan Alauddin Riayat Shah III, Raja Abdullah, Tun Seri Lanang, pembesar dan puluhan orang Belanda ditawan serta dibawa ke Acheh. Kemudian kedua-dua belah pihak membuat perdamaian dan Sultan Alauddin Riayat Shah III bersama tahanan dibenarkan pulang ke Johor. Antara syarat pembebasan Baginda adalah bersatu dengan Acheh untuk memerangi Portugis di Melaka dan mengusir Belanda daripada Johor.[2]

Sebaliknya Sultan Alauddin Riayat Shah III tetap meneruskan hubungan dengan Portugis dan Belanda. Baginda telah menandatangani perjanjian damai dengan Portugis pada tahun 1615. Tindakan ini menimbulkan kemarahan kepada Acheh lalu Sultan Alauddin Riayat Shah III ditangkap, dan dibawa ke Acheh semula dan dihukum bunuh.

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Sultan Alauddin Riayat Shah III mangkat di Acheh pada tahun 1617.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • R.O. Winstedt (1992). A History of Johore. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). ISBN 9839961462. 
  • Aruna Gopinath (1991). Pahang 1880-1933 : A Political History. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society (MBRAS). 
  • Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall Cavendish. ISBN 9812326081. 
  • Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16, The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549. 

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. Aruna Gopinath, 1991, ms 15
  2. Aruna Gopinath, 1991, ms 16

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-6
1597 – 1615
Penyandang Kemudian
Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II Sultan Abdullah Ma'ayat Shah