Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah
| Yang di-Pertuan Agong | |
![]() |
|
| Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah | |
|---|---|
| Yang di-Pertuan Agong ke- | 9 |
| Raja Permaisuri Agong | Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali |
| Negeri | Perak |
| Keputeraan | 19 April 1928 Batu Gajah, Perak |
| Kemangkatan | - |
| Mula jawatan | 26 April 1989 |
| Tamat jawatan | 25 April 1994 |
| Penyandang terdahulu | Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail (Johor) |
| Penyandang kemudian | Tuanku Ja’afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (Negeri Sembilan) |
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah[1] merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kesembilan. Baginda merupakan Sultan dari negeri Perak Darul Ridzuan. DYMM Sultan Azlan Muhibbuddin Shah menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia dari 26 April 1989 - 25 April 1994
Baginda dilahirkan pada tahun 1928 di Batu Gajah, Perak. Baginda adalah anakanda kepada Al-Marhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah.
Isi kandungan |
Pertabalan Sultan [sunting]
- 1 Julai 1983 Dewan Negara Perak memahkotakan baginda sebagai Raja Muda Perak . Ketika itu baginda masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Hakim Negara Malaysia.
- 3 Februari 1984 baginda melepaskan jawatan Ketua Hakim Negara setelah dilantik menjadi Sultan Perak berikutan kemangkatan Sultan ldris Shah.
- 3 Februari 1984 dimahsyurkan sebagai Sultan Perak ke-34 . 9 Disember 1985 ditabal sebagai Sultan Perak secara rasmi.
Pendidikan [sunting]
- Belajar di Government English School, Batu Gajah , kini dinamai SMK Sultan Yussuf, Batu Gajah.
- Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK)
- Belajar bidang undang-undang di University of Nottingham, United Kingdom dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Undang-undang pada tahun 1953.
- 23 November 1954 sah menjadi ahli di dalam The English Bar oleh The Honorable Society of Lincoln’s lnn.
Kerjaya [sunting]
- Memulakan perkhidmatan sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.
- Menyertai Perkhidmatan Undang-undang dan Kehakiman Persekutuan Tanah Melayu sebagai Majistret Kelas Pertama dan Presiden Mahkamah Sesyen.
- menyandang Peguam Persekutuan dan Timbalan Pendakwa
- Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang
- Penasihat Undang-Undang Negeri Johor
- Pendaftar Mahkamah Tinggi Persekutuan Tanah Melayu
- Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia.
- 1965 (umur 37 tahun ) baginda dilantik menjadi Hakim Mahkamah Tinggi Malaya yang merupakan hakim termuda dalam sejarah kehakiman Komanwel.
- 1973 Hakim Mahkamah Persekutuan
- 1979 Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.
- 12 November 1982 menjadi Ketua Hakim Negara menggantikan Tun Mohamad Suffian Hashim yang bersara. Jawatan ini merupakan puncak karier kehakiman.
Kurniaan Darjah Kebesaran [sunting]
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Perak)
- Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (D.K.M)
- Darjah Utama Seri Mahkota Negara (D.M.N)
- Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati Al-Yunusi (Kelantan)
- Darjah Kerabat Terengganu Yang Amat Mulia (Terengganu)
- Darjah Kerabat Perlis Yang Amat Dihormati (Perlis)
- Darjah Kerabat Johor Yang Amat Dihormati (Johor)
- Darjah Kerabat Selangor Yang Amat Dihormati (Selangor)
- Darjah Kerabat Yang Amat Mulia Kedah (Kedah)
- Darjah Kerabat Mahkota Brunei (D.K.M.B)
- Darjah Kerabat Sri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (Pahang)
- Darjah Kerabat (Negeri Sembilan)
- Seri Setia Mahkota (S.S.M)
- Panglima Mangku Negara (P.M.N)
- Panglima Setia Mahkota (P.S.M)
- Orden Al-Merito De Chile (Republik Chile)
- Bintang ADI PURNA (Republik Indonesia)
- Hon. Knight Grand Cross (Civil Division) of The Order of The Bath (United Kingdom)
- Darjah Seri Paduka Cura Si Manja Kini (S.P.C.M)
- Darjah Seri Panglima Taming Sari (S.P.T.S)
- Darjah Seri Paduka Mahkota Perak (S.P.M.P)
- Darjah Seri Indera Mahkota (S.I.M.P) (Pahang)
- The Most Auspicious of The Rajamitrabhorn (Thailand)
- Grand Order of Mugunghwa (Republik Korea)
- Collar of The Japanese Order of The Chrysanthemum (Jepun)
- Grand Cordon of The Supreme Order of The Chrysanthemum (Jepun)
- Civil Order 1st Class (Oman)
Sumbangan / Anugerah [sunting]
- Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang (4 Oktober 1971 hingga Februari 1984).
- Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Pendidikan Tinggi (1 November 1974 hingga 31 Oktober 1976)
- Canselor Universiti Malaya sejak 8 Februari 1986.
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Kesusasteraan oleh Universiti Malaya pada 30 Jun 1979
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang pada 28 Jun 1980.
- Dianugerah Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-Undang oleh University of Nottingham pada 11 Julai1986.
- Dianugerah ‘Kerusi Kehormat’ oleh Lincoln’s lnn, London pada 1988
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universitas Gadja Mada, Jogjakarta, lndonesia pada 28 September 1990
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-undang oleh Universiti Brunei Darussalam pada 30 Oktober 1990.
- Dianugerahkan Ijazah Kehormat oleh Universiti Chulalongkon, Bangkok, Thailand pada 19 Disember 1990
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Physician of lreland pada 2 Oktober 1991
- Anugerah sebagai Ahli Kehormat The Royal College of Surgeons of Edinburgh dan The Royal College of Surgeons of England pada 1999.
Sukan [sunting]
- Sultan Azlan aktif dalam sukan hoki sejak zaman persekolahan di Batu Gajah dan Kuala Kangsar.
- Presiden Persekutuan Hoki Malaysia
- Presiden Hoki Asia
- Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.
- Amat berminat dalam sukan golf.
- Mengusahakan pembinaan Stadium Hoki Sultan Azlan Shah di lpoh pada 1983.Baginda hadir setiap kejohanan Piala Sultan Azlan Shah iaitu kejohanan tahunan lima penjuru peringkat antarabangsa.
- Penaung Diraja bagi Persatuan Undang-undang Malaysia di Great Britain dan Eire, The British Graduates Association of Malaysia, Akademi Perubatan Malaysia, The Rotary Clubs, The Lions Clubs, Kelab Golf Diraja Perak, Kelab Polo lskandar, Kelab Golf Kuala Kangsar, Persatuan Alam Sekitar Malaysia serta Persatuan Hoki Veteran Perak.
- sempena Ekspo Pelancongan Domestik Perak 1992 spesis bunga orkid terbaik dinamakan ‘Doritinopsis Sultan Azlan Shah’ .
- Selaku penaung Persatuan Alam Sekitar Malaysia , spesis serangga baru yang ditemui ketika Ekspedisi Saintifik Belum (1993-1994) dinamakan ‘Azlania Costatipennis (Jacoby), Azlania apicalis n.sp dan Azlania borneensis n.sp.
Keluarga [sunting]
Sultan Azlan Shah berkahwin dengan Tuanku Bainun Mohd Ali , mendapat 2 putera dan 3 puteri.
- Raja Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 27 November 1956. Raja Nazrin Shah ditabal sebagai Raja Muda Perak. Memiliki Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang Sains Politik dan Ekonomi daripada Oxford University dan Ijazah Sarjana Political Economy and Government daripada Universiti Harvard, Amerika Syarikat.
- Raja Azureen binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 9 Disember 1957. Raja Azureen memiliki Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari University U.S.A dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan daripada London Business School, University of London, England.Raja Azureen berkahwin dengan Dato’ Seri Mohd Salleh Dato’ lsmail.
- Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 28 Disember 1958 dan ditabal sebagai Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan pada 11 Mei 1987. Raja Ashman Shah memegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi daripada University of Nottingham, England dan Ijazah Sarjana Undang-undang daripadaa Cambridge University; Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London serta Diploma Undang-undang Perniagaan, University of London, England. Raja Ashman Shah mangkat secara mengejut pada hari Jumaat, 30 Mac 2012 akibat asma.
- Raja Eleena binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah dilahirkan pada 3 April 1960, memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-undang daripada University of London dan Barrister-at-Law daripada Lincoln’s lnn, London. Kini, Raja Eleena menguruskan firma guamannya sendiri di Kuala Lumpur serta dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Gamuda Berhad, salah satu syarikat gergasi Malaysia.
- Raja Yong Sofia binti Sultan Azlan Muhibbuddin Shah telah dilahirkan pada 24 Jun 1961. Raja Yong Sofia memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran daripada London’s lnternational University, England. Kini berkhidmat di Bank Bumiputra-Commerce Bhd. Raja Yong Sofia berkahwin dengan Tunku Kamel Rijaludin pada 5 Disember1987.
Ketua Hakim Negara [sunting]
Pada 12 November 1982 , Raja Tun Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara ke-5 selepas Tun Mohamad Suffian Hashim bersara pada 12 November 1982. Baginda menerima watikah perlantikan daripada Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tunku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman di Istana Tetamu, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. Dari 1979-1982, baginda menjadi Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Malaya.[2]
Sultan Perak [sunting]
Raja Azlan Shah telah ditabalkan sebagai Raja Muda Perak oleh ayahanda saudara baginda, Sultan Idris Almutawakkil Alallahi Shah II pada 1 Julai 1983 berikutan kemangkatan Raja Muda Musa II ibni Almarhum Sultan Abdul Aziz
Enam bulan kemudian, Sultan Idris mangkat lalu Raja Azlan Shah dimasyhurkan sebagai Sultan Perak yang ke-34 pada 3 Februari 1984. Pada 9 Disember 1985, Sultan Azlan Muhibuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Ghafarullahu-lah Shah ditabal sebagai Sultan Perak ke-34 di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak, Malaysia. Tuanku Bainun binti Mohamad Ali turut ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Perak.[3]. Kini, baginda menetap di Istana Kinta, Ipoh dan hanya pulang ke Istana Iskandariah, Kuala Kangsar apabila majlis rasmi.
Sambutan Jubli Perak [sunting]
Baginda telah memperkenankan untuk diadakan sambutan jubli perak yang menandakan 25 tahun baginda memerintah negeri. Sambutan ini dimulakan pada 3 Februari 2009 dan mengikut pada keadaan ekonomi semasa, baginda mahukan sambutan ini dilakukan pada tahap yang sederhana.
Sambutan ini lebih menumpukan kepada kesyukuran, kepentingan ilmu dan pendidikan, pertalian rapat baginda dengan rakyat jelata, penghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat kepada Sultan serta kepada mereka yang berkorban untuk Raja dan negara, penghargaan kepada semangat yang terjalin antara Ketua Negeri dan Kerajaan Pusat.
Program yang telah diperkenankan ialah kenduri kesyukuran dan bacaan tahlil di Masjid Ubudian, Kuala Kangsar pada 2 Februari dan istiadat perbarisan di Istana Iskandariah pada keesokannya. Satu majlis istiadat penganugerahan pingat khas Darjah Dato' Seri Azlanii (D.S.A.) kepada 25 orang penerima dan pembacaan watikah ikrar taat setia juga diadakan di Balairung Seri Istana Iskandariah. Pada tengah harinya, pelancaran setem peringatan Jubli Perak diadakan di Majlis Bandaraya Ipoh.
Pada 10 Februari pula, Sultan dijadualkan bakal menghadiri Program Bersama Rakyat di Batu Gajah, tempat baginda diputerakan dan menerima pendidikan awal. Sultan Azlan Shah juga akan menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah di Kolej Melayu Kuala Kangsar, sekolah lama baginda.
Santapan Diraja akan diadakan di Dewan Santapan, Istana Iskandariah pada 14 Februari. Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah, Raja-raja Melayu, Yang DiPertua-Dipertua Negeri dan Sultan Brunei Darussalam telah dijemput ke Santapan Diraja tersebut. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah, bersama Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor juga dijemput.
Demi tidak membebankan kerajaan, Sultan dengan murah hati akan mengeluarkan biaya keluarga diraja untuk sambutan kali ini. Baginda juga merupakan sultan keempat yang menyambut pemerintahan yang ke-25 tahun. Sebelum baginda, Paduka Seri Sultan Mansur Shah I, Sultan Perak kedua yang memerintah selama 28 tahun (1549-1577), Paduka Seri Sultan Mahmud Iskandar Shah, Sultan Perak ke-11 yang memerintah selama 67 tahun (1653-1720) dan Paduka Seri Sultan Idris Murshidul 'Adzam Shah I, Sultan Perak ke-29 yang memerintah selama 29 tahun (1887-1916).
Yang di-Pertuan Agong IX [sunting]
Pada 26 April 1989 , Sultan Azlan Shah telah melafaz sumpah jawatan dan dan menandatangani surat pengisytiharan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-9 di Balai Rong Seri, Istana Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. Turut hadir ialah Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri, Encik Ghafar Baba, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Sallehuddin Mohamad dan Ketua Hakim Negara Tan Sri Haji Abdul Hamid Omar.[4]
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja ke-146 pada 2 Mac 1989 dipengerusikan oleh Sultan Selangor memutuskan Sultan Azlan dari Perak dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-9.
Krisis Perlembagaan Negeri Perak [sunting]
Ketika Perak sedang bergembira dengan Sambutan Jubli Perak pemerintahan baginda sebagai Sultan Perak pada 2009, negeri Perak telah dilanda krisis politik yang melibatkan peralihan 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri dari barisan kerajaan negeri yang menyebabkan kerajaan campuran Pakatan Rakyat tidak mempunyai majoriti yang cukup.
Baginda selaku ketua negeri telah memainkan peranan yang penting dalam penentuan kerajaan negeri dengan memutuskan untuk penukaran kerajaan tanpa pembubaran Dewan Undangan Negeri walaupun telah dipohon oleh Menteri Besar Perak sendiri. Perlakuan baginda ini adalah menurut perlembagaan.
Dengan itu, dalam menangani krisis pentadbiran kerajaan Negeri Perak, baginda telah mempraktikkan keputusan menurut peraturan dengan membenarkan penubuhan kerajaan baru oleh Barisan Nasional apabila baginda mengesahkan dengan menemu-bual setiap seorang wakil BN dan wakil Bebas mengenai pendirian mereka. Selain itu baginda membuat keputusan berdasarkan perlembagaan negeri Perak yang menyatakan Menteri Besar perlu mendapat sokongan majoriti. Selain itu, keputusan mengenepikan surat letak jawatan tiga orang ADUN itu bedasarkan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 1982 dalam kes yang serupa, yang menetapkan bahawa surat yang ditandatangan lebih awal (presign letter) tidak sah. [5][6]
Maka, mengikut 3 bahagian di dalam keseluruhan peruntukan Fasal 16 (6) Undang-undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan;
- Jika Menteri Besar telah hilang sokongan majoriti ahli-ahli DUN - sila ambil perhatian bahawa tidak dinyatakan di sini bagaimana atau prosiding apakah yang wajib untuk menentukannya.
- Menteri Besar tersebut hendaklah meletakkan jawatan keseluruhan Ahli Majlis Kerajaan Negeri ("Exco") termasuk dirinya sendiri sebagai Ketua Exco - Perkataan "hendaklah" bermaksud sesuatu yang mandatori untuk dilakukan dan tiada pengecualian dibenarkan.
- Melainkan dengan permintaannya untuk pembubaran DUN diperkenankan oleh Sultan - ini bermaksud ada proviso atau pengecualian tetapi bersyarat di dalam Fasal 16 (6) yang membolehkan Menteri Besar memohon pembubaran DUN apabila beliau hilang kepercayaan majoriti tetapi dengan syarat diperkenan sultan. Tidak ada peruntukan selanjutnya yang mengatakan sultan wajib menerima permohonan Menteri Besar. Tetapi yang pastinya ada peruntukan 18 (2)(b) untuk baginda menggunakan budi bicaranya.
Mengikut Fasal 18 (2)(b) pula, bagi memastikan tindakan baginda adalah mengikut bidang kuasa sedia ada ke atas baginda, Paduka Seri Sultan Perak telah menggunapakai kuasa budi bicara (kuasa untuk menentukan sesuatu dan bertindak berdasarkan budi bicara dan penilaian sendiri) yang ada pada baginda di bawah peruntukan 18 (2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan untuk tidak memperkenankan permintaan pembubarkan DUN oleh Menteri Besar. Ini dinyatakan dan digunapakai bagi menunjukkan kuasa yang ada pada dri baginda adalah bukan sekadar untuk berfungsi sebagai "rubber-stamp" apabila Menteri Besar membuat permintaan untuk pembubaran pada bila-bila masa.
Lihat juga [sunting]
- Senarai Yang Di-Pertuan Agong Malaysia
- Majlis Pertabalan Sultan Azlan Shah sebagai Sultan Perak
- Sultan Perak
- Sejarah Perak
Rujukan [sunting]
| Didahului oleh Sultan Mahmud Iskandar Alhaj (Sultan Johor) |
Yang di-Pertuan Agong 1989-1994 |
Diikuti oleh: Tuanku Ja’afar ibni Tuanku Abdul Rahman |
| Didahului oleh Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah |
Sultan Perak 3 Februari 1984 – kini |
Pemegang jawatan kini |
|
||||||||||
