Sultan Hasanuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Hastomb.jpg
Makam Sultan Hasanuddin di Katangga, Makassar.
Gambar oleh: NELL Tours Ltd

Sultan Hasanuddin (11 Januari 1631 - 1 Jun 1670) adalah Sultan Makassar yang menghabiskan sepanjang hidupnya melawan pihak Belanda yang manakluk Makassar dengan bantuan Arung Palakka, seorang putera Bone.

Sultan Hasanuddin dimakamkan di perkuburan diraja di Katangga, Makassar. Makam-makam raja Makassar terdiri daripada batu-batu yang besar yang bertaburan antara pokok bunga "Kamboja" putih serta pokok bunga merah darah. Mengikut legenda, raja-raja Makassar merupakan keturunan Tomanurung dan dihantar dari langit untuk menjadi raja-raja. Masjid yang berdekatan perkuburan ini dibina pada tahun 1903 dan dibaik pulih pada 1978.

Terdapat sebuah universiti dinamakan sempena nama baginda, iaitu "Universiti Hasanuddin". "Lapangan Terbang Antarabangsa Hasanuddin" di Makassar juga digelar sempena nama baginda.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]