Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang di-Pertuan Agong
Img agung2 2.gif
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Alaeddin Sulaiman Shah
Yang di-Pertuan Agong ke- 2
Raja Permaisuri Agong Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad
Negeri Selangor
Keputeraan 13 Mei 1898
Bandar, Selangor
Kemangkatan 1 September 1960
Kuala Lumpur
Mula jawatan 1 April 1960
Tamat jawatan 1 September 1960
Penyandang terdahulu Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Tuanku Muhammad
Penyandang kemudian Tuanku Syed Putra Al-Haj Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail


Gelaran penuhnya, Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Sir Alaiddin Sulaiman Shah (13 Mei 1898 - 1 September 1960) merupakan Yang di-Pertuan Agong kedua yang bertakhta dari 1 April sehingga 1 September 1960, dan Sultan Selangor yang kelima.

Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah merupakan putera sulung kepada Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa (1898-1938) dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong, isteri orang kebanyakan. Diberi nama Tengku Alam Shah, baginda tidak dijangkakan untuk memerintah disebabkan baginda mempunyai dua orang abang.

Menerima pendidikan di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK), Tengku Alam Shah telah dilantik sebagai Sultan pada tahun 1938 setelah kemangkatan bapa baginda. Bagaimanapun, pada tahun 1942 sehingga 1945, ketika Jepun memerintah Malaysia, baginda telah diturunkan takhta dan digantikan dengan saudara tiri tertuanya yang dilantik dengan gelaran Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah. Dengan kembalinya pihak British, Sultan Hisamuddin Alam Shah dikembalikan ke takhta, sementara bekas Sultan Musa dibuang daerah ke Kepulauan Cocos Keeling.

Sultan Hisamuddin Alam Shah telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua Malaysia pada 14 April 1960 untuk tempoh penggal selama lima tahun, tetapi mangkat selepas penyakit misteri di Istana Tetamu di Kuala Lumpur pada 1 September 1960 - pada hari pertabalannya. Baginda dikebumikan di Makam Diraja di Klang, Selangor.

Tengku Ampuan Jemaah binti Raja Ahmad merupakan isteri kepada Sultan Hisamuddin Alam Shah, dan dari keturunan kerabat keluarga diraja Selangor, yang menjadi Tengku Ampuan Selangor dan Raja Permaisuri Agong.



Penyandang Terdahulu Sultan Selangor
19381942
Penyandang Kemudian
Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah


Penyandang Terdahulu Sultan Selangor
19451960
Penyandang Kemudian
Sultan Musa Ghiatuddin Riayat Shah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah