Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang di-Pertuan Agong
Img agung4 2.gif
Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin III Muazzam Shah
Yang di-Pertuan Agong ke- 4
Raja Permaisuri Agong Tunku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Omar Setia Raja
Negeri Terengganu
Keputeraan 24 Januari 1907
Kuala Terengganu, Terengganu
Kemangkatan 29 September 1979
Kuala Terengganu, Terengganu
Mula jawatan 21 September 1965
Tamat jawatan 20 September 1970
Penyandang terdahulu Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail
Penyandang kemudian Tuanku Al-Mu'tassimu Billahi Muhibbudin Sultan Abdul Halim Al-Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah

Almarhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Sir Zainal Abidin III Muazzam Shah (24 Januari 1907 - 29 September 1979) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang keempat dari Negeri Terengganu Darul Iman.

Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin, Yang di-Pertuan Agong Keempat, yang memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970, telah diputerakan di Kuala Terengganu pada 24 Januari 1907. Baginda ialah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu yang ke-14 dan memerintah selama 34 tahun dan 1945 hingga 1979.

Baginda memperoleh pendidikan awal di sebuah sekolah Melayu di Terengganu. Kemudian baginda meneruskan pendidikan sekolah menengah di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Pada tahun 1925 ketika berusia 18 tahun, baginda menjadi Sub-Inspektor Polis dan pada 4 April 1929, baginda dilantik sebagai kadet dalam perkhidmatan Awam Terengganu. Selama lima tahun berikutnya, baginda bertugas sebagai pegawai di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pada 1 Ogos 1934, baginda dilantik sebagai Penolong Pegawai Tanah. Pada 25 Oktober 1934, baginda dilantik pula sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Baginda ditukarkan ke Mahkamah rayuan pada 4 April 1939 sebagai Timbalan Pendakwa Raya. Kemudian baginda dilantik sebagai Setiausaha Majlis Hal Ehwal Agama Islam.

Baginda menjadi Registrar Mahkamah Agung dan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tanah pada 1 Januari 1940 dan kemudiannya dilantik sebagai Majistret Kelas Satu Terengganu. Pada 15 November 1941, Baginda dilantik bagai Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Pada 3 April 1944, baginda berkahwin dengan Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Seri Setia Raja di Terengganu dan dikurniakan sembilan orang putera puteri. Putera sulung baginda, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Mahmud Al Muktafi Billahi Shah menjadi Sultan Terengganu yang seterusnya.

Pada 6 Jun 1945 ketika berusia 38 tahun, baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu di Istana Maziah di Kuala Terengganu.

Pada 21 September 1965, Seri Paduka Baginda Tuanku Ismail Nasiruddin Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong Keempat. Tuanku Ismail Nasiruddin Shah mangkat sembilan tahun kemudiannya pada 29 September 1979.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan. 

Lihat juga[sunting | sunting sumber]








Penyandang Terdahulu Sultan Terengganu Penyandang Kemudian
Sultan Ali Shah Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah