Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Ismail ibni Almarhum Sultan Ibrahim
Sultan Johor
Pemerintahan 8 Mei 1959 - 10 Mei 1981
Pendahulu Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
Pengganti Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail
Pasangan Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad
Tengku Nora binti Tengku Panglima Raja Ahmad
Anakanda
7 (4 putera dan 3 puteri), iaitu:
1. Abdul Jalil
2. Kalthum Maimunah
3. Tunku Abdul Rahman
4. Tunku Mahmud (Tunku Mahkota Johor)
5. Tunku Abdul Rahman
6. Tunku Helen
Nama penuh
Tunku Ismail Al-Khalidi ibni Tunku Ibrahim Al-Masyhur
Ayahanda Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
Bonda Sultanah Ungku Maimunah binti Ungku Abdul Majid[1][2]
Keputeraan 28 Oktober 1894
Istana Semayam, Johor, Malaysia
Kemangkatan 10 Mei 1981 (usia 86)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Dimakamkan Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.
Agama Islam

Sultan Ismail Al-Khalidi ibni Ibrahim Al-Masyhur (lahir 28 Oktober 1894 - mangkat 10 Mei 1981) merupakan Sultan Johor ke-23 (sultan Johor ke-4 daripada keturunan wangsa Temenggong) dari 8 Mei 1959 - 10 Mei 1981 yang menggantikan ayahandanya, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Baginda dimahkotakan sebagai Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru pada 10 Februari 1960 dan merupakan Sultan Johor terakhir setakat ini yang dimasyhurkan dan dimahkotakan dengan penuh adat istiadat pemahkotaan diraja Johor. Baginda juga merupakan Canselor pertama Universiti Teknologi Malaysia apabila tertubuhnya universiti tersebut. Setelah mangkat pada 1981, baginda digantkan oleh anakandanya, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail. Baginda dimakamkan di Makam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Keluarga [sunting]

Sultan Ismail telah berkahwin sebanyak dua kali iaitu dengan:

  • Sultanah Ungku Tun Aminah binti Ungku Ahmad berkahwin dengan Sultan Ismail pada 30 Ogos 1920.[3] Kemudian baginda sultanah mangkat pada tahun 1977 akibat kemalangan jalanraya di Muar pada tahun 1976. Baginda berdua dikurniakan 7 orang putera dan puteri dimana 3 daripadanya hidup sehingga dewasa:
  • Tunku Abdul Jalil (1924-1925)
  • Tunku Kalthum Maimunah (1927-1930)
  • Tunku Abdul Rahman (1930-1930)
  • Tunku Mahmud Iskandar (Sultan Iskandar) (1932-2010)[4][5]
  • Tunku Abdul Rahman (1933-1989)[6]
  • Tunku Helen (1936-1937)
  • Tunku Tun Maimunah (1939)[4]
  • Sultanah Tengku Nora binti Tengku Panglima Raja Ahmad merupakan kerabat diraja Kelantan yang telah berkahwin dengan Sultan Ismail pada bulan Oktober 1978.[7]

Legasi [sunting]

Sultan Ismail telah diabadikan namanya di beberapa tempat dan institusi seperti:

Rujukan [sunting]

  1. Johor14 diambil 6 Januari 2008
  2. Johor12 diambil 26 Januari 2009
  3. Morais (1969), m/s xxii
  4. 4.0 4.1 Johor15 diambil 6 Januari 2008
  5. Morais (1965), m/s xxii
  6. Who's who in Malaysia ... & Profiles of Singapore, Morais (1967), m/s xxii; Selamat Johor Tanda Kenangan
  7. Morais (1979), m/s 67
  8. Pengenalan, Laman Web Rasmi Perpustakaan Sultan Ismail, diambil 1 Februari 2009
Didahului oleh
Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
Sultan Johor
8 Mei 1959 - 10 Mei 1981
Diikuti oleh:
Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail