Sultan Mahmud Al Rasyid

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sultan Mahmud Al Rasyid (1858-1873)

Seripaduka Tuanku Sultan Mahmud Al Rasyid Perkasa Alam Shah (memerintah 1858-1873) merupakan sultan Kesultanan Deli ke-8. Baginda adalah anak sulung Sultan Osman Perkasa Shah Alam. Baginda telah ditabalkan untuk menggantikan bapanya yang mangkat. Sultan Mahmud ditabalkan pada tahun 1858 atau pada 4 Rabiul Awal 1275 Hijrah. Baginda mangkat pada 6 Februari 1873, pada usia 44 tahun. Gelaran baginda selepas berpulang adalah Marhum Kota Batu. Baginda telah dikebumikan di lingkungan Mesjid Raya Al-Osmani di Labuhan Deli, Sumatera Utara.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Didahului oleh:
Osman Perkasa Alam
Sultan Deli
1858-1873
Diikuti oleh:
Ma'moen Al Rasyid