Sultan Muhammad Jamalul Alam II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Almarhum Sultan Muhammad Jamalul Alam II Ibni Almarhum Sultan Hashim Jalilul Alam Aqmaddin (1889-1924) ialah Sultan Brunei ke-26 dari 12 Mei 1906 hingga kemangkatannya pada 11 September 1924.

Menjelang masa baginda naik takhta ketika hanya berumur 17 tahun, United Kingdom telah menjadikan Brunei sebagai sebuah negeri naungan. Tidak lama kemudian, suatu perebutan kuasa antara baginda, penetap-penetap British, dan golongan bangsawan tercetus. Disebabkan itu, sebuah Majlis Mesyuarat Negeri yang terdiri daripada dua orang bangsawan ditubuhkan pada tahun 1907 untuk memerintah bagi pihak baginda sehingga tahun 1918. Sultan Muhammad Jamalul Alam I dianugerahkan oleh United Kingdom dengan gelaran Sir pada tahun 1920.

Sebagai sultan, Sultan Muhammad Jamalul Alam II menubuhkan Pasukan Polis Brunei pada tahun 1906. Sejak masa itu, Brunei mempunyai bendera negara sendiri. Pada tahun 1911, sistem pendidikan negaranya dikukuhkan dengan pembinaan sekolah-sekolah Melayu. Kemudian pada tahun 1922, rancangan pembangunan mula giat dijalankan. Baginda berpindah dari Istana Kampong Ayer ke Istana Majlis pada tahun itu. Kerja-kerja carigali minyak juga giat diusahakan pada zaman baginda.

Namun begitu,pemerintahan baginda adalah singkat.Penularan wabak penyakit malaria yang serius pada masa itu telah menyebabkan baginda mangkat pada 11 September 1924, pada umur 35 tahun,beserta 3 orang ahli keluarga baginda. Jenazah Almarhum baginda disemadikan di Kubah Makam Diraja di Jalan Tutong,dan beliau digantikan oleh anakanda sulung baginda,Pengiran Mahkota Ahmad Tajuddin.

Didahului oleh
Hashim Jalilul Alam Aqmaddin
Sultan Brunei
1906–1924
Diikuti oleh:
Ahmad Tajuddin