Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sultan Muhammad Jiwa)

Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu'adzam Shah II adalah Sultan Kedah ke-19. Baginda merupakan putera kepada Sultan Abdullah al-Mu’azzam Shah dan Che Puan Paduka Bonda Wan Nang Mas binti Sultan Muhammad Abdul Jalil Karimullah Mualim Shah (Raja Patani)

Setelah lamanya merantau bersama gurunya, Tuan Syeikh Abdul Jalil dan Hafiz Sab, maka timbul rasa kerinduan di hati baginda untuk pulang ke Kedah bagi melihat ayahanda dan bonda tercinta

Pada 28 Julai 1710, baginda mengajak Tuan Syeikh dan Hafiz Sab datang ke Kedah

Baginda, Tuan Syeikh dan Hafiz Sab telah belayar dengan menaiki baghalah milik orang Maskat dari India dan menuju ke Asia Tenggara

Baghlah baginda telah tiba di Pelabuhan Mergui, Burma dan ketika itu kapal Dato’ Seri Indera Segara Shahbandar juga singgah di situ dalam misi mencari baginda

Di hari kedua, Dato’ Seri Indera Segara Shahbandar bersama dua orang kanan menaiki sampan ke baghalah baginda untuk bertemu Tuan Syeikh

Apabila masuk ke baghalah, baginda telah mengenali beliau dan menegurnya

Maka Dato’ Seri Indera Segara Shahbandar memaklumkan berita kemangkatan ayahandanya kepada baginda lalu disambut dengan tangisan

Tuan Syeikh dan Hafiz Sab amat terkejut apabila dimaklumkan bahawa baginda adalah putera Sultan Kedah dan pewaris takhta

Berita penemuan baginda akhirnya sampai kepada Raja Laksamana dan Raja Bendahara

Rombongan kepulangan baginda tiba di Kuala Bahang dan disambut dengan penuh istiadat

Pada 13 Oktober 1710, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan Kedah ke-19 dan bersemayam di Kota Bukit Pinang

Baginda mengangkat puteranya, Tengku Long Putera sebagai Raja Tanah dan Tengku Anjang (Raja Laut)

Baginda telah memperkenalkan matawang emas dan perak bagi kegunaan perdagangan dalam negeri Kedah

Baginda bermuafakat bersama Jemaah menteri untuk mengangkat Hafiz Sab sebagai Kadi bergelar Dato’ Maharaja Qadi dan Tuan Syekh Abdul Jalil Al Mahdi (Mufti)

Baginda bermuafat dengan Jemaah menteri untuk membangunkan sebuah kota batu yang diberi nama Kota Setar

Pada 30 Disember 1735, baginda bersama kaum kerabat dan Jemaah menteri telah berhijrah ke Kota Setar dan bersemayam di sana

Tahun 1738, baginda bermuafat dengan Jemaah menteri untuk membangunkan Kota Anak Bukit di Anak Bukit

Baginda juga membina Kota di Seberang Akar Peluru

Baginda bermuafakat dengan Jemaah menteri untuk mengangkat Tengku Abdullah sebagai pewaris takhta dan Tengku Dhiauddin (Raja Muda) memerintah Kayang hingga ke Setul

Pada 5 Jun 1740, istiadat pertabalan Tengku Abdullah sebagai pewaris takhta dan Tengku Dhiauddin (Raja Muda Kedah)

Tengku Long Putera berasa dukacita dan mengambil keputusan belayar ke Jambi manakala Tengku Anjang pula ke Padang Pariaman, Sumatera

Pada 7 April 1761, baginda telah melepaskan takhta kerana sedih penghijrahan kedua-dua anakandanya itu

Tengku Abdullah dimasyhurkan sebagai Pemangku Raja bergelar sultan

Pada bulan Mac 1771, baginda telah berhijrah ke Kangar apabila tentera Bugis bertindak menyerang Kota Kuala Kedah dalam usaha menjatuhkan kerajaan

Pada 23 September 1778, baginda telah mangkat akibat kegeringan dan dimakamkan di Makam Diraja Langgar

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Mohamad Isa Othman (1990). Politik Tradisional Kedah 1681-1942. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 9836215832.

Nota kaki[sunting | sunting sumber]


Penyandang Terdahulu Sultan Kedah
17101778
Penyandang Kemudian
Sultan Ahmad Tajuddin I Sultan Abdullah Mukarram Shah