Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah
| Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah | ||
|---|---|---|
![]() |
||
|
|
||
| Yang di-Pertuan Agong ke-XI | ||
| 26 April 1999 - 21 November 2001 | ||
| Pertabalan | 23 September 1999 | |
| Negeri | Selangor | |
| Pendahulu | Tuanku Jaafar | |
| Pengganti | Tuanku Syed Sirajuddin | |
| Raja Permaisuri Agong | Tuanku Siti Aishah | |
| Perdana Menteri | Dr. Mahathir Mohamad | |
|
|
||
| Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-X | ||
| 26 April 1994 – 25 April 1999 | ||
| Negeri | Selangor | |
| Pendahulu | Tuanku Jaafar | |
| Pengganti | Sultan Mizan | |
|
|
||
| Sultan Selangor ke-8 | ||
| 3 September 1960 – 25 April 1999 | ||
| Pendahulu | Sultan Hisamuddin Alam Shah | |
|
|
||
| Isteri/Tengku Ampuan/Tengku Permaisuri | Raja Nur Saidatul-Ihsan (cerai 1943) Che' Mahiran (cerai 1954) Tengku Ampuan Rahimah (mangkat 1993) Sharifa Salmah (cerai 1962) Tengku Permaisuri Siti Aishah |
|
| Diputerakan | 8 Mac 1922 | |
| Kuala Langat, Selangor | ||
| Kemangkatan | 21 November 2001 (umur 79) | |
| Kuala Lumpur | ||
| Ayahanda | Sultan Hisamuddin Alam Shah | |
| Ibunda | Tengku Ampuan Jemaah | |
| Putera-puteri | Tengku Nor Halija Sultan Sharafuddin Idris Shah Tengku Puteri Sofiah Tengku Sulaiman Shah Tengku Puteri Zahariah Tengku Fatimah Tengku Abdul Samad Tengku Puteri Arafiah Tengku Puteri Aishah Tengku Ahmad Shah Tengku Puteri Nor Marina Tengku Puteri Nor Zehan |
|
Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang ke-11 (26 April 1999 - 21 November 2001). Yang di-Pertuan Agong ialah panglima tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Baginda menjadi Sultan Selangor selama 41 tahun (1960-2001).
Isi kandungan |
Pendidikan [sunting]
Baginda belajar di Sekolah Melayu Pengkalan Batu, Klang pada 1934 dari darjah 1 hingga 6. Antara rakan sekolahan baginda ialah Ishak Bidin (74). 1936 melanjutkan pelajaran di Maktab Melayu Kuala Kangsar hingga Disember, 1941 apabila meletus Perang Dunia Kedua .1947-1949 belajar pula di School of Oriental and African Studies, Universiti London .
Baginda merupakan peminat burung terutama burung kakak tua. Pada masa lapang baginda bermain golf dan bersiar-siar dengan kereta antik.
Kerjaya [sunting]
Pernah berkhidmat di Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Pelatih Jabatan Ukur Negeri Selangor dan kemudiannya dilantik sebagai Nazir Sekolah selama lapan bulan. 1952 menyertai Askar Melayu di Port Dickson selama enam bulan dan ditauliahkan Queen Commission dengan pangkat Kapten dan kemudian Mejar.
Dilantik sebagai Tengku Laksamana Selangor pada 1 Ogos 1946 dan sebagai Raja Muda Selangor pada 13 Mei 1950.
Pada 1 September 1960, Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj mangkat , Sultan Salahuddin dilantik sebagai Sultan Selangor pada 3 September 1960 dan ditabal sebagai Sultan pada 26 Jun 1961.[1]
Keluarga [sunting]
Baginda mempunyai 10 putera dan puteri dari 3 isteri.
Dengan isteri pertama yang juga sepupu baginda, Raja Nor Saidatul Ihsan Tengku Badar Shah, baginda dikurniakan tiga putera dan empat puteri iaitu Tengku Idris Shah yang merupakan Raja Muda Selangor, Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Panglima Diraja Selangor), Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar Selangor), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.
Bersama isteri kedua, Cik Mahiran, baginda dikurniakan seorang putera, Tengku Ahmad Shah manakala dengan isteri ketiga Tengku Ampuan Rahimah Almarhum Sultan Abdul Aziz dikurniakan dua puteri iaitu Tengku Puteri Nor Marina dan Tengku Puteri Nor Zihan.
Pada 3 Mei 1990 baginda berkahwin dengan Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman yang kemudian bergelar Cik Puan Besar Selangor.Mereka tidak dikurniakan anak. [2][3]
Kerja kebajikan [sunting]
Masjid Sultan Abdul Aziz di Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah dibina dengan kos RM4 juta pada 1997 dengan sumbangan baginda. Masjid itu dirasmikan pada 8 Mac 1999. Masjid Shah Alam dibina semasa baginda menjadi Sultan Selangor pada 1987.[4] Baginda mahu Pulau Indah ( dahulu Pulau Lumut) dan Pulau Ketam dimajukan. Bot mewah baginda `Siti Aishah' pernah dilanggar oleh sebuah kapal kargo di Pelabuhan Klang.[5]
Baginda pernah melancong ke Perth di Australia Barat, Bali dan Medan di Indonesia serta London dan bermain golf di Florida, Amerika Syarikat.
Yang di-Pertuan Agong [sunting]
Baginda ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong pada 23 September 1999. Baginda mengisytiharkan Tengku Idris Shah sebagai Pemangku Raja Selangor. Baginda bercadang apabila tamat sahaja dari menjadi Yang di-Pertuan Agong pada 2004, baginda berhasrat untuk berehat di kediaman baginda di London, bersebelahan dengan Masjid Regent.
Krisis perkahwinan Menteri Besar Selangor [sunting]
Krisis tercetus apabila bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib berkahwin dengan puterinya, Tengku Puteri Zanariah.[perlu rujukan]
Kemangkatan [sunting]
Baginda mangkat pada 11.57 pagi , 21 November 2001 (bersamaan 5 Ramadan 1422) di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang, Kuala Lumpur berikutan masalah jantung. Baginda terpaksa menggunakan alat bantuan penafasan dan mesin dialisis. Pada 6 Oktober 2001 baginda menjalani pembedahan kecil di Singapura. Baginda menerima rawatan dua bulan di Hospital Mount Elizabeth, Singapura.[6]
Istiadat pemakaman [sunting]
Sembahyang jenazah diadakan di Masjid Negara, diimamkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Hashim Yahya. Turut serta ialah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin, Pemangku Raja Selangor, Tengku Idris Shah dan anggota kerabat diraja Selangor dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.
Rakyat dan orang kenamaan memberi penghormatan terakhir di Istana Negara, di Masjid Negara, Dataran Merdeka dan di Makam Diraja Klang. 20,000 rakyat berhimpun di Jalan Raja, berhadapan bangunan Sultan Abdul Samad. Penghormatan penuh istiadat ketenteraan di Dataran Merdeka dilakukan oleh Batalion 1, Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai oleh Mejar Hamdan Musa.[7]
Jenazah Almarhum dimakamkan di Makam Diraja Sultan Suleiman , Klang pada 22 November 2001. Makam ini kira 1.5 km dari Istana Alam Shah dan Masjid Sultan Sulaiman. Baginda dimakamkan di sebelah ayahandanya , Almarhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Alhaj. Talkin dan doa dibacakan oleh Mufti Negeri Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid. Seluruh masjid di Selangor mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yassin setiap malam selama 40 hari berkabung.[8]
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri Nur Zahirah; Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah; dan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah turut memberi penghormatan terakhir. Pemimpin luar yang hadir ialah Sultan Hassanal Bolkiah dari Brunei Darussalam, Presiden Megawati Sukarnoputri dari Indonesia dan Presiden Singapura, S.R. Nathan serta Timbalan Perdana Menteri Lee Hsien Loong serta Timbalan Perdana Menteri Thailand, Dr Supachai Panitchpakdi. Kerajaan Thailand dan Brunei mengarahkan pejabat kerajaan mengibarkan bendera separuh tiang.
Lihat juga [sunting]
Rujukan [sunting]
- ↑ Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin mangkat
- ↑ Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin mangkat
- ↑ Sultan yang memecah tradisi kongkong institusi raja
- ↑ Tiada lagi nasihat dan gurauan Almarhum
- ↑ Kenangan wartawan Utusan dengan Almarhum
- ↑ Asam pedas ikan terubuk, masakan kegemaran Almarhum
- ↑ Jenazah Almarhum diberi penghormatan penuh ketenteraan
- ↑ Majlis tahlil di Masjid Sultan Suleiman
| Didahului oleh Tuanku Jaafar (Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan) |
Yang di-Pertuan Agong (Sultan Selangor) |
Diikuti oleh: Tuanku Syed Sirajuddin (Raja Perlis) |
| Didahului oleh Sultan Hisamuddin Alam Shah |
Sultan Selangor | Diikuti oleh: Sultan Sharafuddin |
|
||||||||||
