Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj
Sultan Sharafuddin
Sultan Selangor
Pemerintahan 22 November 2001 - Kini
Pendahulu Sultan Salahuddin
Raja Muda Tengku Amir Shah
Nama penuh
Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj
Ayahanda Sultan Salahuddin
Bonda Raja Saidatul Ihsan binti Tengku Badar Shah
Keputeraan 11 Disember 1945 (69 tahun)
Klang, Selangor, Malaysia
Agama Islam

Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj merupakan Sultan Selangor ke-9 yang memerintah negeri Selangor sejak 22 November 2001 berikutan kemangkatan ayahanda baginda, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Pertabalan[sunting | sunting sumber]

Majlis pertabalan diadakan pada 22 November 2001 di Balairung Seri Istana Alam Shah, Klang. Tengku Idris Shah kini bergelar Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Istiadat pemasyhuran diraja turut dihadiri Tengku Panglima Diraja Selangor selaku Ketua Istiadat Diraja. Lain-lain ialah Tengku Sulaiman Shah; Tengku Aris Temenggong, Tengku Muhamad Yusuf Shah dan Orang Kaya To' Engku Maha Bijaya Hulu Langat, Datuk Abdul Rani Datuk Shamsuddin. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membacakan pengisytiharan pemasyhuran di bawah 30 (2) Bahagian 1, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Tengku Idris Shah sebagai Sultan Melayu pertama menaiki takhta tanpa mempunyai permaisuri sejak negara mencapai kemerdekaan.

Turut hadir ketika itu ialah bekas Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Aishah binti Abdul Rahman dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis ini disiarkan secara langsung menerusi RTM.[1]

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Baginda lahir pada 11 Disember 1945 di Istana Jemaah, Klang hasil pernikahan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan Raja Nor Saidatul Ehsan Tengku Badar Shah. Istana Jemaah kini ditukar menjadi Kolej Islam Sultan Alam Shah.

Baginda adalah anak sulung. Adik-beradik yang lain ialah Tengku Puteri Sofiah, Tengku Sulaiman Shah (Tengku Panglima Diraja Selangor), Tengku Puteri Seri Zanariah, Tengku Abdul Samad Shah (Tengku Panglima Besar), Tengku Puteri Arafiah dan Tengku Puteri Aishah.

Tahun 1968 berkahwin dengan Raja Zarina Raja Tan Sri Zainal. Puteri baginda bernama Tengku Zerafina (1969) dan Tengku Zatashah (1973).

Setelah berpisah pada 1986 , baginda berkahwin dengan Puan Nur Lisa Idris binti Abdullah warga Amerika Syarikat pada tahun 1988. Tetapi berpisah pada 1997. Baginda mempunyai seorang putera, Tengku Amir Shah

Keturunan DiRaja[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Belajar di Sekolah Melayu Jalan Raja Muda, Kuala Lumpur pada tahun 1950 dan St. John's Institution, Kuala Lumpur. 1960 melanjutkan pelajaran di Hale School di Perth, Australia. Seterusnya belajar di Kolej Langhurst di Surrey, Britain pada tahun 1964.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Pernah menjadi pegawai di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat Daerah Kuala Lumpur dan pejabat Polis Kuala Lumpur.

Pada 3 September 1960 dilantik menjadi Raja Muda Selangor ke-8 . Tetapi majlis pertabalan diadakan pada 1970 di Istana Alam Shah, Klang. Pada 24 April 1999 dilantik sebagai Pemangku Raja Selangor berikutan ayahandanya dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-11.

Komander Tentera Laut[sunting | sunting sumber]

Menjadi Komander Kehormat Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja Malaysia pada 27 Ogos 1998. Pentauliahan ini kerana baginda berjaya mengelilingi dunia selama 644 hari mulai 4 Februari 1995 dengan menaiki kapal layar peribadinya, Jugra. Kisah pelayaran ini disiarkan secara bersiri dalam Mingguan Malaysia. Baginda meminati bidang pelayaran sebagaimana ahli pelayaran Islam dari Afrika bernama Al Idrisi.

Pada 1997 baginda mengembara 16,000 km dari Beijing ke Paris dengan kereta antik, Ford model B. Oleh itu baginda diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records.[2]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Pada 20 Februari 2012, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj telah menerima penganugerahan pangkat tertinggi daripada Kerajaan Perancis iaitu Commandeur De La Legion D'Honneur (Commander of the French National Order of the Legion of Honour). Penganugerahan telah dilakukan oleh Ketua Angkatan Pertahanan Perancis, Laksamana Edouard Guillaud di Kedutaan Perancis dekat Kuala Lumpur. Turut hadir ketika penganugerahan berlangsung ialah puteri Sultan, Tengku Zatashah dan Duta Perancis ke Malaysia Martine Dorance. Anugerah berprestij itu yang disampaikan kepada Sultan Selangor adalah untuk mengiktiraf peranan Sultan Sharafuddin dalam mentadbir angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia dan sebagai pemimpin tertinggi untuk Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.[3]

Pembedahan jantung[sunting | sunting sumber]

Pada 3 Mei 2009, baginda menjalani pembedahan jantung terbuka selama 10 jam di Pusat Perubatan Universiti Stanford di Palo Ato, California, Amerika Syarikat. Pembedahan injap mitra regurgitasi itu terpaksa dilakukan kerana mengalami lecutan pecahan - ukuran bagi keberkesanan jantung - jatuh di bawah 60 peratus dan/atau ventrikel kiri adalah lebih besar daripada 40mm semasa berehat. Lecutan pecahan itu boleh digunakan bagi menganggarkan fungsi ventrikel kiri yang mengepam darah ke seluruh badan. Pembedahan diketuai oleh Prof Dr Craig Miller dan Prof Dr Alan Yeung.[4]


Penyandang Terdahulu Sultan Selangor
2001 - kini
Penyandang Kemudian
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj kini

Rujukan[sunting | sunting sumber]