Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah)
| Sultan Alaeddin Sulaiman Shah | |
|---|---|
| Sultan Sulaiman | |
|
|
|
| Pemerintahan | 21 November 2001 - Kini |
| Pendahulu | Sultan Abdul Samad |
| Raja Muda | Tunku Musa'eddin Tengku Alam Shah |
| Nama penuh | |
| Sultan Alaeddin Sulaiman Shah ibni Almarhum Raja Muda Musa | |
| Ayahanda | Raja Muda Musa |
| Keputeraan | 11 September 1865 Kuala Selangor, Malaysia |
| Kemangkatan | 31 Mac 1938 Klang, Selangor, Malaysia |
| Agama | Islam |
Sultan Sir Alaeddin Sulaiman Shah merupakan Sultan yang memerintah negeri Selangor, Malaysia pada tahun 1898 hingga 1938.[1][2] Baginda adalah putera kepada Raja Muda Musa dan dilahirkan pada tahun 1866 di Kuala Selangor. Semasa mudanya, baginda pernah belajar di Raffles School, Singapura dan Raja School di Kuala Lumpur.[3] Baginda telah dilantik menjadi Raja Muda pada tahun 1887 bagi mengisi kekosongan jawatan setelah kemangkatan ayahanda baginda pada tahun 1884.[4]
Keluarga [sunting]
Sultan Sulaiman mempunyai lima orang adinda iaitu YM Raja Yahya Sani, YM Raja 'Abdu'l Murad, YM Raja Muhammad Tahir, YM Raja Taksiah dan YM Raja Chik.
Baginda telah melangsungkan perkahwinan seperti berikut:-
- Mac 1891 - berkahwin dengan sepupu baginda Tunku Marhum puteri Tunku Kudin, Kedah dan Raja Arfah, puteri Sultan Abdul Samad. Hasil dari perkahwinan ini baginda dikurniakan dua orang putera, iaitu Tunku Musa'eddin, Tengku Badar Shah dan 4 orang puteri[5].
- 1910 - berkahwin dengan Raja Zubaidah, puteri Raja Muda Perak.[6]
- Berkahwin dengan Cik Puan Hasnah binti Pilong, orang kebanyakan. Dikurniakan seorang putera bernama Tengku Alam Shah.
Nota kaki [sunting]
- ↑ J.M Gullick, 2004, m/s 225
- ↑ "Sultan Sulaiman Selangor : Sultan yang mengasihi ulama". Wan Mohd Shaghir Abdullah. 2005. http://ulama.blogspot.com/2005_03_01_archive.html. Capaian 2010-1-8. "Sultan Sulaiman lahir pada 19 Rabiul Akhir 1282 Hijrah/11 September 1865 Masihi dan mangkat pada 30 Muharam 1357 Hijrah/31 Mac 1938 Masihi. Baginda Sultan Sulaiman merupakan Sultan Selangor ke-5, yang bertahta pada tahun 1898 Masihi - 1938 Masihi, memerintah dalam masa lebih kurang 40 tahun."
- ↑ J.M Gillick, 2004, ms 163
- ↑ J.M Gillick, 2004, ms 158
- ↑ J.M Gullick, 2004, ms 167 - 168
- ↑ J.M Gullick, 2004, ms 174
Rujukan [sunting]
- J M Gullick (2004). A History of Selangor. The Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. ISBN 9679948102.
| Penyandang Terdahulu | Sultan Selangor 1898 – 1938 |
Penyandang Kemudian |
| Sultan Sir Abdul Samad | Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Al-Haj |