Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah Zilullah fil-Alam ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV Zilullah fil-Alam ibni Almarhum Dato' Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid Al Aydrus atau nama asalnya, Raja Sulaiman (1699 – 1760) ditabalkan sebagai Sultan Johor-Riau ke-13 oleh Bugis 5 Saudara pada 24 Zulhijah 1124 H bersamaan 4 Oktober 1722 M. Kesultanan Johor diperintah semula oleh keturunan Bendahara. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah kemudiannya melantik Daeng Merewah (Kelana Jaya Putera Bongsu) sebagai Yang Dipertuan Muda Johor Pertama.

Di bawah naungan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, kuasa membuat keputusan bukan lagi daripada menteri dan jemaah. Hubungan dengan Belanda terjalin melalui Perjanjian 1754. Kemudiannya, Perjanjian 1756 memberi hak monopoli perdagangan timah di Linggi, Kelang dan Kuala Selangor tanpa keizinan raja memerintah. Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah mangkat di Riau pada Ogos 1760 serta digelar "Marhum Batangan".

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • "A History of Johore (1365—1895 A.D.)" [Sejarah Johor (1365—1895 A.D.)]. Journal of the Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (dalam bahasa Inggeris). 10. 1932. Dicapai pada 21 Ogos 2018 – melalui JSTOR.


Penyandang Terdahulu Sultan Johor ke-13
1722 – 1760
Penyandang Kemudian
Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah