Sultanah Haminah Hamidun
| Tuanku Sultanah Hajjah Haminah binti Hamidun | ||
|---|---|---|
|
|
||
| Raja Permaisuri Agong ke-XIV | ||
| 13 Disember 2011 – kini | ||
| Pertabalan | 11 April 2012 | |
| Negeri | Kedah | |
| Pendahulu | Tuanku Nur Zahirah | |
|
|
||
| Sultanah Kedah | ||
| 9 Januari 2004 – kini | ||
| Pertabalan | 9 Januari 2004 | |
| Pendahulu | Tunku Hajah Bahiyah | |
|
|
||
| Sultan | Sultan Abdul Halim | |
| Dilahirkan | 15 Julai 1953 (59 tahun) | |
| Alor Setar, Kedah | ||
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Sultanah Hajjah Haminah binti Haji Hamidun merupakan Sultanah Kedah dan Raja Permaisuri Agong Malaysia yang terkini. Baginda telah dilahirkan pada 15 Julai 1953 di Bagan Serai, Perak dan berkahwin dengan Sultan Abdul Halim pada 25 Disember 1975. Baginda mendapat gelaran Che Puan Kedah sehinggalah pada 9 Januari 2004 apabila baginda ditabalkan sebagai Sultanah Kedah.[1][2]
Isi kandungan |
Latar belakang [sunting]
Tuanku Sultanah Hajjah Haminah berasal dari Bagan Serai, Perak. Baginda memulakan persekolahan di Sekolah Kebangsaan Matang Jelutong dan kemudianya di Sekolah Menengah Inggeris Bagan Serai.
Baginda mendirikan rumah tangga dengan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Muadzam Shah pada 25 Disember 1975 pada umur 22 Tahun. Baginda menggunakan gelaran Cik Puan Haminah selepas berkahwin dengan Sultan Kedah dan kerap menampilkan diri bagi merasmikan Majlis-majlis Rasmi Negeri.
Hobi [sunting]
Sultanah Haminah merupakan seeorang yang sangat aktif bersukan dan antara hobi baginda ialah bermain golf. Bukan calan-calang orang, Tuanku Sultanah merupakan antara kerabat diraja yang paling banyak menerima anugerah dan pengiktirafan antarabangsa dalam lapangan sukan terutamanya Golf.
Pertabalan sebagai Sultanah Kedah [sunting]
Berikutan kemangkatan Tunku Hajah Bahiyah pada tahun 2003, Istiadat Pertabalan Kebawah DYMM Tuanku Sultanah Kedah, Hajah Haminah binti Haji Hamidun telah dilakukan penuh adat istiadat diraja Kedah di Balairongseri Istana Anak Bukit, Alor Star pada 9 Januari 2004. Adat Istiadat dimulakan dengan paluan nobat dan keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah dan Yang Teramat Mulia Cik Puan Haminah Hamidun ke Balairong Seri. Selepas bacaan doa dan pengisytihraan Sultanah Kedah yang baru oleh Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Syed Razak Syed Zain, Sultan Kedah berkenan memakaikan tiara kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Haminah.[3]
Rujukan [sunting]
- ↑ (10 January 2004) Bernama Online
- ↑ "Tarikh Keputeraan" (dalam Bahasa Malay), Sambutan Jubli Emas KDYMM Tuanku Sultan Kedah Darul Aman (Government of Malay), http://kdymmtuankusultan.kedah.gov.my/index.php?id=2&sub=1, capaian 22 September 2011
- ↑ Pertabalan Tuanku Sultanah Kedah