Sumba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Pulau Sumba
Tarian sempena rumah baharu di Pulau Sumba

Sumba merupakan sebuah pulau di Provinsi Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Pada sebelah barat laut pulau ini terdapat Pulau Sumbawa. Pada sebelah timur laut terletak Pulau Flores. Pada sebelah timur ialah Pulau Timor. Pada sebelah selatan dan tenggara adalah benua Australia.

Sebelum dikunjungi bangsa Eropah pada 1522, Sumba dikuasai oleh Kerajaan Majapahit. Pada 1866, Sumba menjadi wilayah Hindia Timur Belanda.

Masyarakat Sumba adalah campuran dari bangsa Melayu (Austronesia) dan Melanesia. 5-10% penduduk Sumba menganut kepercayaan animisme Marapu, dan yang lainnya menganut campuran Marapu dan Kristian. Kaum Islam dalam jumlah kecil dapat ditemukan di sepanjang kawasan pesisir.