Sumbangan Islam kepada Eropah Zaman Pertengahan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kristian dan Muslim bermain catur di al-Andalus, dari Buku Permainan daripada Alfonso X, el Sabio, c. 1285 M. Permainan catur berasal dari India, tetapi disebarkan ke Eropah oleh dunia Islam.[1]

Sumbangan Islam pada Zaman Petengahan Europah banyak dan membabitkan beberapa aspek seperti kesenian Islam, senibina Islam, perubatan Islam, revolusi pertanian Islam, muzik Islam, bahasa, dan teknologi Islam. Dari kurun ke-11 sehingga ke-13 Masihi, Eropah menyerap pengetahuan daripada Peradaban Islam. Yang agak penting adalah penyebaran klassik ke Barat oleh orang-orang Arab, paling utamanya karya ahli falsafah Yunani Aristotle, melalui ulasan oleh penulis Arab.


Laluan penyebaran[sunting | sunting sumber]

Maklumat lanjut:Terjemahan Latin pada abad ke-12 dan Budaya Arab-Norman

Tabula Rogeriana, karya Al-Idrisi untuk Roger II dari Sicily pada tahun 1154 M, satu daripada peta dunia silam paling maju.

Titik perhubungan antara dunia Eropah dan Islam berganda pada Zaman Pertengahan. Titik penyebaran utama pengetahuan Islam ke Eropah adalah di Sicily, dan di Sepanyol, terutama di Toledo, Sepanyol (dengan Gerard dari Cremona, (1114–1187), susulan penaklukan bandar itu oleh orang Sepanyol Kristian pada tahun 1085). Di Sicily pula, berikutan penaklukan pulau itu oleh Islam pada tahun 965 dan penaklukan kembali oleh Norman pada tahun 1901, timbul budaya Arab-Norman yang diteladani pemerintah-pemerintah seperti Roger II, yang mempunyai tentera, penyair dan ahli sains Islam di istananya. Muhammad al-Idrisi, seorang berbangsa Maghribi, telah menulis Tabula Rogeriana ataupun "Buku Berkaitan Penjelahan Selesa ke Tanah Jauh" untuk Roger.[2]

Perang Salib turut meningkatkan pertukaran idea dan budaya antara Eropah dan Levant, dengan republik lautan Itali memainkan peranan besar dalam pertukaran ini. Di Levant, seperti bandar Antioch, budaya Arab dan Latin bercampur-gaul dengan pesatnya.[3]

Semasa kurun ke-11 dan kurun ke-12, ramai ilmuan Kristian mengembara ke tanah Muslim untuk mempelajari sains. Contoh terkenal termasuk, Leonardo Fibonacci, Adelard dari Bath dan Constantine dari Afrika. Juga, dari kurun ke-11 hingga ke-14, ramai pelajar Eropah menghadiri pusat pembelajaran Muslim (yang pengarang namakan "universiti") bagi mempelajari ilmu perubatan, falsafah, matematik, kosmografi dan subjek lain.[4]

Pengetahuan Klasik[sunting | sunting sumber]

Berikutan dengan kejatuhan Empayar Rom dan bermulanya Zaman Pertengahan, banyak teks dari zaman Baharian Klasik ("Classical Antiquity") telah hilang dari Eropah. Bagaimanapun, di Timur Tengah banyak teks Yunani ini (seperti penulisan Aristotle) diterjemah daripada bahasa Yunani kepada bahasa Syriak semasa kurun ke-6 dan kurun ke-7 M oleh paderi Nestorian, Melkite atau Upacara Syria Barat/(Jacobite) yang tinggal di Palestin, atau oleh orang Yunani yang tersingkir dari Athens atau dari Edessa, Mesopotamia, yang melawat pusat pengajaran tinggi Islam. Kebanyakan teks ini bagaimanapun disimpan, diterjemah, dan dibangunkan oleh dunia Islam, terutamanya di pusat pembelajaran seperti Baghdad, di mana terdapatnya "Rumah Kebijaksanaan" (House of Wisdom), yang dimuatkan beribu manuskrip dan yang wujud seawal tahun 832 M. Teks-teks ini diterjemah kembali ke dalam bahasa Eropah semasa Zaman Pertengahan.[1] Kristian Timur memainkan peranan penting dalam mengguna pakai pengetahuan ini melalui Sekolah Aristotelician Kristian di Baghdad pada kurun ke-11 dan ke-12.

Teks-teks ini diterjemah kembali ke bahasa Latin melalui pelbagai cara. Titik penyebaran utama pengetahuan Islam ke Eropah adalah di Sicily dan Toledo, Sepanyol (melalui Gerard dari Cremona, 1114–1187). Burgundio dari Pisa (mati 1193) menjumpai di Antioch teks Aristotle yang hilang dan menterjemahkannya kepada bahasa Latin.

Sains Islam[sunting | sunting sumber]

Kanan: Cetakan manuskrip Arab asal mengenai Kitab Algebra oleh Al-Khawarizmi. Kiri: Satu halaman daripada Algebra  Al-Khwarizmi oleh Fredrick Rosen, dalam bahasa Inggeris. Kanan: Cetakan manuskrip Arab asal mengenai Kitab Algebra oleh Al-Khawarizmi. Kiri: Satu halaman daripada Algebra  Al-Khwarizmi oleh Fredrick Rosen, dalam bahasa Inggeris.
Kanan: Cetakan manuskrip Arab asal mengenai Kitab Algebra oleh Al-Khawarizmi. Kiri: Satu halaman daripada Algebra Al-Khwarizmi oleh Fredrick Rosen, dalam bahasa Inggeris.
Prosedur Chirurgical ("pembedahan"), manuskrip Turki kurun ke-15.

Dunia Islam membuat kemajuan penting dalam beberapa bidang sains, seperti algebra, kimia, geologi, trigometri sfera, dan lain lain yang kemudiannya turut disebarkan ke Barat.[1][5] Sekitar tahun 1127 M, Stefan dari Pise menterjemahkan ke bahasa Latin buku panduan Arab berkaitan teori perubatan. Kaedah algoritma bagi melakukan aritmetik dengan nombor India-Arab dibangunkan oleh al-Khawarizmi (dari mana datangnya perkataan Algoritma) pada kurun ke-9, dan diperkenalkan ke Eropah oleh Leonardo Fibonacci (1170–1250).[6] Terjemahan oleh Robert dari Chester mengenai Al-Kitab al-mukhtaṣar fi hisab al-gabr wa'l-muqabala ("Ringkasan pada Pengiraan dengan Penyelesaian dan Keseimbangan") oleh al-Khawarizmi diketahui di Eropah seawal tahun 1145. Ibn al-Haytham ("Alhazen", 980–1037) menghimpun treatis berkaitan sains optik, yang digunakan sebagai rujukan oleh Isaac Newton dan Descartes. Pengetahuan perubatan turut dimajukan di dunia Islam sebagaimana diakui oleh tentera salib, yang sering kali bergantung pada para doktor Arab. Jean de Joinville melaporkan bahawa dia pernah diselamatkan pada tahun 1250 oleh doktor Saracen (Arab).[7][8]

Pencarian ilmu baharu oleh sarjana Eropah seperti Gerard dari Cremona telah menyumbang kepada pertumbuhan sains Eropah. Sarjana-sarjana ini berminat akan falsafah Yunani purba dan teks-teks saintifik (terutamanya kitab Almagest karya Ptolemy) yang tidak terdapat dalam bahasa Latin di Eropah, tetapi telah dipelihara dan diterjemahkan ke dalam bahasa Arab di dunia Islam. Dikatakan Gerard telah pergi ke Toledo, Sepanyol dan mempelajari bahasa Arab khusus kerana "cintanyanya terhadap Almagest". Sementara di sana beliau telah mengambil kesempatan "banyaknya buku dalam bahasa Arab tentang semua subjek" [9]

Andalusia (Sepanyol Islam) dan Sicily merupakan wilayah-wilayah yang amat produktif kerana kehampiran sarjana yang boleh bertutur dalam beberapa bahasa. Sarjana-sarjana ini menterjemahkan banyak teks saintifik dan falsafah daripada bahasa [[Bahasa Arab|Arab] ke dalam bahasa Latin.[10] [11] Gerard sendiri telah menterjemahkan 87 buah buku daripada bahasa Arab kepada bahasa Latin, termasuk Almagest, dan juga buku al-Khawarizmi, Tentang Algebra dan Almucabala yang diperikan di atas, karya Jabir ibn Aflah ("Geber") bertajuk Unsur-unsur Ilmu Falak, Perihal Optik yang dikarang al-Kindi ("Alkindus"), karya al-Farghani ("Alfraganus") bertajuk Tentang Unsur-unsur Ilmu Falak dalam Pergerakan Cakerawala, karya al-Farabi ("Alpharabius") berjudul Tentang Klasifikasi Ilmu Sains,[12] karya-karya Zakaria al-Razi ("Rhazes") dalam bidang-bidang alkimia dan perubatan, dan juga hasilan kerja-kerja Thabit Ibn Qurrah dan Hunayn ibn Ishaq,[13] Terjemahan juga termasuk karya-karya al-Zarqali ("Arzachel"), Jabir ibn Aflah ("Geber"), Banu Musa, Abu Kamil Shuja ibn Aslam ("Auoquamel"), Abu al-Qasim al-Zahrawi ("Abulcasis"), dan Ibn al-Haitham (termasuk Kitab Optik).

Alkimia[sunting | sunting sumber]

Maklumat lanjut: Alkimia dan kimia dalam Islam

Alkimia Barat bergantung secara langsung kepada sumber-sumber Arab. [14] Karya-karya Latin "Geber" Alkimia merupakan teks standard bagi para ahli alkimia Eropah. Kewibawaan karangan-karangan Geber masih dipertikai. Sebahagian daripadanya pasti merupakan terjemahan daripada karya-karya Arab yang disandarkan pada Jabir Ibn Haiyan, termasuk Kitab al-Kimya (diberi tajuk Book of the Composition of Alchemy di Eropah), diterjemahkan oleh Robert dari Chester (1144 M) [15]; and the Book of Seventy, terjemahan Gerard dari of Cremona (sebelum 1187 M)[16]. Karya-karya alkimia Zakaria al-Razi diterjemahkan ke dalam Latin pada lingkungan abad ke-12.

Beberapa perkataan Arab daripada karya-karya alkimia, seperti alkali, [17] diserapkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah dan menjadi sebahagian daripada perbendaharaan kata bahasa-bahasa tersebut.

Astronomi dan matematik[sunting | sunting sumber]

Helaian kertas manuskrip Jerman mengajar penggunaan nombor (indo)-Arab (Talhoffer Thott, 1459).

Maklumat lanjut: Matematik Islam

Terjemahan karya al-Khawarizmi telah banyak mempengaruhi matematik di Eropah. Seperti yang ditulis Professor Victor J. Katz: "Kebanyakkan karya-karya awal algebra di Eropah sebenarnya memperakui bahawa karya-karya pertama algebra di benua itu merupakan terjemahan karay-karya al-Khawarizmi dan penulis-penulis Arab lain. Juga terdapat kesedaran bahawa kebanyakkan trigonometri satah dan sfera boleh disandarkan kepada penulis-penulis Islam". Perkataan-perkataan algoritma, terbitan daripada nama Latin al-Khawarizmi, yakni "Algorismi", dan algebra, terbitan daripada tajuk bukunya (ditulis 820 M) Hisab al-jabr w'al-muqabala ("Buku Ringkasan pada Pengiraan dengan Penyelesaian dan Keseimbangan") merupakan kata pinjaman Arab. Ini dan karya-karya astronomi dan matematik yang lain, seperti yang dihasilkan al-Battani dan Great Sindhind penulisan Muhammad al-Fazari (berdasarkan Surya Siddhanta dan karya-karya Brahmagupta).[18] telah diterjemahkan ke dalam Latin pada abad ke-12.

Perubatan[sunting | sunting sumber]

Maklumat lanjut: Perubatan Islam

Gambaran Eropah tentang doktor Parsi Zakaria al-Razi, dalam buku Gerard dari Cremona Receuil des traités de médecine (1250–1260). Gerard de Cremona menterjemah banyak karya sarjana Islam, seperti al-Razi and Ibnu Sina.[19]
Balang perubatan Syria sekitar tahun 1300 M, digali di Fenchurch Street, London. Muzium London.

Satu daripada terjemahan karya perubatan yang penting ialah Qanun Perubatan karangan Ibnu Sina (Avicenna) (1025 M) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan disebarkan dengan meluas di Eropah dalam bentuk manuskrip dan percetakan. Ia kekal sebagai buku teks perubatan standard di Eropah sehingga awal zaman moden. Pada kurun ke-15 dan ke-16 sahaja, Qanun Perubatan telah diterbitkan lebih daripada 35 kali. [20] Ibnu Sina memperhatikan sifat menjangkit beberapa penyakit berjangkit (yang beliau anggapkan "kesan" dalam udara yang ditinggalkan pesakit), dan membincangkan cara untuk menguji pengubatan baharu dengan efektif. [21] Beliau juga menulis Kitab Penyembuhan, ensiklopedia sains dan falsafah yang lebih am, yang menjadi satu lagi buku teks yang masyhur dan digemari di Eropah.

Zakaria al-Razi (Al-Razi, Rhazes) menulis Buku Perubatan Lengkap, dengan pemerian teliti dan perbezaan di antara campak dan cacar, yang juga berpengaruh di Eropah. Abu al-Qasim al-Zahrawi (al-Zahrawi, Abulcasis) menulis Kitab al-Tasrif, satu ensiklopedia perubatan yang masyhur khusus kerana bahagian pembedahannya. Ia mengandungi pemerian dan gambar rajah tentang lebih 200 alat pembedahan, kebanyakkannya diciptanya sendiri. Bahagian pembedahan telah diterjemahkan ke dalam Latin oleh Gerard dari Cremona pada tahun 1100-an, dan digunakan berkurun-kurun di dalam sekolah-sekolah perubatan Eropah, sehingga masih dicetak pada tahun 1700-an. [22][23]

Fizik[sunting | sunting sumber]

Maklumat lanjut: Fizik Islam

Satu daripada terjemahan karya sains yang penting ialah kitab Ibn al-Haitham (Alhazen), yakni Kitab Optik ataupun Kitab al-Manazir (1021 M). Buku Ibn al-Haitham ini terkenal kerana penggunaan eksperimen dan kaedah saintifik, [24] Dalam bukunya, Kitab al-Manazir, Ibn al-Haitham telah membangunkan teori tentang penglihatan dan cahaya yang dibina di atas karya penulis Rom, Ptolemy, akan tetapi beliau menolak teori Ptolemy bahawa cahaya ialah pancaran dari mata (teori pancaran), dengan mengatakan bahawa pancaran cahaya memasuki mata. Ini merupakan kemajuan terbesar dalam bidang optik sehinggalah munculnya Johannes Kepler. Al-Manazir merupakan batu loncatan penting dalam sejarah kaedah saintifik dan sejarah optik. [25] Terjemahan Latin al-Manazir mempengaruhi karya-karya ramai ahli sains Eropah terkemudian, termasuklah Roger Bacon dan Kepler.[26][27] [26][27]

Kitab al-Manazir tidak terbatas kepada ilmu sains tetapi juga mempengaruhi kebudayaan Eropah dalam beberapa segi. Dalam agama misalnya, John Wycliffe, pengasas intelek Reformasi Protestan, merujuk kepada al-Haitham semasa membincangkan seven deadly sins ("tujuh dosa besar") dengan menggunakan analogi herotan tujuh jenis cermin yang dianalisis al-Haitham dalam al-Manazir ("De aspectibus" dalam Latin). Dalam bidang sastera pula, al-Manazir diberi pujian dalam buku Roman de la Rose tulisan Guillaume de Loris.[28] Dalam bidang seni lukis, al-Manazir menjadi asas teknik perspektif linear dan mungkin juga telah mempengaruhi penggunaan alat bantuan optik dalam seni lukis Zaman Pembaharuan (lihat Tesis Hockney-Falco [28] Teknik-teknik yang sama kemudiannya digunakan dalam peta-peta geografi Eropah yang dihasilkan ahli-ahli kartografi seperti Paolo Toscanelli dalam Zaman Penjelajahan[27]

Teori tentang gerakan yang dibangunkan Ibnu Sina ("Avicenna") daripada fizik Aristotle mungkin telah mempengaruhi teori dorongan Jean Buridan, (leluhur konsep-konsep inersia dan momentum)[29] Kerja-kerja Galileo Galilei tentang ilmu mekanik klasik (menggantikan fizik Aristotle) juga dipengaruhi penulis fizik zaman pertengahan, termasuk Ibn Bajjah ("Avempace")[30]

Kerja-kerja Lain[sunting | sunting sumber]

Kerja-kerja lain yang di terjemahkan ke dalam Latin pada zaman pertengahan termasuk karya-karya Zakaria al-Razi dan Ibnu Sina (termasuk Kitab Penyembuhan dan Kanun,[31] karya-karya Ibn Rushd ("Averroes"),[22] karya-karya Nur ad-Din al-Bitruji ("Alpetragius"), termasuk Tentang Pergerakan Cakerawala,[32] ensiklopedia perubatan Ali ibn Abbas al-Majusi ("Haly Abbas") berjudul Buku Lengkap Seni Perubatan, kitab Pengantar Astrologi hasil penulisan Abu Mashar ("Albusar"),[33] Algebra karya Abu Kamil Shuja ibn Aslam,[34] dan De Proprietatibus Elementorum, satu karya geologi Islam hasil penulisan seorang "pseudo-Aristotle". Pada permulaan abad ke-13 Mark dari Toledo telah menterjemahkan kitab al-Qur'an dan pelbagai penulisan berkaitan perubatan Islam.[35]

Teknologi Islam[sunting | sunting sumber]

Gambaran La Liza Palermo pada abad ke-19, menunjukkan seni lukis Arab-Norman dan seni bina yang menggabungkan ciri-ciri Kebaratan (seperti tiang dan kerawang Klasik) dengan perhiasan Islam dan seni khat Islam.[36]

Pelbagai jenis buah dan sayur telah diperkenalkan kepada Eropah pada zaman ini melalui Timur Tengah dan Afrika Utara, sebahagiannya dari rantau jauh seperti China dan India, termasuklah articok, bayam, dan terung ungu.[37]

Teknik-teknik baharu serta bahan-bahan baharu, termasuk kain muslin, taffeta dan satin juga diperkenalkan dalam pakaian.

Seni[sunting | sunting sumber]

Maklumat lanjut:Pengaruh Islam terhadap seni lukis Barat dan Seni lukis Islam

Seni perhiasan Islam merupakan import bernilai tinggi di Eropah Zaman Pertengahan. Kebanyakan contoh seni perhiasan Islam yang didapati sekarang merupakan milik gereja. Tekstil khususnya penting pada waktu awal dan digunakan untuk membuat jubah, kain selubung, gantungan gereja, dan pakaian golongan elit. Tembikar harian Islam lebih disukai daripada barangan Eropah. Objek-objek Islam tidak menyinggung perasaan Kristian kerana riasan hanya sebagai perhiasan, atau mempamerkan gambar memburu dan sebagainya, dan inskripsi pada barangan tembikar atau seni lain tidak difahami.[38] Seni lukis Zaman Pertengahan di Sicily menarik dari segi gaya kerana campuran budaya Arab-Norman dalam hasilan mosaik dan tatah dalam logam, arca, dan kerja seni gangsa.

Skrip Pseudo-Kufi pada halo Virgin Mary. Perincian Adoration of the Magi (1423 M) oleh Gentile da Fabriano. Skrip seterusnya dibahagikan dengan roset seperti terdapat pada piring Mamluk.[39]

Penulisan: Tiruan skrip Arab oleh Barat[sunting | sunting sumber]

Maklumat lanjut: Pseudo-Kufi

Dalam dunia Barat, skrip Kufi (seni khat) Arab sering ditiru sebagai perhiasan pada Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan, dan mewujudkan apa yang dikenali sekarang sebagai pseudo-Kufi: "Tiruan penulisan Arab di dalam seni lukis Eropah sering diperihalkan sebagai pseudo-Kufi, meminjam perkataan yang digunakan untuk skrip Arab yang menekankan tulisan lurus dan berbucu, dan lazimnya digunakan dalam perhiasan seni bina Islam."[40] Banyak contoh pseudo-Kufi daripada seni lukis Eropah diketahui dari abad ke-10 hingga ke-15; biasanya aksara tidak membawa makna, walaupun kadang-kadang teks Arab disalin. Pseudo-Kufi digunakan sebagai penulisan atau sebagai unsur perhiasan tekstil, keagamaan (halo), atau bingkai. Banyak contoh penggunanaan sedemikian dapat dilihat pada lukisan-lukisan Giotto.[40] Sebab sebenar penggunaan pseudo-Kufi pada waktu awal Zaman Pembaharuan tidak jelas. Berkemungkinan orang Barat tersilap dengan menganggap skrip Timur Tengah abad ke-13 dan 14 sebagai sama dengan skrip yang digunakan pada zaman Nabi Isa, dan seterusnya menganggap biasa jika Kristian-kristian awal dikaitkan dengan skrip tersebut:[41] "Dalam seni lukis Zaman Pembaharuan, skrip pseudo-Kufi digunakan untuk menghias pakaian wira Wasiat Lama seperti Nabi Daud".[42] Suatu lagi sebab adalah berkemungkinan pelukis mahu menzahirkan keuniversalan budaya bagi agama Kristian, dengan menggabungkan pelbagai bahasa bertulis, pada masa pihak gereja memiliki cita-cita antarabangsa yang kuat.[43]

Permaidani Islam[sunting | sunting sumber]

The Somerset House Conference (1604 M), pelukis tidak diketahui, menunjukkan diplomat Inggeris dan Sepanyol berkumpul pada meja yang beralaskan permaidani oriental ("Timur").

Permaidani Islamik asalan Timur Tengah, sama ada daripada Empayar Uthmaniyyah, Levant, negeri Mamluk Mesir atau Afrika Utara, merupakan tanda penting akan kekayaan dan kemewahan di Eropah, seperti digambarkan oleh kekerapan terdapatnya permaidani sebagai ciri perhiasan dalam lukisan dari abad ke-13 dan berterusan sehinggalah ke Zaman Barok. Permaidani-permaidani sedemikian, bersama-sama dengan skrip pseudo-Kufi menawarkan contoh menarik tentang penyepaduan unsur-unsur Timur ke dalam lukisan Eropah, khususnya yang menggambarkan subjek keagamaan.

Muzik[sunting | sunting sumber]

Maklumat lanjut: Musik klasik Andalus

Beberapa alat muzik yang digunakan di dalam muzik Eropah dipengaruhi alat muzik Arab, termasuk rebec (leluhur violin) daripada rebab, guitar daripada qitara, naker daripada naqareh[44] serta shawm dan dulzaina daripada alat pipit zamr dan al-zurna.[45]

Muslim dan Kristian bermain oud, lukisan miniatur dari Cantigas de Santa Maria oleh Raja Alfonso X.

Terdapat berbagai teori tentang asal-usul tradisi troubadour; satu teori yang luas dipakai ialah ianya asalan Arab. William of Aquitaine, troubadour pertama yang karyanya masih ada, mempunyai perhubungan luas dengan dunia Islam semasa perang Salib 1101 dan Reconquista di Sepanyol (di mana dia dihadiahkan pasu hablur batuan oleh seorang sekutu Muslim). Dalam kajiannya, Levi-Provencal dikatakan telah menemui empat ayat Arabo-Hispanic yang ditiru separa atau lengkap di dalam manuskrip William of Aquitaine[46] Mengikut sumber-sumber sejarah, William VIII, bapa William IX, membawa beratus tahanan Muslim ke Poitiers.[47] Hipotesis tradisi troubadour dicipta, lebih kurang, oleh William selepas pengalamannya tentang seni Moor semasa berjuang bersama Reconquista di Sepanyol ditonjolkan Ramón Menéndez Pidal pada awal abad ke-20, tetapi asalannya berpunca seawal Giammaria Barbieri pada abad ke-16. Yang pasti "sekumpulan lagu yang sebanding dari segi keamatan, kekasaran dan erotisme dalam bahasa Arab terdapat pada separuh kedua abad ke-9 dan seterusnya."[48]

Teori standard tentang asal-usul notasi solfa Barat ialah ianya muncul di Itali pada abad ke-11, namun beberapa sarjana mengemukakan pendapat bahawa suku kata solfa (do, re, mi, fa, sol, la, ti) mungkin berasal daripada suku kata sistem solmization Arab Durr-i-Mufassal ("Mutiara Terpisah") (dal, ra, mim, fa, sad, lam). Teori asalan ini mula-mula disarankan oleh Meninski di dalam penulisannya Thesaurus Linguarum Orientalum (1680) dan kemudian oleh Laborde di dalam Essai sur la Musique Ancienne et Moderne (1780). Namun, tidak terdapat bukti tertulis bagi membuktikan teori ini.[49][50]

Teknologi[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Garis masa ahli sains dan jurutera Islam

Serpihan kaca Syria atau Mesir berinskripsi Arab, digali di London. Muzium London.
Piring Al-Andalus dipinggiri skrip pseudo-Arab, digali di London. Muzium London.

Beberapa teknologi dalam dunia Islam telah diserapkan ke dalam teknologi Zaman Pertengahan Eropah. Teknologi-teknologi tersebut termasuklah pelbagai tanaman;[51] berbagai peralatan astronomi, termasuk astrolab Yunani, yang dibangun dan diperhalusi ahli astronomi Arab kepada peralatan seperti Quadrans Vetus, sukuan horary serba guna yang boleh digunakan bagi semua latitud,[52] dan Saphaea, astrolab serba guna dicipta al-Zarqali;[53] sekstan astronomi; pelbagai peralatan pembedahan, termasuklah perhalusan bentuk-bentuk lama dan ciptaan baru;[23] dan penggearan termaju di dalam jam air dan automata.[54] Penyulingan diketahui orang Yunani dan Rom, tetapi telah diperkenalkan semula di Eropah Zaman Pertengahan melalui orang Arab. Istilah alkohol (menggambarkan cecair hasil penyulingan) datang daripada perkataan Arab al-kuhl.[55] Istilah alembic (melalui "Ambix" Yunani) datang daripada perkataan Arab al-anbiq.[56] Dipercayai contoh-contoh jam air dan automata kompleks Islam telah mempengaruhi dengan kuat ahli-ahli seni Eropah yang mencipta jam-jam mekanikal pertama pada abad ke-13.[57]

Pengimportan kedua-dua teknologi kuno dan baharu dari Timur Tengah dan Timur ke dalam Eropah Zaman Pertengahan dikatakan "satu daripada pemindahan teknologi terbesar di dalam sejarah dunia."[58]

Bikar Aldrevandini, kaca Venice dihiasi enamel berkaca yang berasal daripada gaya dan teknik Islam. Lebih kurang 1330 M.[59]

Dalam kertas kerja tahun 1974 yang berpengaruh, ahli sejarah Andrew Watson menyarankan bahawa terjadi Revolusi Pertanian Islam di antara tahun 700 dan 1100 M, yang telah menyerapkan sejumlah besar tanaman dan teknologi dari Sepanyol ke Eropah Zaman Pertengahan, di mana pertanian terhad kepada strain-strain gandum yang diperoleh dari awal lagi melalui Asia tengah. Watson menyenaraikan lapan belas tanaman, termasuk sorgum (betari) dari Africa, buah-buahan sitrus dari China, dan berbagai tanaman seperti mempelam, beras, kapas dan tebu dari India, yang tersebar di tanah-tanah Islam yang mengikut Watson tidak ditanam di tanah-tanah tersebut. Watson menyarankan bahawa pembawaan masuk ini serta peningkatan penjenteraan di dalam bidang pertanian, telah membawa kepada perubahan besar dalam ekonomi, taburan penduduk, penutup tumbuhan, pengeluaran pertanian dan pendapatan, tahap penduduk, pertumbuhan bandar, taburan tenaga kerja, industri berkaitan, pemasakan, pemakanan dan pemakaian di dalam dunia Islam. Juga, di bawah pengaruh Islam, industri sutera berkembang, penanaman flaks dijalankan, linen dieksport, dan rumput esparto, yang tumbuh liar di kawasan gersang, dipungut dan dijadikan beberapa barangan lain.[51] Namun teori Watson ini dicabar Michael Decker yang menyatakan beberapa tanamam (gandum durum, beras, sorgum dan kapas) sudah terdapat berkurun sebelum zaman Islam dan secara amnya menyatakan bahawa amalan pertanian dunia Islam merupakan evolusi amalan dunia kuno dan bukannya revolusi seperti dinyatakan Watson.[60]

Pembuatan gula daripada tebu,[61] jam air, pulpa dan kertas, sutera, dan pelbagai kemajuan dalam pembuatan minyak wangi,dipindahkan dari dunia Islam kepada Europah Zaman Pertengahan.[62] Mesin Fulling (satu langkah dalam pembuatan kain dan kemajuan dalam teknologi kilang juga mungkin telah dipindahkan dari dunia Islam kepada Eropah Zaman Pertengahan,[63] bersama-sama penggunaan rekaan seperti pam sedut,[64] pam noria dan pam rangkai bagi tujuan pertanian. Mengikut Watson, "Sumbangan Islam sebenarnya lebih dari segi penggunaan secara meluas peralatan yang digunakan hanya secara dan pada kawasan terhad pada zaman pra-Islam daripada perekaan peralatan baharu."[65] Inovasi-inovasi ini membolehkan operasi-operasi perindustrian yang dahulunya dilakukan secara insani atau dengan penggunaan haiwan penarik, didorong oleh jentera pada Eropah Zaman Pertengahan.[66]

Pensyilingan[sunting | sunting sumber]

Tari syiling emas Roger II dari Sicily, dengan inskripsi bahasa Arab, ditempa di Palermo. Muzium British.

Sementara duit syiling terawal ditempa dan diedarkan secara luas di Eropah dan Rom purba, duit syiling Islam sedikit sebanyak mempengaruhi penempaan syiling Eropah Zaman Pertengahan. Raja Inggeris abad ke-8, Offa dari Mercia, penempa dinar yang hampir sama dinar Abbasiyyah yang ditempa oleh Khalifah al-Mansur pada tahun 774 dengan "Offa Rex" ditengah-tengah kebalikan syiling.[67] Dapat dilihat bahawa pengeluar wang tidak memahami bahasa Arab kerana teks Arab mengandungi beberapa kesilapan.

Dinar emas raja Inggeris Offa of Mercia, tiruan dinar Abbasiyyah (774 M). Ia menggabungkan tulisan Latin OFFA REX dengan tulisan Arab. Muzium British.[68]
Syiling Salibi Kerajaan Jerusalem (Kingdom of Jerusalem). Kiri: Denier gaya Eropah dengan Holy Sepulchre. Tengah: Satu daripada syiling emas terawal Kerajaan Jerusalem, meniru dinar Islam. Kanan: Syiling emas selepas 1250, dengan lambang Kristian, ekoran rungutan Paus. Muzium British.

Bermula lebih kurang 913 CE di Sicily, Malta dan selatan Itali banyak syiling emas tari asalan Islam ditempa oleh Norman, Hohenstaufen dan pemerintah awal Angevins.[69] Pihak Norman mengeluarkkan syiling tari dengan petunjuk bahasa Arab dan Latin semasa menyerang Sicily pada abad ke-12.[70] Tari tersebar luas sehinggakan syiling tiruan yang hanya menggunakan "pseudo-Kufi" yang tidak boleh dibaca[71][72] ditempa di selatan Itali (Amalfi dan Salerno).[73][74]

Kesusasteraan[sunting | sunting sumber]

Lihat: Kesusasteraan Arab|Kesusasteraan Parsi

Miguel Asín Palacios mula-mula menyarankan pada tahun 1919 bahawa Divine Comedy karya Dante Alighieri, yang dikira roman teragung kesusasteraan Itali, mengambil banyak ciri tentang dunia akhirat daripada kerja-kerja Arab tentang eskatologi Islam seperti Hadith dan penulisan kerohanian Ibn Arabi. Kitab al-Mirajtentang perjalanan Rasulullah (saw) ke langit, telah diterjemahakan ke dalam Latin pada tahun 1264 atau sedikit masa sebelumnya.[75] sebagai Liber Scale Machometi, "Buku tentang Tangga Muhammad". Dante pasti maklum akan falsafah orang Islam, menyenaraikan Ibnu Sina dan ibn Rushd (Averroes) pada tempat terakhir di dalam senarai falsafah bukan Kristian bersama-sama para falsafah agung Yunani dan Rom di dalam Limbo.[76][77] Namun persoalan sama ada kesamaan Divine Comedy dengan al-Miraj itu kuat atau lemah masih diperdebatkan oleh para sarjana, kerana tidak terdapat bukti sahih yang Dante terpengaruh. Francesco Gabrieli menyatakan "sekurang-kurangnya barangkali, jika bukan mungkin" yang Dante telah mengambil gambaran dan konsep daripada eskatologi Islam.

Falsafah[sunting | sunting sumber]

Lihat juga: Penyebaran idea-idea falsafah Yunani semasa Zaman Pertengahan

Penulisan falsafah Arab diterjemahkan ke dalam bahasa Ibrani, Latin, and bahasa Ladino dan menyumbang kepada pembangunan falsafah Eropah moden. Ahli falsafah Yahudi Maimonides, ahli sosiologi dan sejarah Ibnu Khaldun, rakyat Carthage Constantine orang Afrika, dan al-Khwarizmi dengan pengumpulan teknik-teknik matematiknya, merupakan tokoh-tokoh besar semasa zaman kegemilangan Islam.

ibnu Rushd, pengasas aliran falsafah Averroisme, berpengaruh dalam kemunculan pemikiran sekular di Eropah Barat.[78]

Ibnu Sina mengasaskan aliran falsafah Avicennisme, yang berpengaruh di dalam kedua-dua dunia Islam dan Kristian. Beliau pengulas penting akan karya-karya Aristotle, dan mengubah suai karya-karya tersebut dengan pemikiran daya asal, terutamanya dalam bidang logik.[79] Pentingnya Avicennisme Latin terletak pada interpretasi doktrin-doktrin Avicennisme seperti sifat ruh dan pembezaan kewujudan-intipati nya, bersama debat dan teguran yang dibangkitkan karyanya dalam skolastisisme Eropah. Ini amat ketara di Paris, di mana Avicennisme kemudiannya diharamkan oleh pihak gereja pada tahun 1210 M, kendatipun pengaruh psikologi dan teori keilmuannya ke atas William dari Auvergne dan Albertus Magnus dapat dijejak. Namun, kesan Avicennisme di dalam ugama Kristian kemudiannya ditenggelami Averroisme, aliran falsafah Ibnu Rushd, satu-satunya ahli falsafah yang amat berpengaruh di Barat.[80] Ibnu Rushd tidak bersetuju dengan interpretasi Ibnu Sina tentang Aristotle dalam beberapa bidang seperti kesatuan intelek, dan intepretasinya (Ibnu Rushd) tentang falsafah Aristotle-lah yang amat berpengaruh di dalam Eropah Zaman Pertengahan. Di dalam De Monarchia, Dante Aligheri berhujah mengikut laras Averroisme bagi menyokong teori sekularisme tentang kenegaraan.[78] Ibnu Rushd juga mengutarakan konsep "kewujudan mendahului zat (intipati)".[81]

Imam al-Ghazali juga menjadi pengaruh penting terhadap ahli falsafah ahli falsafah Zaman Pertengahan Kristian dan pemikir Yahudi seperti Maimonides.[82] Penulis Margaret Smith, berpendapat: "Tidak ada syak lagi karya-karya al-Ghazali menjadi karya yang pertama menarik perhatian para sarjana Eropah" dan "Penulis Kristian yang teragung yang dipengaruhi al-Ghazali ialah St.Thomas Aquinas (1225–1274), yang mengkaji penulis-penulis Islam dan yang mengakui ianya terhutang budi kepada mereka. Aquinas belajar di Universiti Naples di mana kesusasteraan dan kebudayaan Islam paling berpengaruh pada masa itu".[83]

Perdebatan rekaan di antara Ibnu Rushd dan Porphyry. Monfredo de Monte Imperiali Liber de herbis, abad ke-14.[84]

George Makdisi menyarankan dua aspek humanisme Zaman Pertengahan berakar dalam dunia Islam Zaman Pertengahan: seni imlak, digelar dalam bahasa Latin, ars dictaminis, dan "sikap ahli humanisme terhadap bahasa-bahasa klasik". Dia memerhatikan bahawa imlak diperlukan dalam kesarjaan Arab (dimana bunyi vokal berlandaskan kata yang ditutur perlu diletak dengan betul), dan menyatakan bahawa dalam konteks ini, kegunaan kata ars dictaminis di Itali Zaman Pertengahan merupakan kegunaan yang paling munasabah. Dia juga mempercayai kecenderongan ahli humanisme Zaman Pertengahan terhadap kegunaan Latin klasik berbanding Latin Zaman Pertengahan adalah munasabah dalam konteks sebagai reaksi kepada kesarjanaan Arab, dengan kajiannya ke atas bahasa Arab klasik al-Quran berbanding bahasa Arab Zaman Pertengahan.[85]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 Lebedel, p.109
  2. Lewis, p.148
  3. Lebedel, p.109–111
  4. Shaikh M. Ghazanfar. Medieval Islamic economic thought: filling the "great gap" in European economics. Psychology Press. ms. 126. 
  5. Fielding H. Garrison, An Introduction to the History of Medicine: with Medical Chronology, Suggestions for Study and Biblographic Data, p. 86
  6. Lebedel, p.111
  7. Lebedel, p.112
  8. Toledo in the Twelfth Century, "Science in Context, 14 (2001): at 249-288, at pp. 275-281.
  9. C. Burnett, "Arabic-Latin Translation Program in Toledo", p. 255.
  10. C. H. Haskins, Studies in the History of Mediaeval Science, pp.3-4
  11. R. W. Southern, The Making of the Middle Ages, p.65
  12. For a list of Gerard of Cremona's translations see: Edward Grant (1974) "A Source Book in Medieval Science", (Cambridge: Harvard Univ. Pr.), pp. 35–38 or Charles Burnett, "The Coherence of the Arabic-Latin Translation Program in the chemical and medical works of Rhazes,
  13. D. Campbell, Arabian Medicine and Its Influence on the Middle Ages, p. 6.
  14. Debus, Allen G. (2002). The Chemical Philosophy: Paraclesian Science and Medicine in the Sixteenth and Seventeenth Centuries. Dover Publ. ms. 11. ISBN 0486421759. 
  15. Eric John Holmyard, Alchemy, p.106
  16. Eric John Holmyard, Alchemy, p.109
  17. Alkali at dictionary reference
  18. G. G. Joseph, The Crest of the Peacock, p. 306
  19. "Inventions et decouvertes au Moyen-Age", Samuel Sadaune, p.44
  20. National Library of Medicine digital archives
  21. David W. Tschanz, MSPH, PhD (August 2003). "Arab Roots of European Medicine", Heart Views 4 (2).
  22. 22.0 22.1 D. Campbell, Arabian Medicine and Its Influence on the Middle Ages, p. 3.
  23. 23.0 23.1 Albucasis Science museum on Albucasis
  24. Gorini, Rosanna (2003), Al-Haytham the Man of Experience: First Steps in the Science of Vision, Journal of the International Society for the History of Islamic Medicine (Institute of Neurosciences, Laboratory of Psychobiology and Psychopharmacology, Rome, Italy) :
    "Mengikut sebilanganbesar para sejarawan, al-Haitham ialah pelopor kaedah saintifik moden. Melalui bukunya al-Haitham menukar maksud "optik" dan mengasaskan uji kaji sebagai pembuktian lazim dalam bidang tersebut. Penyelidikannya tidak berlandaskan teroti-teori mujarad, akan tetapi berlandaskan pembuktian eksperimen dan eksperimen-eksperimennya teratur dan dapt diulangi."
  25. H. Salih, M. Al-Amri, M. El Gomati (2005). "The Miracle of Light", A World of Science 3 (3), UNESCO
  26. 26.0 26.1 Marshall, Peter (September 1981), Nicole Oresme on the Nature, Reflection, and Speed of Light, Isis 72 (3): 357–374 [367–374], doi:10.1086/352787 
  27. 27.0 27.1 27.2 Richard Powers (University of Illinois), Best Idea; Eyes Wide Open, New York Times, April 18, 1999.
  28. 28.0 28.1 Falco, Charles M. (12–15 February 2007), Ibn al-Haytham and the Origins of Modern Image Analysis, International Conference on Information Sciences, Signal Processing and its Applications 
  29. Buridan
  30. Ernest A. Moody (1951), "Galileo and Avempace: The Dynamics of the Leaning Tower Experiment (I)", Journal of the History of Ideas 12 (2): 163–193
  31. M.-T. d'Alverny, "Translations and Translators," pp. 444–446, 451
  32. Templat:BBKL
  33. Charles Burnett, ed. Adelard of Bath, Conversations with His Nephew, (Cambridge: Cambridge University Press, 1999), p. xi.
  34. V. J. Katz, A History of Mathematics: An Introduction, p. 291.
  35. M.-T. d'Alverny, "Translations and Translators," pp. 429, 455
  36. ”Les Normans en Sicile”
  37. Roux, p. 47
  38. Mack, 3-8, and throughout
  39. Mack, p.65–66
  40. 40.0 40.1 Mack, p.51
  41. Mack, p.52, p.69
  42. Freider. p.84
  43. "Perhaps they marked the imagery of a universal faith, an artistic intention consistent with the Church's contemporary international program." Mack, p.69
  44. (Farmer 1988, p. 137)
  45. (Farmer 1988, p. 141)
  46. Bell, Joseph Norment (1979), Love theory in later Hanbalite Islam, Albany: State University of New York Press, ms. 221, ISBN 978-0-87395-244-6 
  47. M. Guettat (1980), La Musique classique du Maghreb (Paris: Sindbad).
  48. "Troubadour", Grove Dictionary of Music and Musicians, edited by Stanley Sadie, Macmillan Press Ltd., London
  49. (Farmer 1988, pp. 72–82)
  50. Miller, Samuel D. (Autumn 1973), Guido d'Arezzo: Medieval Musician and Educator, Journal of Research in Music Education (Journal of Research in Music Education, Vol. 21, No. 3) 21 (3): 239–245, doi:10.2307/3345093, JSTOR 3345093 
  51. 51.0 51.1 Andrew M. Watson (1974), "The Arab Agricultural Revolution and Its Diffusion, 700–1100", The Journal of Economic History 34 (1), pp. 8–35.
  52. David A. King (2002). "A Vetustissimus Arabic Text on the Quadrans Vetus", Journal for the History of Astronomy 33, p. 237–255 [237–238].
  53. The Saphea Arzachelis, astrolabes.org
  54. Ahmad Y Hassan, Transfer Of Islamic Technology To The West, Part II: Transmission Of Islamic Engineering, History of Science and Technology in Islam
  55. Thomas Nordegren. The A-Z Encyclopedia of Alcohol and Drug Abuse. ms. 38. 
  56. Chambers's encyclopaedia: a dictionary of universal knowledge, Volume 1. J.B. Lippincott & Co. 1888. ms. 142. 
  57. "Studies in Medieval Islamic Technology: From Philo to Al-Jazari - From Alexandria to Diya Bakr", Donald Routledge Hill and David A. King, p.23, 1998, ISBN 978-0-86078-606-1
  58. Middle Ages
  59. "Examining the enamel on the Aldrevandini beaker". British Museum. 
  60. Michael Decker: "Plants and Progress: Rethinking the Islamic Agricultural Revolution", Journal of World History, Vol. 20, No. 2 (2009), pp. 187-206
  61. "The Sugar Cane Industry: An Historical Geography from Its Origins to 1914 (1989)", pp.34-34, JH Galloway, ISBN 0-521-02219-3
  62. Ahmad Y Hassan, Transfer Of Islamic Technology To The West, Part 1: Avenues Of Technology Transfer
  63. Adam Lucas (2006), Wind, Water, Work: Ancient and Medieval Milling Technology, p. 10 & 65, BRILL, ISBN 90-04-14649-0.
  64. Ahmad Y Hassan. The Origin of the Suction Pump.
  65. Quoted in "The Sugar Cane Industry: An Historical Geography from Its Origins to 1914", JH Galloway, p. 27
  66. Adam Robert Lucas (2005), "Industrial Milling in the Ancient and Medieval Worlds: A Survey of the Evidence for an Industrial Revolution in Medieval Europe", Technology and Culture 46 (1), pp. 1–30.
  67. British Museum
  68. "Gold imitation dinar of Offa". British Museum. 
  69. Blanchard, Ian Mining, Metallurgy and Minting in the Middle Ages Franz Steiner Verlag, 2001 ISBN 978-3-515-07958-7 [1], p.196
  70. British Museum, Islamic Art room
  71. Cardini, Franco Europe and Islam Blackwell Publishing, 2001 ISBN 978-0-631-22637-6 [2], p.26
  72. Grierson, Philip Medieval European Coinage Cambridge University Press, 1998 ISBN 978-0-521-58231-5 [3], p.3
  73. Cardini, Franco Europe and Islam Blackwell Publishing, 2001 ISBN 978-0-631-22637-6 [4], p.26
  74. Grierson, Philip Medieval European Coinage Cambridge University Press, 1998 ISBN 978-0-521-58231-5 [5], p.3
  75. I. Heullant-Donat and M.-A. Polo de Beaulieu, "Histoire d'une traduction," in Le Livre de l'échelle de Mahomet, Latin edition and French translation by Gisèle Besson and Michèle Brossard-Dandré, Collection Lettres Gothiques, Le Livre de Poche, 1991, p. 22 with note 37.
  76. http://www.muslimphilosophy.com/ip/tud.htm
  77. http://en.wikisource.org/wiki/The_Divine_Comedy/Inferno/Canto_IV
  78. 78.0 78.1 Majid Fakhry (2001). Averroes: His Life, Works and Influence p. 135 Oneworld Publications. ISBN 1-85168-269-4.
  79. "Avicenna", Lenn Evan Goodman, 2006, p. 209
  80. Corbin, History of Islamic Philosophy (1993), p.174
  81. Irwin, Jones (Autumn 2002), Averroes' Reason: A Medieval Tale of Christianity and Islam, The Philosopher, LXXXX (2) 
  82. Ormsby, Eric, Averroes (Ibn Rushd): His Life, Works and Influence, H-Net Review.  See also: "The Influence of Islamic Thought on Maimonides". Stanford Encyclopedia of Philosophy. Diperoleh pada 2008-08-28. 
  83. Margaret Smith, Al-Ghazali: The Mystic (London 1944)
  84. "Inventions et decouvertes au Moyen-Age", Samuel Sadaune, p.112
  85. Makdisi, George (April–June 1989), Scholasticism and Humanism in Classical Islam and the Christian West, Journal of the American Oriental Society (Journal of the American Oriental Society, Vol. 109, No. 2) 109 (2): 175–182, doi:10.2307/604423, JSTOR 604423 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]