Summer Days

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Summer Days
PembangunOverflow (オーバーフロー)
PlatformWindows98SE/Me/XP
PelepasanJepun 23 Jun, 2006
GenreNovel visual
ModSatu pemain

Summer Days (Jepun: サマーデイズ) merupakan permainan animasi komputer berterusan ciptaan Overflow (オーバーフロー). Berdasarkan formula yang serupa dengan School Days, judul ini menggunakan video animasi penuh untuk menggerakkan penceritaannya sambil memberi peluang kepada para pemain untuk membuat (atau tidak membuat) keputusan apabila pilihan-pilihan diberikan. Judul ini dikeluarkan dalam bentuk DVD dua lapis dan memerlukan Windows Media 9 dan DirectX9. Summer Days adalah lebih kecil jika dibandingkan judul pendahulunya, dengan saiznya sebesar 5.92 GB dalam media DVD. Judul ini juga tidak mempunyai adegan-adegan atau pengakhiran yang ganas yang telah menjadikan School Days sebuah judul yang popular.

Summer Days merupakan judul pendahulu alternatif kepada School Days, latar masanya adalah pada musim panas dan berlaku sebelum kejadian dalam judul School Days. Setiap watak asal muncul dalam judul ini, cuma mereka dianggap bertemu buat pertama kalinya di musim panas tersebut dan bukan semasa tahun pertama bersekolah. Meskipun Kotonoha dan Sekai, yang merupakan wirawati dalam permainan komputer pertama, watak wanita utama dalam judul ini sebenarnya ialah Setsuna.

Berdasarkan pilihan-pilihan yang dibuat, para pemain boleh bersama dengan beberapa watak tambahan.

Atas masalah pembikinan, Summer Days perlu dikemaskinikan dengan keluaran beberapa tampalan (patch) (data-data baru), sesetengah daripadanya mempunyai saiz sebesar 1 GB. Kesannya, para peminat Jepun telah menganggap judul ini antara yang paling teruk yang pernah dikeluarkan.

Plot[sunting | sunting sumber]

"Jikalau aku berjumpa denganmu pada musim panas, tatkala itu jualah nasibku akan berubah kepada yang lain."

Wirawati ataupun watak utama judul ini adalah Setsuna, watak yang telah muncul dalam School Days, yang menyimpan perasaan terhadap Makoto. Dalam Summer Days, Sekai, rakan karibnya, berkerja pada musim panas sebagai seorang pelayan di sebuah restoran keluarga, iaitu Radish. Namun begiti Sekai dijangkiti penyakit beguk dan dipaksa berehat.

Setsuna menggantikan tempat Sekai dan secara kebetulan berjumpa dengan Makoto di pinggir laut (Radish, restoran tersebut terletak berhampiran dengan rumah Makoto); dengan itu kisah mereka berdua bermula...

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Semua watak daripada School Days muncul kembali dalam judul Summer Days.

Seiyu: Tatsuya Hirai
  • Setsuna Kiyoura (Jepun: 清浦 刹那, Hepburn: Kiyoura Setsuna)
Seiyu: Hana Yamamoto
  • Sekai Saionji (Jepun: 西園寺 世界, Hepburn: Saionji Sekai)
Seiyu: Kaname Yuzuki
  • Kotonoha Katsura (Jepun: 桂 言葉, Hepburn: Katsura Kotonoha)
Seiyu: Soyogi Tōno
  • Oruha Hasimoto (Jepun: 橋本 織葉, Hepburn: Hasimoto Oruha)
  • Noan Murayama (Jepun: 村山 野杏, Hepburn: Murayama Noan)
Seiyu: Gunta
  • Youko Saionji (Jepun: 西園寺 踊子, Hepburn: Saionji Youko)

Masalah produksi dan keluaran tampalan[sunting | sunting sumber]

Atas masalah pembikinan, para peminat Jepun telah menganggap judul ini yang paling teruk yang pernah dikeluarkan. Menurut laman sesawang syarikat dan notis mereka, mereka telah membungkuskan data dan kod yang lama - akibatnya, sesetengah pengakhiran tidak dapat dibuka dan pada waktu-waktu tertentu videonya tidak dapat dimainkan. Dua tampalan yang diperlukan untuk memulakan Summer Days dengan betul ialah tampalan versi 1.05 dan 1.09B, masing-masing bersaiz 1.66 GB dan 271 MB. Kedua-dua tampalan tersebut boleh dimuaturunkan melalui BitTorrent dan HTTP. Syarikatlah yang bertanggungjawab membuat tawaran untuk menggantikan setiap cakera daripada keluaran asal, dan setiap satu cakera yang dijual di kedai akan mempunyai versi terbaru judul itu.

Mereka yang telah membuat tempahan mula-mula mengesan masalah asalnya. Syarikat itu kemudiannya mengeluarkan satu tampalan pada 22 Jun 2006; satu hari selepas keluaran pertama. Tampalan tersebut bersaiz 2.3 GB dan bilangan pemuat turun telah menyekat pelayan syarikat tersebut. Tampalan tersebut telah membaiki beberapa masalah tetapi pada masa yang sama mendatangkan masalah lain seperti beberapa adegan dan pengakhiran yang tidak boleh dibuka, termasuklah pembuangan mozek dalam adegan-adegan hentai.

Kemudiannya, tampalan 1.01B bersaiz 1.25 GB dan 1.021 dikeluarkan. Syarikat Summer Days menggunakan BitTorrent untuk pengedaran untuk mengelakkan kesesakan pelayan.

Walaupun tiga tampalan telah dikeluarkan, masih terdapat beberapa masalah yang muncul yang telah membangkitkan keluaran beberapa tampalan baru. Tampalan 1.03 dikenal pasti mempunyai masalah, mengakibatkan data simpanan hilang, manakala 1.04 memaksa permainannya untuk berpusing tanpa henti. Tampalan 1.06 telah mengakibatkan lebih banyak masalah, misalnya seperti kegagalan untuk memasang tampalan itu sendiri. Tampalan 1.09 dikeluarkan pada 23 Julai, diikuti oleh tampalan 1.09B beberapa ketika kemudian. Tampalan ini telah membetulkan hampir kesemua masalah yang timbul.

Pada 18 Oktober, suatu pengumuman telah dibuat mengenai pemilik asal yang telah menghantar kad pendaftaran. Mereka akan diberikan salinan-salinan gantian terdiri daripada edisi tampalan terbaru permainan komputer itu (versi 2.00). Akhir sekali, tampalan seterusnya (versi 2.01) dikeluarkan pada 30 Oktober. Beberapa masalah teknikal seperti masalah kawalan jeda/mundar laju, skrin hitam dan adegan-adegan kurang stabil telah dibetulkan.

Omake[sunting | sunting sumber]

DVD Summer Days juga terdiri daripada sebuah permainan video omake berdasarkan Flash, mempamerkan salah satu pengakhiran daripada School Days di mana Kotonoha membunuh Sekai di atas jambatan. Watak kawalan ialah Sekai, di mana para pemain harus menekan butang kekunci "X" dan "Z" untuk menggerakkan sebuah meter ke arah Kotonoha. Jika pemain itu berjaya, Sekai akan berjaya menolak Kotonoha ke tepi. Jika pemain itu gagal, Sekai akan dibunuh oleh Kotonoha. Semua watak berupa sangat kecil, di mana Kotonoha dan Sekai yang kelihatan cacat masing-masing menggunakan sebilah gergaji dan sebilah pisau.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]