Sun Yat-sen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sun Yat-sen

孫中山

Sunyatsen1.jpg

Tempoh jawatan
1 Januari 1912 – 1 April 1912
Naib Presiden Li Yuanhong (1 Januari 1912 - 1 April 1912)
Didahului oleh (none)
Diganti oleh Yuan Shikai (Presiden Pertama)

Tempoh jawatan
10 Oktober, 1919 – 12 Mac, 1925
Didahului oleh (none)
Diganti oleh (none)

Lahir November 12, 1866
Zhongshan, Guangdong, China
Meninggal dunia March 12, 1925 (berusia 58 tahun)
Republik China Beijing, China
Bangsa China
Parti politik Kuomintang
Pasangan Lu Muzhen (1885-1915)
Soong Ching-ling (1915-1925)
Alma mater Kolej Perubatan Cina Hong Kong
Pekerjaan Pakar perubatan, Ahli politik, Pemimpin revolusi, Pengarang
Religion Kristian

Sun Yat-sen (12 November 186612 Mac 1925) ialah seorang pemimpin politik dan revolusi China yang bergelar "bapa China moden". Sun memainkan peranan penting dalam penggulingan Dinasti Qing pada tahun 1911. Beliau meruapakan Presiden sementara yang pertama apabila Republic of China (ROC) ditubuhkan pada tahun 1912 dan kemudiannya menubuhkan parti Kuomintang (KMT) yang menjadikan beliau sebagai pemimpin parti yang sulung. Sun merupakan tokoh yang menyumbang kepada perpaduan di China selepas zaman beraja, serta kekal unik dalam kalangan ahli politik China abad ke-20 kerana dihormati di Tanah Besar China dan Taiwan yang kini bertelagah.

Meskipun dianggap sebagai salah seorang pemimpin terhebat di China moden, kehidupan politik Sun banyak diselubungi pergelutan yang berterusan dan buangan berkali-kali. Selepas kejayaan revolusi, beliau tiba-tiba hilang kuasa di Republik China yang baru ditubuhkan masa itu, lalu memimpin sebilangan kerajaan revolusi berturut-turut sebagai cabahran kepada hulubalang-hulubalang yang mengawal kebanyakan wilayah negara. Sun meninggal dunia sebelum sempat melihat partinya mencapai pengukuhan kuasa di seluruh negara. Parti beliau yang membentuk perikatan yang renggang dengan parti Komunis, berpecah menjadi dua puak yang berbalah selepas peninggalan beliau. Pusaka utama peninggalan Sun terletak pada perkembangan falsafah politik beliau yang dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat (nasionalisme, demokrasi, dan kebajikan rakyat) yang masih mempengaruhi kerajaan China masa kini.

Pusaka[sunting | sunting sumber]

Pergelutan merebut kuasa Sun antara Chiang Kai-shek dan Wang Jingwei tercetus sejurus selepas kematian Sun, lalu banyak mengakibatkan ketidakcekapan dalam pentadbiran negara serta menjadi halangan utama kepada Ekspedisi Utara.

Salah satu peninggalan utama Sun ialah falsafah politik beliau, iaitu Tiga Prinsip Rakyat (sanmin zhuyi, 三民主義). Prinsi-prinsip ini termasuklah prinsip nasionalisme (minzu, 民族), demokrasi (minquan, 民權) dan kebajikan rakyat (minsheng, 民生). Prinsip-prinsip ini masih mengekalkan tempatnya dalam bahasa retorik kedua-dua pihak Kuomintang dan Parti Komunis Cina melalui pentafsiran yang jauh berbeza daripada satu sama lain. Perbezaan pentafsiran ini sebahagiannya diakibatkan kenyataan bahawa Sun kelihatan mengamalkan sikap yang samar-samar terhadap kedua-dua kaedah pembangunan secara kapitalis dan komunis, serta juga kematiannya secara tiba-tiba pada tahun 1925, sebelum beliau sempat menyiapkan siri syarahan Tiga Prinsip Rakyat yang kini terkenal. Tambahan pula, Sun juga salah seorang daripada santo-santo utama dalam agama Cao Dai Vietnam.

Bapa negara[sunting | sunting sumber]

Sun Yat-sen kekal unik dalam kalangan pemimpin China abad ke-20 kerana reputasi beliau yang tinggi di tanah besar China dan juga Taiwan. Di Taiwan, beliau disanjung sebagai Bapa Republik China, serta dikenali dengan nama posthummus beliau Bapa Negara, Encik Sun Chungshan (bahasa Cina: 國父 孫中山先生, yang mana ruangan satu aksara tadi merupakan lambang penghormatan tradisional). Wajah beliau masih mudah dijumpai di kawasan upacara seperti di bilik darjah sekolah awam, dari sekolah rendah hingga sekolah tinggi. Selain itu, wajah beliau masih wujud dalam cetakan matawang baru.

Berbanding pula dengan Chiang Kai-shek, yang kebanyakan kelibat wajah beliau dipadamkan daripada tempat awam pada 1990-an. Perbezaan ini mungkin banyak disebabkan kenyataan bahawa tidak seperti Chiang, Sun tidak memainkan apa-apa peranan dalam mentadbir Taiwan, maka menyebut Sun tidak banyak menimbulkan reaksi negatif dalam kalangan mangsa-mangsa penindasan kerajaan sebelum pemansuhan Undang-undang Ketenteraan pada tahun 1987 berbanding menyebut pemimpin-pemimpin Kuomintang yang lain.

Kemasyhuran Sun di tanah besar China[sunting | sunting sumber]

Di tanah besar China, Sun juga disanjung sebagau seorang nasionalis Cina dan proto-sosialis, serta juga Peneraju Revolusi. Nama beliau disebut dalam mukadimah kepada Perlembagaan Republik Rakyat China; penghormatan ini unik sekali - Mao Zedong pun cuma disebut secara tidak langsung melalui "fahaman Mao Zedong". Dalam kebanyakan bandaraya utama di China salah sebatang jalan utamanya bernama "Zhongshan" ( 中山) sebagai meperingati beliau, iaitu nama yang lebih banyak dijumpai berbanding pilihan popular yang lain seperti "Renmin Lu" ( 人民路, "Jalan Rakyat") dan "Jiefang Lu" ( 解放路 "Jalan Pembebasan"). Terdapat juga banyak taman, sekolah, dan ciri-ciri geografi yang dinamakan sempena beliau. Bandaraya Zhongshan di Guangdong, iaitu tempat asal Sun, turut dinamakan sempena Sun, manakala terdapat sebuah dewan yang didedikasikan kepada peringatan beliau di Tokong Awan Biru di Beijing.

Sun dan orang Cina seberang laut[sunting | sunting sumber]

Tulisan asal Sun Yat-sen (kepada isterinya Soong Ching-ling)
Muzium Sun Yat-sen di Pulau Pinang
Pusat Sun Yat-sen di George Town, Malaysia

Kemasyhuran Sun turut merentasi sempadan rantau China Raya, khususnya menuju rantau Nanyang di mana ramai orang Cina seberang laut menetap di Singapura. Sun mengiktiraf sumbangan yang mampu diberi oleh bilangan besar orang Cina seberang laut yang tidak terhad kepada mengirim wang kepada tanah pusaka mereka. Maka beliau kerap mengadakan lawatan untuk menyebarkan mesej revolusi kepada komuniti-komuniti sedemikian di seluruh dunia.

Sun mengadakan sejumlah lapan lawatan ke Singapura dari 1900 hingga 1911. Lawatan pertama beliau pada 7 September 1900, adalah bertujuan menyelamatkan Miyazaki Toten, seorang penyokong setia dari Jepun dan kawan kepada Sun, yang diberkas di sana, iaitu tindakan yang turut menyebabkan diri Sun diberkas dan dilarang melawat pulau ini selama lima tahun. Semasa lawatan kedua beliau pada bulan Jun 1905, beliau menemui saudagar Cina tempatan Teo Eng Hock, Tan Chor Nam dan Lim Nee Soon dalam satu perjumpaan yang bertujuan menandakan permulaan sokongan secara langsung daripada orang Cina Nanyang. Setelah menerima khabar daripada mereka mengenai penggerak revolusi China yang bertubuh di Eropah dan Jepun, beliau menggesa mereka agar turut menubuhkan cawangan Singapura bagi Tongmenghui yang dirasmikan pada 6 April 1906 menjelang lawatan beliau yang seterusnya.

Cawangan tersebut ditempatkan di sebuah vila yang dikenali sebagai Wan Qing Yuan ( 晚晴園) dan diderma untuk kegunaan para penggerak revolusi oleh Teo. Pada tahun 1906, bilangan ahli cawangan tersebut menjadi 400 orang, dan pada tahun 1908, ketika Sun berada di Singapura untuk melarikan diri daripada kerajaan Qing setelah kegagalan Pemberontakan Zhennanguan, cawangan tersebut dijadikan ibu pejabat serantau bagi semua cawangan Tongmenghui di Asia Tenggara. Sun dan pengikutnya bergerak dari Singapura ke Malaya dan Indonesia untuk meluaskan mesej revolusi mereka, apabila ketika itu perikatan tersebut sudah mempunyai lebih 20 cawangan dan lebih 3,000 ahli di seluruh dunia.

Pandangan jauh Sun dalam menerima bantuan dan sumber populasi Cina seberang laut makin membuahkan hasil dalam usaha revolusi yang seterusnya. Sekali, rayuan persendirian beliau untuk bantuan kewangan di Persidangan Pulau Pinang yang diadakan pada 13 November 1910 di Malaya membantu melancarkan kegiatan penting untuk meraih derma di seluruh Tanah Melayu dalam satu usaha yang membantu membiayai Pemberontakan Guangzhou Kedua (juga dikenali sebagai Pemberontakan Timbunan Bunga Kuning) pada tahun 1911.

Peranan yang dimainkan orang Cina di Asia Tenggara ketika Revolusi 1911 amatlah penting sehingga Sun sendiri mengiktiraf "Orang Cina Seberang Laut sebagai Ibu Revolusi".

Kini, peninggalan Sun diperingati di Nanyang di Wan Qing Yuan yang semenjak itu dikekalkan dan dinamakan semula sebagai Dewan Peringatan Nanyang Sun Yat Sen, lalu diwartakan sebagai sebuah tugu kebangsaan di Singapura pada 28 Oktober 1994.

Di Pulau Pinang, Kesatuan Penyuratan Pulau Pinang yang diasaskan oleh Sun pada tahun 1908, telah memulakan projek warisan untuk menukarkan premisnya di 65 Jalan Macalister menjadi Pusat Sun Yat-sen.

Nama-nama Sun Yat-sen[sunting | sunting sumber]

Sepanjang riwayat beliau, Dr. Sun Yat-sen dikenali dengan pelbagai nama. Nama "sebenar" Sun menurut catatan rekod salasilah keluarga beliau ialah Sūn Démíng ( 孫德明), iaitu "nama daftar" ( 譜名 pǔ míng) yang digunakan apabila terlibat dalam keraian formal, termasuk upacara perkahwinan beliau. Bagaimanapun, "Deming" bukanlah nama yang diberi kepada beliau ketika lahir. Sebaliknya, nama Sūn Dìxiàng ( 孫帝象) diberi kepada Sun ( 乳名 rǔ míng) sebagai "nama susu" yang diberi kepada bayi yang baru lahir pada zaman tersebut. Dixiang secara harfiahnya bermaksud "gajah Tuhan". Ketika memasuki sekolah pada usia 10 tahun, beliau meraih "nama sekolah" ( 學名 xué míng) yang berbunyi Wén ( ).

Setelah mencecah usia 17 tahun, Sun memeluk agama Kristian lalu membentuk satu nama samaran ( ) untuk diri beliau iaitu Rìxīn ( 日新). Inilah nama yang dipakai beliau sewaktu menuntut ilmu di Hong Kong. Kemudian, profesor kesusasteraan Cina beliau menukar nama itu menjadi Yìxiān (逸仙). Tidak seperti bahasa Mandarin, kedua-dua nama samaran sama sebutannya dalam bahasa Kantonis yang ditutur di Guangdong dan Hong Kong, iaitu Yat-sen. Kemudian, Sun Yat-sen memilih satu nama kehormat ( ) iaitu Zàizhī ( 載之, "membawa").

Pada tahun 1897, Sun tiba di Jepun, di mana beliau terpaksa mendaftar nama di hotel. Bersama-sama seorang kawan beliau di sana, Sun memperoleh nama Jepun Nakayama Shō ( 中山樵) agar dapat menyembunyikan diri daripada diketahui pihak berkuasa Jepun. Tulisan kanji bagi "nama keluarga" Jepun beliau disebut dalam bahasa Mandarin sebagai Zhōngshān. Maka sekembali beliau di China pada tahun 1911, beliau mula dikenali ramai sebagai Sūn Zhōngshān ( 孫中山) oleh penyokong republik, dan lama-kelamaan seluruh orang Cina, kerana "Zhongshan" bermaksud "gunung tengah" atau "gunung China".

Pautan luar[sunting | sunting sumber]